
Muhasabah Ramadhan 2: Bersyukur Dgn Rezeki Yg Ada
Labels: muhasabah, tazkirah
Sukarnya untuk memahami HATI
Labels: luahan hati, tazkirah
“Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.” (Hadis riwaya tBukhari dan Muslim)
# Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
# Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
# Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
# Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
# Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati
Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
1. Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan keseronokan atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
2. Kita terlalu banyak komplen dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
3. Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
4. Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih? kehidupan di dunia atau mati?
Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak"
http://rohani.tblog.com/post/1969984295
*********************************************************
kehidupan realitiku kini banyak bermain dgn hati..
pelbagai perasaan wujud..emosi..marah..sedih..gembira
aku gembira dengan kerja baruku kerana orangnya yang tidak pernah membuatkan aku berduka. variasi latar belakang membuatkan hidup aku sentiasa mendapat ilmu baru untuk kehidupan. kehidupan yang sentiasa perlu di update
aku sedih dengan sahabat lamaku. merasakan sahabat tidak paham jiwanya, x faham kesibukannya, namun adakah mereka tidak tahu aku juga begitu. sengaja ku menunjukkan wajah selesa untuk sedia membantu sahabat yang lebih memerlukan kudrat ini. kerana hidup ini perlu bermasyarakat
aku marah pada sesiapa yang berkata tanpa menyelidik. namun aku jua insan biasa. ada melakukan kesilapan yang aku sendiri tidak suka. aku marah pada diriku yang suka berkata tanpa berfikir namun aku jua tidak bermaksud untuk melukakan hati insan lain..malah aku suka aku yang dipersalahkan atas kesilapan yg aku tidak buat..jika itu akan melegakan hati org lain.
emosi..sesuatu yang aku tidak suka. kerana emosi boleh mengubah suasana dan HATI org lain. seseorang yg beremosi akan mudah melepaskan perasaan dan tekanannya tanpa berfikir mudharatnya pada orang lain (jika marah) . aku suka org yg beremosi bila melihat PALESTIN diperangi dengan kejam..
perasaan yg dikeluarkan oleh HATI jika untuk kebaikan, nescaya akan mendapat impak yang baik juga kpd sekeliling..namun jika ia salah ditafsirkan dan untuk kejahatan..maka boleh rosaklah sekelilingya..
p/s: jika silap ditafsirkan mohon diperbetulkan..hati ini telah terluka..maaf aku pon tak memahami HATI tapi aku sedang merawatnya..mohon kekuatan Ya Allah

Jom berdakwah..Semangat!!
Labels: luahan hati, sajak, tazkirah
mujahidun diseluruh duniaPelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani.

Menunggu atau Ditunggu
Labels: tazkirah
semua manusa didunia ini akan mengalami 2 perkara ini dalam kehidupan mereka seharian iaitu MENUNGGU atau DITUNGGU..
dalam skop mahasiswa, fenomena ini sudah menjadi asam garam kehidupan mereka apabila menghadiri kuliah dan aktiviti universiti.
persoalannya, anda suka MENUNGGU atau DITUNGGU?
"ala..janji melayu". ungkapan yang sering dikeluarkan apabila sesuatu mesyuarat dimulakan lewat atas faktor ahli mesyuarat tidak hadir lagi
percayakah bahawa seseorang yang berpemikiran suka menunggu adalah lebih baik berbanding seseorang yang suka ditunggu?
perhatikan situasi ini. dimanakah selalunya kedudukan kita?
situasi 1#
"salam. miting persatuan jam 6.30am di ****."

cara 1 : bangun cambiasa dan bersiap cepat
cara 2 : bangun awal dan bersiap awal
cara 3 : persediaan sebelum tidur dan bangun seperti biasa
3 contoh perkara yg akan dibuat jika mendapat mesej seperti di atas.
<<>>
situasi 2 #
"Esok saya nak tumpang awak gi program senamrobik di padang. kita bertolak jam 7 pagi :) "
biasanya banyak situasi menunggu disini.
tunggu 1 : pembawa menunggu pembonceng
tunggu 2 : pembonceng menunggu pembawa
tunggu 3 : semua lewat bergerak

anda yang menentukan dimana situasi yang anda selalu berada. persoalannya adakah anda lebih suka menunggu atau ditunggu? sama2 muhasabah untuk kebaikan masa hadapan.
pandangan lebih jauh....
adakah masa menunggu kita atau kita menunggu masa?
"masa, aku nak kau berenti kejap. tak sempat nie.."
adakah kita menunggu mati atau mati menunggu kita datang?
"malaikat maut, aku nak mati umur 100 tahun. nanti datanglah jemput aku time 2"
"jom muhasabah diri !" 0 comments ikhlas dari MJ (madam j)
Adakah MAhasiswa Sedar Wajah Baru RM50
Labels: peristiwa, tazkirah
sumber:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
2 hari lalu, aku bersama seorang junior ingin membeli cenderamata di Taman Universiti, Skudai. Dia tidak mempunyai duit yang banyak untuk membayar cenderamata tersebut menyebabkan kad ATM CIMB terpaksa dikeluarkan dan dimasukkan dalam mesin duit. Pendekkan cerita, ATM tu memberikan wang kertas RM50 seperti gambar di atas..kecoh satu kawasan tu.
"nie duit palsu ker? pelik benar coraknya" aku mula melontarkan persoalan pada juniorku. "entah lah kak.."
Bila nak bayar kat aunty kedai cenderamata tu pulak, dia perhatikan duit tu betul2.. palsu ker? hehe kami hanya leh kata duit tu baru keluar dari ATM. rupa2nya aunty tu dah tau..dah keluar berita 15 Julai 2009.
aku pon tunduk malu. Mahasiswa UTM Skudai tak tahu lagi ada duit RM50 yang baru? adakah aku seorang sahaja yg tak tau? ataupun ramai lagi mahasiswa tak tahu disebabkan kurang peka pada isu negara?
aku rasa 10% sahaja mahasiswa yg alert isu nie. belum lagi kalau tanya isu negara yg lain termasuk baru2 nie hangit dengan cerita SPRM dan Teoh Beng Hock.
aku pon antara mahasiswa yg kurang cakna isu negara. Bayangkan masyarakat luar yg penuh dengan pelbagai masalah dan perlukan bantuan mahasiswa tapi kita?
aku tahu..kita bersenang lenang menuntut ilmu menggunakan wang rakyat dan ibu bapa tanpa memikirkan bantuan yang boleh kita sumbangkan pada mereka. kita hanya perlu baca buku dan datang kuliah. dah graduate nanti, bolehlah bantu masyarakat.
betul ker? bukan selepas bekerja, kita nak cari duit beli rumah, kereta, kahwin dan macam2 lagi keperluan dunia. urusan masyarakat, serahkan pada kerajaan yg mentadbir. kita tak perlu susah2..
fikir-fikirkan...
p/s: kepada yg terketuk, maaf kalau tersinggung hati dan emosi. sekadar untuk peringatan bersama. 4 comments ikhlas dari MJ (madam j)
Salahkah berbuat baik?
Labels: peristiwa, tazkirah
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) mengambil langkah proaktif bagi mencegah gejala sosial dikalangan mahasiswa dengan menubuhkan Badan Bertindak UTM Zon Larangan Bonceng (sumber :http://utmsayno2bonceng.blogspot.com/)aku teringat 4 tahun dulu ketika aku menjejakkan kali ke bumi UTM ini. Kolej kesayanganku Kolej Tuanku Canselor yang memnag terkenal dengan kolej ISLAMIK (x tau mana wujud istilah nie..) telah melancarkan kempen camnie.
tapi, suasana telah berubah dari tahun ke tahun apabila mahasiswa yang memahami kepentingan menjaga batas pergaulan dalam Islam ini telah disingkirkan secara berperingkat oleh pihak tertentu.
salahkah kita ingin berbuat baik? banyak persoalan yang timbul difikiran aku sepanjang memerhatikan gelagat mahasiswi dibumi UTM ini. Antaranya:
# mengapa wanita yang bertudung labuh dipandang pelik berbanding wanita yang tidak memakai tudung?
##bukankan wanita Islam auratnya kecuali muka dan tapak tangan??
#mengapa wanita yang memakai jubah dan purdah (international student terutamanya) dipandang sukar bersosial ?
## kita bukan digalakkan bersahabat dengan orang yang solehah dan baik supaya kita pon leh ikut jadi baik. betol x??
# Bila menonton cerita hiburan, excitednya sampai sanggup pergi panggung wayang. Duit sanggup dilaburkan untuk keseronokan dunia
##kenapa ceramah dan kuliah agama di masjid sukar dihadiri malah menjejakkan kaki ke masjid
pun hanya kerana ada exam? bukankah masjid itu rumah ALLAH??
#mahasiswa diwajibkan memakai pakaian smart day pada hari Isnin, jika tidak, urusan rasmi tidak boleh dibuat.
##menutup aurat yang wajib ini tidak pernah diwartakan di UTM walaupun motto UTM "kerana tuhan untuk manusia" . hairan bin ajaib
#berdua-duaan ditempat gelap dan kehadiran siswa di blog siswi sangat biasa dan menjadi rutin
##mengapa bila dibuat perjumpaan usrah(keluarga) untuk mengeratkan hubungan sesama muslim di anggap salah dan underground??
banyak lagi yang mungkin sahabat2 boleh nampak (kalau perasan kot..)
apa yang penting sekarang, kesedaran dikalangan mahasiswa intelek yang boleh berfikir dengan baik tentang masalah yang berlaku sekarang mungkin disebabkan pergaulan mahasiswa yang terlalu bebas dan tiada sekatan.
aku tau, ibu bapa kita tak nampak pon apa yang kita buat kat sini, tapi ingat, Allah tak pernah tidur dan sentiasa memerhatikan hambaNya.
semoga sama2 muhasabah diri. kita masih boleh kembali ke pangkal jalan. tidak ada istilah "aku dah buat dosa, xde jalan taubat untuk aku". yang ada "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". itulah jalan menuju REDHANYA.
jika ada tersalah isi, harap dapat sahabat pembaca dapat memperbetulkan kerana aku jarang menulis artikel seperti ini. jika ada tambahan dalil yang boleh mengukuhkannya, sangat di alu-alukan dalam komen dibawah.
4
comments
ikhlas dari
MJ (madam j)
Nota untuk da'ie
Labels: tazkirahitu petanda Allah sdg m'didik kita agar melaksanakn apa yg kita perkatakn,
bersyukurlah krn Allah masih sudi m'ingatkn kita dlm usaha kita mengingati manusia.
teruskan perjuangan hingga ke Syurga Allah
nota ini diberikan oleh seorang sahabatku minggu lepas.
kita sering ingin menyampaikan sesuatu kepada sahabat kita sama ada dalam bentuk teguran ataupun nasihat atas dasar persahabatan. namun kita juga sering di uji dengan kata2 yang kita lontarkan lantaran kita rasa lemah dan malu dengan sahabat kita tadi.
nota di atas sedikit sebanyak mengingatkan aku bahawa Allah memang sayangkan hamba yang ingin membantu menegakkan agamaNya. ujian kata2 merupakan didikan Allah supaya terus istiqomah dengan kebaikan yang dibuat dan jangan malas2 dalam melakukan kebaikan.
sentiasa menyampaikan perkara yg baik pada sahabat2 dan upgrade amalan. I'Allah kita akan sentiasa berada dalam lindunganNya. 0 comments ikhlas dari MJ (madam j)
Mari Berpuasa di Bulan REJAB :)
Labels: tazkirahRasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
***begitu banyak fadhilat berpuasa dibulan Rejab. Semoga kita berusaha mengumpul segala amal ibadah diwaktu kita masih lagi diberi nikmat kesihatan yang baik oleh Allah. Amiin
***jangan membuat amal ibadah kerana melihat ganjaran yang bakal diberi, kerana IKHLAS beribadah kerana Allah adalah lebih banyak ganjaran pahalanya
(if salah tolong betulkan, if nak tambah sangat di alu-alukan) 0 comments ikhlas dari MJ (madam j)


