Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Showing posts with label diari program. Show all posts
Showing posts with label diari program. Show all posts

Countdown 2013..5..4..3..2..1..BeSt

Ada beberapa hari lagi menuju 2013. Apa pengisian sepatutnya kita buat? Kalau anda berada di sekitar KL dan Selangor, jom kita ke :

28/12/2012

>> Majlis Ta'lim Darul Murtadza ( setiap malam Jumaat ) di Masjid Muadz bin Jabal.



>> Makan Burger Bakar Abang Burn dengan hanya RM1 =D

maklumat lanjut : BBAB


31 /12/2012 

>>Sambutan TAHUN BARU 2013 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,

maklumat lanjut : SINI

>> Karnival Mahabbah IKIM di Masjid As Syakirin KLCC

maklumat lanjut : Ikim.fm


>>Hiburan (saya tidak mengharapkan kawan2 sambut disini )




Banyak lagi kativiti menarik lagi bermanfaat untuk dibuat sempena sambutan Tahun Baru Masihi ini. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. "All the Best for all blog reader. May Allah bless U"







2 comments

X Factor



penerangan:
x factor merupakan program kerjasama Kelab remaja Ukhuwah KTC, Surau K9, Kerohanian K10 dan PMI UTM
program berlangsung disekitar S01 KTC dan Balai Cerapan UTM 0 comments

Gambar menarik sepanjang MHS

Gambar ini di ambil di KDSE

siapa yang rasa2 ad kene mengena dgn H1N1 nie..cepat2 jumpe kakak nie.. :)

kaunter pendaftaran


taklimat dgn pengetua kolej

limau utk Krew only (^_^)'

satu2 nye teruna yang berjaya mengambil gambar mahasiswa KDSE sepanjang MHS

Bestnya dapat bergambar dengan Robot PMIUTM..

Poster Pimpinan PMIUTM
(Together with PMI)
0 comments

Tapi Pakcik, Saya Tak Nak Membazir.. :(

"jom makan tengahari?", sahabatku memanggil dari luar. "ok jap lagi kami datang". wah, dah waktu makan rupanya! aku baru nak tunggu sampai solat zohor, tapi takut makan sorang2 nanti. k, pergi makan dulu dan solat lewat sikit jer (sedih gak lewatkan solat tapi daripada orang lain tengok aku makan sorang2..huh malunya..)

bannyaknya makanan yang dibawa kakak su. 1 dulang untuk dimakan oleh 3 orang. sahabat lain dah makan. "kita asingkanlah separuh, nanti mungkin boleh makan petang nanti dalam kereta. tak habis nie.." omel kakak su. kami setuju jer. perempuan mana leh makan banyak. jaga badan..hehe

setelah selesai makan, aku mula mencari polisterin. hmm mana ada kat tempat program polisterin..? pinggan banyak r..waa takkan nak buang..ok guna plastik merah jer lah.

"hah! apa dalam plastik tu?" terjah seorang pakcik yang melihat aku masih berada di dapur. "heeeee saya nak bungkus makanan yang tak habis tadi. nak bawak balik rumah. tak nak membazir" tersengih2 aku menjawab. segan pon ada. takut pon ada. takut kena marah tak habiskan makanan.

"la..kat dapur ada banyak makanan lagi. bungkus yang tu jer. makanan nie dah bercampur. petang nanti dah basi", pakcik tu menunjukkan periuk yang berada di dapur ."Tapi pakcik, saya tak nak membazir.. :( " wajahku sedih cam smiley tu kot.

kami sebenarnya bukan nak bungkus makanan untuk dibawa balik, tapi makanan yang lebih tu tak nak membazir. lagipon dah jadi biasa makan camtu. makanan yang masih boleh dimakan jangan membazir. takde masalah pon selama nie. kenapa pakcik taknak paham. rasa nak kuarkan jer ayant nie pada pakcik, tapi tak elok melawan orang tua.

"makanan tu dah bercampur..petang nanti basi..awak tak paham ker?"pakcik tu mengambil plastik dari tanganku yang berisi nasi tadi. pakcik..makanan tu tak bersalah..kesian ia..
pakcik tu berlalu untuk menunaikan solat zohor berjemaah. sempat dia berpesan denganku untuk membungkus makanan di dapur. aku anggukkan sahaja. tapi..aku cabut lari ke tempat penginapan. malas nak bungkus kerana itu bukan tujuan aku tadi.

"kak, tadi pakcik dapur kata suruh bungkuskan makanan untuk korang." datang seorang adik ke tempat penginapan. hmm mesti pakcik tu tau aku tak bungkus makanan tadi. sabar ajela. orang dah bagi, kita terima :)

tapi sedih makanan yang ku bungkus tadi sangat banyak dan terbazir begitu sahaja. bila teringat pada negara lain yang menderita kerana kekurangan makanan, aku rasa sangat2 bersalah. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. hambamu berjangji untuk tidak mengulanginya lagi.

* cerita ini berlaku di Muar sebelum aku melangkah pulang ke skudai*
3 comments