Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

MAAFKAN AKAK IZZAH

semalam... aku membelek sebuah majalah bertajuk MASTIKA..keluaran Ogos 2008 majalah kontroversi yg hangat dengan pembongkaran kisah maksiat remaja masa kini sedang meneliti dari kuli ke kulit... kisah "Untukmu Sahabatku" menarik minatku. cerita ape nie..??

hari ini dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan yang baru. setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus satu perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai ke sebuah persimpangan.

sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. sahabat yang ditampar tadi terkejut. dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.

air matanya bergenang. sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.

"HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU" tulisnya dipasir tempatnya berdiri.

mereka terus berjalan meredah hujan dan bukit, hinggalah sampai disebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian, mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

entah bagaimana..tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. hampir sahaja sahabat ini lemas. tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.

di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus itu manyucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. kemudian dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sunagi tersebut dengan perkataan

"HARI INI SAHABAT BA
IKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU".

sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. dia bertanya, "selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. sekarang selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. kenapa??"

jawab sahabat yang bertubuh kecil,
"Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."


bila dah habis baca cerita nie, aku teringat kisah aku tersindir Izzah dengan sindiran yang pedas. bagiku sindiran seperti itu sudah lali keluar dari mulutku. tanpa kusedari kata-kataku itu telah meninggalkan duri dalam hatinya dan dia telah menangis. jika Izzah membaca blog ini, akak tau akak yang salah.. "MAAFKAN AKAK IZZAH".





selepas kejadian malam itu, aku nekad untuk berubah.
.
berubah untuk menanamkan perasaan
sayang sahabat...
faham sahabat...

melebihkan sahabat...
segala-galanya untuk sahabat...


bantulah aku wahai sahabatku..

0 comments

BELAJAR LAH BERSYUKUR


Hanya satu kisah dari sahabat...

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.


Tahun
bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia
membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.


Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari
jauh aku nampak adik berdiri dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.


Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.


Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,
juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. "Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar " "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat...
dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."
0 comments

SOLAT SUBOH BERJEMAAH SETELAH SETAHUN BERLALU


Setiap hari aku mengidamkan solat Suboh berjemaah di asrama yang kusayangi. Namun masa amat cemburu padaku.

Setiap hari ada saja halangan. Bila bangun awal…sume tak bangun lagi..

bila bangun lewat..sume dah solat…

Bila bangun on time…xde orang pulak kat asrama..

Macam-macam situasi ada…

Kadang-kadang salah aku jugak takut nak ajak kawan-kawan bangun suboh..

Takut kena marah kejut diaorang pagi-pagi…

Fuh…bayangkan azan suboh sekarang jam 5.30am…

nak kejutkan mesti kul 5.15am..baru leh solat on time..

emm…

teringat pulak kat senior yang rajin kejut suboh satu asrama. Tiap bilik kene ketuk…

selagi tak keluar…jangan harap senior tu nak pergi…

kadang-kadang…pura-pura bangun dengan bukak lampu…

biasa lah…syaitan kan banyak idea tak nak bagi kita bangun suboh…

bila terkenang lagu nostalgia…

terkenang sebuah memori lalu….

Kisah persahabatan kita bersama…

Di dalam satu pengajian…

Menuntut ilmu dan pengalaman…

Teringatkan mu…

Pengorbananmu…

Terpahat padu dikalbuku…

Biar lah kenangan berlalu…tapi kesannya aku nekad nak kejut kawan-kawan bangun suboh hari nie…nak tau strateginye…

Semalam pegi bilik kawan-kawan terdekat yang boleh solat..pastu kata nak ajak suboh kul 5.45am. sume bagi respon yang baik…senang hati…

Pagi tadi bila terbangun jam 4.30am ingat nak bangun solat sunat …tup tup.. dah dengar azan…huhu tertido rupenye..

Bangun dengan semangat waja (berkobar-kobar nak suboh berjemaah), pegi ambil wuduk dan kejut kawan-kawan..selamat bilik pintu tak kunci…senang nak kejut. Ada gak yang baru bangun…ajak sama solat jemaah.

Masa tu rasa gembira sangat kawan-kawan support.

Nak solat kat mana yer?? Ramai pulak boleh join pagi nie…emm nak solat kat side sebelah lah…ada tempat surau kecil kat dalam asrama…tapi lama dah tak guna…sume busy study..

Pegi side sebelah…tutup pulak pintu…

tok…tok..bukak pintu!!! (rasa cam jadi hantu pulak duk ketuk tingkap dengan pakaian telekong)

Jenuh tangan ketuk rupenye sume duk tido jemaah kat bilik adik nie…

dik…bukakkan pintu…!!!

Selamat ada yang terbangun…pastu kejut kawan-kawan yang solat kat side tu..

Liat jugak sebab tido kul 3am..tapi kejut jugak…alhamdulillah…bangun jugak adik-adik nie..

Sementara tunggu diaorang bersiap…solat sunat jap…

Arinie aku yang kene jadi imam…yer lah…

Dah paksa orang bangun awal…kene ikut la kata diaorang…

Dah abis solat, kami baca ma’thurat..seronok sangat…

Yang paling seronok bila baca doa robithah…

aku baca dalam versi melayu biar sume faham makna doa tu…

kami akhiri pertemuan pagi nie dengan bersalaman dan bermaafan…

setelah setahun tidak pernah solat suboh berjemaah di surau asrama kami…akhirnya…

syukur pada ALLAH…

semoga istiqomah ibadah kami…amiin..

0 comments

PUISI UNTUK WANITA



Wanita Solehah…
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk
rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek ,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya ,

Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
0 comments