Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Masak2: BeRmaLaSan Di hAri SabTu

wah!! terasa malas untuk melakukan aktiviti hari ini. Dengan semangat yang tinggi sahaja ia mampu terrcapai..huhu. hari ini bangun awal juga untuk membuat sarapan kerana adik lelaki saya tumpang tidur di rumah kami. Jadi, kena masak lebih sikit sarapan berbanding hari biasa. 


Mula2, masak roti sosej yang sudah dibuat semalam dan disimpan dalam peti sejuk (sebab malas nak bangun awal siapkan), kemudian buat teh tarik sebab en suami awal pulak nak sarapan. Bila buka periuk nasi, ad banyak nasi sebab semalam tak makan banyak. bolehlah masak nasi goreng (dalam hati.."adik, boleh masak sendiri tak? akk nak sambung tido..") dengan hati yang berat.

Dengan berbekal ilmu dalam buku resipi :-p , saya masak nasi goreng ala thai (asalnya nasi goreng biasa..ubah ramuan sikit..). Buka peti sejuk, nampak ada ayam, lalu dengan malasnye saya potong kepada beberapa bahagian tanpa membuang tulang (biasanya rajin buang untuk senang makan)...kemudian goreng 2 biji telur mata kerbau. Adik yang dah bangun dan bersiap nak pergi kerja (budak katering) bersarapan tanpa banyak bicara (sedap kot..x pon tak terkata lazatnye..hehe berangan lebih).



Lepas adik makan dan pergi kerja, baru saya makan dengan en suami. En suami minta goreng keropok kering utk makan dengan nasi goreng (erm..kena masak lagi :-p). Akhirnya baru dapat makan dengan bahagia. En suami macam biasa, menghabiskn 2/3 dari makanan yang ada :-)
.
Selesai sudah misi bangun pagi hari ini. Sekarang sudah tengahari. Meng update blog dan meneruskan kerja2 tertunggak semalam. Hari ini terperap lagi lah (lagila..macam ayat mat lutfi plak) nampaknye dalam rumah. Huh..pasni kenaa masak tengahari, minum petang (+ kuih) dan makan malam...banyaknye masak.. "en suami, boleh masak tak hari ni?? " huhu

   



1 comments:

Anonymous said...

boleh....