Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Lemahnya Diri Ini


Wahai Pemilik seluruh nyawaku
Betapa lemah nya diri ini
Betapa sakitnya rohani ini
Bila menerima ujian dariMu
Ujian yang buat aku terduduk kaku
Kupasrahkan semua kepadaMu
Redha dengan ketentuanMu

Tuhanku... Baru aku sadari
Sungguh Indah nikmat sihat itu
Sungguh indah nikmat Islam itu
Namun..tak pandai aku bersyukur
Aku lalai dan leka dengan nafsuku
Sehingga aku tersungkur ke tanah
Kini ku hanya mengharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Mengalir deras menyusuri pipiku
Bila teringat akan semua yang Kau beri untukku
Aku hambaMu yang lemah
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhanku... Kuatkanlah diri ini
Lindungilah aku dari putus asa
Aku pasrah dengan segalanya
Berikan aku ketabahan
Untuk aku lalui semua ini
Jika ditakdirkah aku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Dalam keimanan yang nyata
0 comments

Kritik Personaliti Diri Selalu


semenjak melangkah ke alam pekerjaan, Miss J (gelaran baru yg belum lekat dilidah pelajar-pelajarku) semakin sukar menampilkan personaliti diri yg kekal. perubahan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mencari identiti diri yg paling sesuai dan selesa.



"una, sesuai tak pakai baju ni? hari ni takde kelas.." miss j ragu2 utk memakai t-shirt yg baru diperolehinya 17 Feb yg lalu hadiah dr seorang sahabat.

"gaya seorang pensyarah.." puji seorang sahabat apabila miss j memakai sedikit accessory yg berkilau ditudungnya dan mengenakan mekap ringkas.

"kenapa pakai kasut sukan, nanti takde beza student dgn kita.." luah seorang pensyarah (kawan baru miss j) kepada miss j

"wah..Cik nampak berseri2 hari ini" pelajar miss j yg aktif bersuara [mungkin nk dpt markah lebih kot.. :) ]

semua situasi di atas sering memeningkan kepala miss j yg sudah serabut dengan nota kuliah yg terpaksa dicipta sendiri [pensyarah lama tak tinggalkan amanat :( ]

dulu miss j tak pernah kisah dgn personalitinya. pakai apa saja dgn apa yg ada..sempoi dan selesa. walau dikritik dan dipertikaikan, namun miss j suka menjadi dirinya yg sebenar.

sekarang, miss j terpaksa dan perlu memikirkan penampilan dan personaliti yg sesuai setiap kali berubah keadaan. personaliti perlu berbeza mengikut situasi dan tempat. contohnya,
sebagai seorang pensyarah elektrik (walaupon nampak ganas), pakaian rasmi adalah baju kurung dan seumpama dgnnya. kasut digalakkan bertutup penuh dan penampilan mesti berbeza dengan pelajar. kenapa? perbezaan umur pensyarah dan pelajar hanya setahun dua sahaja. mgkn ad pelajar yg lebih tua. jadi perbezaan jelas perlu dibuat kerana tiada tanda pengenalan diri yg membezakan pensyarah dan pelajar. hanya nampak terpancar wajah seorang pendidik dimuka pensyarah2 disini :)



apabila miss j berada di luar bersama Nisa', penampilan akan di ubah lagi bergantung kepada sasaran masyarakat. pelbagai ragam dan personaliti masyarakat melahirkan persepsi yg berbeza. sukar mendekati masyarakat dengan penampilan yg dilihat pelik walaupun menutup aurat. trademark semasa perlu dibawa bersama seperti penampilan gaya tudung 'ibu arini'. namun ianya bergantung kepada diri masing2 untuk membentuk personaliti yg sesuai dengan mereka.

apapon situasi, personaliti diri perlu selalu dikritik untuk menjadikan diri lebih berkeyakinan berada dikhalayak ramai. carilah sahabat yg suka mengkritik secara jujur dan telus untuk mendapatkan hasil kritikan hampir sempurna kerana yg paling sempurna hanyalah Dia. namun tidak dilupa penampilan sempurna (tidak melanggar syariat seperti tidak menutup aurat dan boleh menimbulkan fitnah kepada masyarakat) perlu selari dgn garis panduan yg telah diberi. jangan sampai Tabarruj menguasai diri. cukup sekadar memberi keselesaan pada diri dan masyarakat sekeliling yg memandang.



" wanita..hiasan dunia..
seindah hiasan adalah wanita solehah..
yg akan membahagiakan..
cinta dan rumahtangga.. "



1 comments