Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

BERPUASA PADA HARI ASYURA


DISUNATKAN BERPUASA PADA HARI ASYURA BERDASARKAN HADITH BERIKUT :


Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).


Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)


Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).




Countdown 2013..5..4..3..2..1..BeSt

Ada beberapa hari lagi menuju 2013. Apa pengisian sepatutnya kita buat? Kalau anda berada di sekitar KL dan Selangor, jom kita ke :

28/12/2012

>> Majlis Ta'lim Darul Murtadza ( setiap malam Jumaat ) di Masjid Muadz bin Jabal.



>> Makan Burger Bakar Abang Burn dengan hanya RM1 =D

maklumat lanjut : BBAB


31 /12/2012 

>>Sambutan TAHUN BARU 2013 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,

maklumat lanjut : SINI

>> Karnival Mahabbah IKIM di Masjid As Syakirin KLCC

maklumat lanjut : Ikim.fm


>>Hiburan (saya tidak mengharapkan kawan2 sambut disini )




Banyak lagi kativiti menarik lagi bermanfaat untuk dibuat sempena sambutan Tahun Baru Masihi ini. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. "All the Best for all blog reader. May Allah bless U"







2 comments

Cuti Krismas : Kena Ambil Gambar Curi =)

Lama juga blog ini bersawang. Gara2 cuti yang agak panjang, rasa malas untuk mengupdate blog. Cuti  krismas baru2 ni ad banyak peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Ingin berkongsi dengan sahabat2 supaya tidak berlaku kepada semua.

Selamat menyambut Hari Krismas bagi yang beragama Kristian ^_^
maaf, saya lupa tak boleh wish..(boleh refer di sini) thanks en suami


Pada 24 Disember, laluan jalan raya ke KL dari Skudai memang lengang sempena cuti krismas pada hari esoknya. Mana ad orang balik ke ibu kota bila bercuti :)

Samapai di tol Sungai Besi dalam jam 9 malam, laluan smart tag berbunyi..kereta kami menjadi sasaran kerana tidak cukup bayaran. Dari tol Skudai ke Tol Sungai Besi adalah RM 41.30 dan akaun Touch N Go kami hanya ada RM 40.90. hanya tak cukup 40 sen jer..Selamat tidak ramai orang, takde lah jem kat laluan kami (pengajaran pertama untuk hari itu). Kakak PLUS yang comel datang dengan tersenyum sambil meminta 40sen dari kami.



Mungkin sebelum ni kami jarang melalui tol tersebut, jadi kami kurang arif dengan harga tol tersebut. al maklum, jarang balik cuti sekarang  ni :(

Untuk kisah gambar curi ni, kami melalui satu laluan selepas sungai besi dan ingin pulang ke pangsapuri di Keramat, KL. En suami yang kurang arif melalui jalan tersebut tidak mengetahui yang laluan tersebut adalah 90km/j. Bila jalan nampak macam highway, mesti kita akan ingat 110km/j tapi di KL ni memang banyak jalan highway tapi ad juga kelajuan maksimum 60km/j.

Nak dijadikan cerita, terasa kereta di depan terlalu lambat dan kami ingin segera pulang ke rumah, en suami telah memotong kereta pada jarak 10 meter sebelum kamera AES dengan kelajuan 102 km/j (lupa berapa kelajuan kereta pada masa tu, tapi tidak melebihi had 110km/j). Betul2 selepas memotong dan kelajuan tidak turun ke paras bawah 100km/j, tetiba ada satu cahaya seperti kilat menyambar kereta kami. Ya Allah, selepas di ambil gambar baru kami nampak papan tanda 90km/j. Sama ada kami tertipu @ kami tidak perasan ada papan tanda yang sama sebelum ini. Semoga gambar yang di ambil tu comel jer..huhu. Nak buat macamana, dah tak ada rezeki. Mengharapkan AES dihapuskan jer..



Semoga sahabat2 tidak mendapat pengalaman seperti saya ini. Pembaziran saman AES ni sangat merugikan kerana kita terpaksa membayar duit atas kesalahan yang tidak salah..erk tak tahu betol tak ayat ni. Teringat kata2 seorang sahabat, "Duit bukan segala2nya tapi segala2nya memerlukan duit"


0 comments

Murahnya Ilmu............(berpesta buku)

fb: Big Bad Wolf Books

Rindunya dengan bau buku baru. Masih ada beberapa hari lagi sebelum 23 Disember 2012. saya nak beli buku masakan..saya nak tambah ilmu........memasak .
En suami, boleh kita pergi sini? pleaaaaase!


p/s: baru dapat hadiah buku dari kak suhaila :)





"Apabila engkau menjadi orang fakir, maka ilmu itulah hartamu, akan tetapi kalau engkau kaya, ilmu itu menjadi perhiasanmu"
-Dr HM Tuah-
0 comments

Wordless 3 : Kasih sayang sesama makhluk

gambar di ambil dari : http://kakibising.com/


Dari Abdullah bin Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah Saw bersabda:
“Orang-orang yang suka menyayang, mereka itu akan dikasihani oleh Yang Maha Pengasih. Kasihani­lah siapa yang berada di bumi, niscaya kamu akan di­kasihani oleh yang berada di langit. “

Adakah MAhasiswa Sedar Wajah Baru RM50

sumber:
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

2 hari lalu, aku bersama seorang junior ingin membeli cenderamata di Taman Universiti, Skudai. Dia tidak mempunyai duit yang banyak untuk membayar cenderamata tersebut menyebabkan kad ATM CIMB terpaksa dikeluarkan dan dimasukkan dalam mesin duit. Pendekkan cerita, ATM tu memberikan wang kertas RM50 seperti gambar di atas..kecoh satu kawasan tu.

"nie duit palsu ker? pelik benar coraknya" aku mula melontarkan persoalan pada juniorku. "entah lah kak.."

Bila nak bayar kat aunty kedai cenderamata tu pulak, dia perhatikan duit tu betul2.. palsu ker? hehe kami hanya leh kata duit tu baru keluar dari ATM. rupa2nya aunty tu dah tau..dah keluar berita 15 Julai 2009.

aku pon tunduk malu. Mahasiswa UTM Skudai tak tahu lagi ada duit RM50 yang baru? adakah aku seorang sahaja yg tak tau? ataupun ramai lagi mahasiswa tak tahu disebabkan kurang peka pada isu negara?

aku rasa 10% sahaja mahasiswa yg alert isu nie. belum lagi kalau tanya isu negara yg lain termasuk baru2 nie hangit dengan cerita SPRM dan Teoh Beng Hock.

aku pon antara mahasiswa yg kurang cakna isu negara. Bayangkan masyarakat luar yg penuh dengan pelbagai masalah dan perlukan bantuan mahasiswa tapi kita?

aku tahu..kita bersenang lenang menuntut ilmu menggunakan wang rakyat dan ibu bapa tanpa memikirkan bantuan yang boleh kita sumbangkan pada mereka. kita hanya perlu baca buku dan datang kuliah. dah graduate nanti, bolehlah bantu masyarakat.

betul ker? bukan selepas bekerja, kita nak cari duit beli rumah, kereta, kahwin dan macam2 lagi keperluan dunia. urusan masyarakat, serahkan pada kerajaan yg mentadbir. kita tak perlu susah2..

fikir-fikirkan...

p/s: kepada yg terketuk, maaf kalau tersinggung hati dan emosi. sekadar untuk peringatan bersama. 4 comments

Salahkah berbuat baik?

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) mengambil langkah proaktif bagi mencegah gejala sosial dikalangan mahasiswa dengan menubuhkan Badan Bertindak UTM Zon Larangan Bonceng (sumber :http://utmsayno2bonceng.blogspot.com/)

aku teringat 4 tahun dulu ketika aku menjejakkan kali ke bumi UTM ini. Kolej kesayanganku Kolej Tuanku Canselor yang memnag terkenal dengan kolej ISLAMIK (x tau mana wujud istilah nie..) telah melancarkan kempen camnie.

tapi, suasana telah berubah dari tahun ke tahun apabila mahasiswa yang memahami kepentingan menjaga batas pergaulan dalam Islam ini telah disingkirkan secara berperingkat oleh pihak tertentu.

salahkah kita ingin berbuat baik? banyak persoalan yang timbul difikiran aku sepanjang memerhatikan gelagat mahasiswi dibumi UTM ini. Antaranya:

# mengapa wanita yang bertudung labuh dipandang pelik berbanding wanita yang tidak memakai tudung?
##bukankan wanita Islam auratnya kecuali muka dan tapak tangan??

#mengapa wanita yang memakai jubah dan purdah (international student terutamanya) dipandang sukar bersosial ?
## kita bukan digalakkan bersahabat dengan orang yang solehah dan baik supaya kita pon leh ikut jadi baik. betol x??

# Bila menonton cerita hiburan, excitednya sampai sanggup pergi panggung wayang. Duit sanggup dilaburkan untuk keseronokan dunia
##kenapa ceramah dan kuliah agama di masjid sukar dihadiri malah menjejakkan kaki ke masjid
pun hanya kerana ada exam? bukankah masjid itu rumah ALLAH??

#mahasiswa diwajibkan memakai pakaian smart day pada hari Isnin, jika tidak, urusan rasmi tidak boleh dibuat.
##menutup aurat yang wajib ini tidak pernah diwartakan di UTM walaupun motto UTM "kerana tuhan untuk manusia" . hairan bin ajaib

#berdua-duaan ditempat gelap dan kehadiran siswa di blog siswi sangat biasa dan menjadi rutin
##mengapa bila dibuat perjumpaan usrah(keluarga) untuk mengeratkan hubungan sesama muslim di anggap salah dan underground??
banyak lagi yang mungkin sahabat2 boleh nampak (kalau perasan kot..)

apa yang penting sekarang, kesedaran dikalangan mahasiswa intelek yang boleh berfikir dengan baik tentang masalah yang berlaku sekarang mungkin disebabkan pergaulan mahasiswa yang terlalu bebas dan tiada sekatan.

aku tau, ibu bapa kita tak nampak pon apa yang kita buat kat sini, tapi ingat, Allah tak pernah tidur dan sentiasa memerhatikan hambaNya.

semoga sama2 muhasabah diri. kita masih boleh kembali ke pangkal jalan. tidak ada istilah "aku dah buat dosa, xde jalan taubat untuk aku". yang ada "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". itulah jalan menuju REDHANYA.

jika ada tersalah isi, harap dapat sahabat pembaca dapat memperbetulkan kerana aku jarang menulis artikel seperti ini. jika ada tambahan dalil yang boleh mengukuhkannya, sangat di alu-alukan dalam komen dibawah.

4 comments

Ingat lagi pada peristiwa Isra' Mikraj?

hmm..ingatkah lagi sahabat2 pada peristiwa Isra' Mikraj?
rasanya bila dah lama tingganlkan buku sirah nabawiah nie, lupa jugak sikit2..
hari ini sahabatku mengingatkan tentang peristiwa ini dan aku ingin kongsikan dengan sahabat2 utk pengajaran bersama..
mungkin ada sahabat2 yg terlupa jugak..tapi aku copy cerita nie dari blog seorang sahabat lain..
semoga sama2 mengambil iktibar dan peringatan untuk kebaikan bersama


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
hiasan sahaja.tiada kaitan dengan pokok SidrTUL-Muntaha

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam.. 0 comments