Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Mengucap Sayang : Part 3

Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke
telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami".
manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,
katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.

Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa
ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung
rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian
datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,
keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Roh kuberselerak
di dalam tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk
menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?
Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......"
"Siapa yang memberi salam itu?" "Aku" "Kau siapa wahai pemuda???"

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat
orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya
yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat
dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan
mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa
dipedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........teramat loya
melihatnya.

"Kau tak kenal aku?" "Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal
kau sehodoh dan sejijik ini. "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku
hari-hari." "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni
wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari
sini." "Akulah amalanmu yang keji.........."

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat
kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala
dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam
sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan
lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana
kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal
muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah
terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

bersambung..

0 comments: