Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Memasuki alam pekerjaan

rindunya pada dunia maya, namun tugas-tugas harian yang semakin banyak, menyukarkan aku untuk mencuri masa menerokai alam ini. masa semakin mencemburui aku. namun ku gagahkan diri untuk berkongsi pengalaman hidup ini.

selepas meninggalkan alam kampus UTM tercinta, aku mula meneroka dunia luar untuk mencari kerja yang sesuai. syaratnya, aku mahu tinggal dikawasan skudai untuk berkhidmat dengan masyarakat disini. sudah sebati jiwa ini dengan sahabat disini.

akhirnya aku ditawarkan menjadi cikgu PASTI sementara menggantikan guru yang cuti bersalin. Aku redha dengan rezeki ini. Gembira dapat mencari pengalaman pertama bersama kanak2 riang. walaupun terlalu banya ujian dan dugaan yang yang terpaksa aku tempuhi, namun bagiku, derita itu satu nikmat yang Allah beri.

mungkin dengan pengorbanan yang aku lakukan untuk Islam ini, Allah tawarkan aku kerja yang lebih mencabar. mesej dari seorang sahabat pada 20 hb lalu tentang kerja kosong di YPJ sebagai pensyarah elektrik. terus aku bertanya dan interview dijalankan pada 22hb Jan. bagiku jika ada rezeki, InsyaAllah boleh dapat..jika tidak, mungkin rezekiku di UiTM Dungun (tempat idaman..huhu).

isnin lalu, aku mendapat satu panggilan dr YPJ menyatakan aku diterima bekerja, namun ianya tidak dapat menggembirakan hatiku kerana tarikh lapor diri adalah 27 hb. aku meminta ditangguhkan sehingga 1 Feb untuk memudahkan aku mencari guru ganti. aku di uji lagi dengan sahabatku guru ganti kedua juga mendapat tawaran di UTM sebagai RA..Ya Allah, kenapa ujian ini diberikan kepadaku..sukarnya untuk membuat keputusan.

tapi Allah maha Pengasih kepada HambaNya. Bosku memahami dan memberi aku peluang ke YPJ. pencarian guru baru akan dijalankan segera.

hari ini, guru baru berjaya ditemui..namun pelbagai urusan PASTI yang masih belum aku selesaikan. dalam masa yg sama, kursus utk pensyarah baru di YPJ sentiasa menanti utk aku hadiri. semalam dan hari ini baru selesai kursus Pedagogi utk pensyarah baru.
minggu depan akan ke KL utk taklimat silibus dr francais UTMKL.

selepas ini, mungkin aku akan belajar lebih banyak erti hidup diluar, namun aku sedang mempersiapkan diri untuk MISI utamaku, dakwah kepada masyarakat luar. sasaran baruku sedang diproses maklumatnya. semoga aku terus kekal diJalanNYA.

Ya Allah..aku redha dengan ketentuanMu..bagiku, ujian dariMu merupakan tanda kasihMu padaku. semoga aku mampu hadapi dunia ini dengan sentiasa mengingatiMu..amiiiin


semoga cerita di atas dpt memberi manfaat kepada yg membacanya walaupun satu ayat.
2 comments