semalam... aku membelek sebuah majalah bertajuk MASTIKA..keluaran Ogos 2008 majalah kontroversi yg hangat dengan pembongkaran kisah maksiat remaja masa kini sedang meneliti dari kuli ke kulit... kisah "Untukmu Sahabatku" menarik minatku. cerita ape nie..??
hari ini dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan yang baru. setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus satu perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai ke sebuah persimpangan.
sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. sahabat yang ditampar tadi terkejut. dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
air matanya bergenang. sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.
"HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU" tulisnya dipasir tempatnya berdiri.
mereka terus berjalan meredah hujan dan bukit, hinggalah sampai disebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian, mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.
entah bagaimana..tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. hampir sahaja sahabat ini lemas. tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.
di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus itu manyucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. kemudian dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sunagi tersebut dengan perkataan
"HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU".
sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. dia bertanya, "selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. sekarang selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. kenapa??"
jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."
bila dah habis baca cerita nie, aku teringat kisah aku tersindir Izzah dengan sindiran yang pedas. bagiku sindiran seperti itu sudah lali keluar dari mulutku. tanpa kusedari kata-kataku itu telah meninggalkan duri dalam hatinya dan dia telah menangis. jika Izzah membaca blog ini, akak tau akak yang salah.. "MAAFKAN AKAK IZZAH".
selepas kejadian malam itu, aku nekad untuk berubah..
berubah untuk menanamkan perasaan
sayang sahabat...
faham sahabat...
melebihkan sahabat...
segala-galanya untuk sahabat...
bantulah aku wahai sahabatku..
0 comments:
Post a Comment