Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Akhwat Selekeh??? | Kelab Nisa' Gelang Patah

http://nisagp.blogspot.com/2011/08/akhwat-selekeh.html

Dari jauh, nampak seorang bertudung labuh memegang mushaf al-Qurannya bersama beg disandang ke belakang. Nampak seperti langkahnya cepat untuk ke kuliah. Tudungnya mengerbang ke sana ke mari. Nampak kedutan di kain tudungnya yang langsung tidak sepadan dengan baju yang dipakai. Entah berapa minggu tudung itu tidak berbasuh. Hentakannya kasar ketika menaiki tangga kuliah. Stoking hitamnya yang sudah lama tidak ditukar terselak.

Seusai habis kuliah lewat jam 4 petang, segera dia meluru ke biliknya di aras 3. Dilemparkan beg sandangnya dan segera dia merebahkan diri ke katil yang dipenuhi baju-baju yang tidak berlipat. Penat. Di hujung katil, kelihatan bakul yang dipenuhi baju-baju yang tidak berbasuh selama 2 minggu menambahkan lagi haruman busuk di biliknya. Buku-buku pula berselerakan di atas meja. Biliknya betul-betul bersepah.

Sibuk adalah alasan utamanya apabila ditanya tentang kekemasan bilik. Pagi hingga petang ke kuliah. Selepas itu pula ziarah dan silaturrahim bersama mad’u dan akhwat. Malamnya pula kalau bukan study group atau assignment, ada halaqah atau taklim. Hampir setiap hari rutinnya sebegitu. Masa yang diperuntukkan untuk menseterika baju/tudung, membasuh baju dan menyusun buku serta menjaga kekemasan diri seolah-olah tiada.

Inikah nilai diri bagi seseorang telah ditarbiyah sedangkan tarbiyah mengajar kita untuk menunjukkan qudwah yang baik kepada orang sekeliling?


Kekemasan diri

Adakah tugas dakwah menjadi alasan utama bagi seorang akhwat untuk tidak menjaga kekemasan diri dan sekitarnya?

Seorang akhwat perlu menjaga setiap apa yang dipakainya dan menjaga kekemasan luaran dan dalaman. Jangan kita hanya menjaga kekemasan dalaman sahaja tanpa memikirkan soal luaran. Pandangan pertama objek dakwah pada seorang da’ie adalah luarannya dan itulah perkara pertama yang membuat mereka tertarik minat pada kita.

Kekemasan luaran adalah menjaga kekemasan serta kebersihan pakaian dan bagaimana cara kita mengelolakan harta benda kita. Ia melibatkan banyak perkara namun distresskan pada sesetengah perkara khususnya seterika/ kebersihan/ kesepadanan tudung, baju dan stoking disamping kekemasan bilik.

Berapa ramaikah akhwat yang tidak basuh tudung, stoking dan handsocknya selama berminggu-minggu?

Berapa ramaikah akhwat yang malas seterika tudung dan baju kurungnya untuk keluar?

Berapa ramaikah akhwat yang memakai tudung tidak sepadan dengan warna baju?

Berapa ramai akhwat yang biliknya sentiasa bersepah apabila akhwat lain datang ziarah?

Kalau tiada, ini satu keputusan yang bagus. Namun kalau masih ada berperilaku sebegini, ayuh ubahlah diri. Kita ini akhwat. Kita mesti lagi faham dan arif soal kebersihan dan kekemasan. Jangan sampai kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang memandang puak yang bertudung labuh ini sebagai satu puak. Jika, salah seorang kita merosakkan imej mereka yang bertudung labuh, maka seluruhnya akan terkena.


Salah faham ‘kekemasan vs tabarruj’

Mungkin ada juga yang akan beralasan, kami ini tidak mahu bertabrruj. Kami akan berkemas-kemas hanya di depan suami sahaja. Jadi, tidak ada gunanya kami berkemas-kemas apabila keluar!

Tabarruj itu terang-terangan salah. Namun menjaga kekemasan diri, pakaian dan barang peribadi itu tidak salah.

Saya faham, akhwat tidak mahu berkemas-kemas apabila keluar rumah kerana ditakuti dipandang oleh bukan mahram. Namun, perlukah sampai tidak mengambil kira soal kekemasan untuk tidak dipandang?

Adakah perlu sampai nampak selekeh di hadapan khalayak ramai? Adakah sampai tidak perlu menseterika tudung, membasuh tudung dan menukarnya mengikut kesesuaian warna, tidak mandi, tidak memakai deodorant/bedak dan sebagainya?

Janganlah begitu duhai akhwat fillah. Kita sememangnya menjaga diri kita daripada gangguan dan pandangan lelaki, namun tidaklah perlu sebegitu ekstremis. Kita mesti mengambil kira soal pandangan objek dakwah/mad’u pada kita juga. Kita perlu menunjukkan qudwah yang baik kepada mereka. Mereka itu sentiasa melihat setiap gerak geri kita dan cara kita berpakaian.


Penutup: Selekeh itu bukan akhwat

Akhwat bukan selekeh. Selekeh itu bukan sikap akhwat. Semoga kita sama-sama perbaiki diri kita. Bukan dalaman sahaja. Tapi luaran juga.

Ambillah masa untuk menseterika baju dan tudung ketika punya masa lapang seperti waktu petang atau tengah malam sebelum tidur. Halaqah atau taklim bukanlah dilakukan setiap malam. Ziarah dan silaturrahim juga tidak perlu dilakukan setiap petang. Buatlah jadual yang sesuai dengan loading kerja dakwah dan studi kita. Jika tidak sempat untuk membasuh baju, carilah hari dalam seminggu untuk membasuh baju menggunakan mesin basuh yang disediakan. Kemaslah katil, meja dan rak buku sebelum melangkahkan kaki keluar ke kuliah. Jadikanlah bilik kita sentiasa kemas semasa ketiadaan kita.

Semoga dengan qudwah sedikit yang kita tonjolkan ini, ramai objek dakwah di luar sana tidak ragu-ragu untuk menerima dakwah kita.

Islam itu cantik dan indah.

Janganlah merosakkan kecantikan islam hanya kerana kita tidak menjaga kekemasan diri.

Kita ini dai’e.

Seorang dai’e jika dalamannya cantik, luaran juga cantik.

p/s: Cantik bukan erti kata rupa.

Gambar:
Google

Analisis Drama "Berselindung Di Sebalik Kaabah"

Salam 10 Ramadhan 1432H

"Berselindung Di Sebalik Kaabah" drama telah ditayangkan pada 8ramadhan 1432H/7ogos 2011 jam 10 malam diAstro Prima. Trailer saja sudah menarik saya untuk melihat apakah yang tersirat disebalik cerita.


setelah menonton buat kali kedua melalui link di SINI, sy mendapati watak Rina yang dilakonkan oleh Zarina AF merupakan watak "jahat" yang menggunakan agama sebagai tempat bersembunyi dari sifatnya yang sebenar.

"Telemovie ni mengisahkan Rina (Zarina AF) seorang gadis bertudung tapi di sebalik imej bertudungnya itu, Rina adalah seorang perempuan yang jahat. Dia bertudung pun cuma untuk menutup perutnya yang mengandungkan anak luar nikah dengan teman lelakinya. Ayah (Eizlan Yusof) mereka lebih menyayangi Rina berbanding kakaknya Maya (Izreen Azminda) yang melihat Rina lebih sopan. Rina mahu merampas teman lelaki kakaknya Remy (Firdaus Affandi), untuk menjadi pak sanggup kerana teman lelaki Rina sudah melarikan diri. Tiba-tiba muncul pula Mak Yam (Didie Alias), mendakwa bahawa salah seorang anaknya ada pada Datuk Jamal yang telah ditukarkannya dulu."

[sinopsis cerita di ambil dari SINI]


pandangan peribadi saya sebagai seorang muslim mengenai kisah ini ada 2:

ANALISIS 1:

watak ini mungkin memang wujud di dunia dan lebih dahsyat dari watak rina. menggunakan agama untuk dipermain-mainkan adalah salah disisi Allah. Allah akan mengAzabnya jua, jika tidak di dunia, di akhirat.

ANALISIS 2:

kisah ini menggambarkan watak seorang perempuan yang cuba berubah ke arah kebaikan (memakai tudung dalam drama ini) adalah bukan niat berubah/bertaubat. ini boleh menimbulkan keraguan pada masyarakat apabila melihat seseorang yang "jahat" pada asalnya berubah menjadi baik. masyarakat mungkin melihat mereka yang sedang berubah seperti watak "Rina" yang berubah kerana mengandung dan menipu keluarga tentang kegiatan sosialnya diluar kerana terpengaruh cerita drama ini. keluarga juga mungkin akan merasakan perubahan ke arah kebaikan adalah sesuatu yang pelik.


kesimpulannya, di bulan ramadhan ni, banyakkan memohon pada Allah semoga kita dijauhi dari perbuatan di atas. kita hendaklah bersangka baik dengan saudara seIslam disekeliling kita sambil berwaspada jika mereka menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan nafsu. semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang berada dalam kesesatan
0 comments

Ziarah Ramadhan 1432H

Salam 6 Ramadhan 1432H


Ahad lalu, sy telah mengikuti satu rombongan ziarah bersama beberapa sahabat di sekitar taman universiti dan mutiara rini untuk memberi sedikit sumbangan sempena bulan ramadhan yang mulia ini.

sepanjang berziarah, pelbagai masalah manusia sy jumpa. kehidupan ibu tunggal bersama anak kurang upaya (OKU), keluarga yg mempunyai rumah seluas 6 x 10 kaki (anggaran kecilnya sebuah rumah) dengan kapasiti suami, isteri dan 3 org anak serta banyak lagi masalah manusia yang kita tidak pernah terfikir.


si ayah bekerja sebagai seorang pemungut besi buruk dan si ibu suri rumah sepenuh masa. sayunya kehidupan namun si anak masih lagi ceria menghadapi suasana yang mereka sendiri belum mengerti tentang kehidupan. Si ibu hanya mampu tersenyum melalui liku-liku kehidupan demi membesarkan anak-anak.


ada sebuah rumah lain yg sy ziarah memelihara kucing dalam 100 ekor bersangkar dan beberapa ekor tikus (jinak dan datang ke rumah tersebut apabila lapar) dengan keadaan tiada sumber pendapatan. Makcik Khadijah yang juga dikenali sebagai Khadijah kucing ini berusia lingkungan 70 puluh tahun suka memelihara kucing sejak usia muda lagi.

sayangnya pada kucing sehingga apabila ke pasar tani di Taman Universiti dengan menaiki basikal, bakulnya dibekalkn dengan makanan kucing untuk diberikan kepada kucing liar di sana. jika makcik ini menjumpai kucing yang sakit, dia pasti akan membawanya pulang untuk dirawat.


begitulah jiwa insan yang tidak pernah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. malah mampu meneruskan hidup dengan kudrat yang ada. simpati yang kami beri bukan dijadikan alasan untuk mereka meminta lagi. kehidupan tetap diteruskan

ramadhan ini banyak lagi insan yang memerlukan bantuan dan sokongan kita insan yang berkemampuan. bantulah mereka dengan doa dan senyuman jika anda sendiri merasakan kepayahan untuk memberi sedikit bantuan kewangan. ingatlah bahawa harta dunia tidak boleh dibawa ke akhirat kecuali digunakan untuk mencari redhaNya...termasuklah bersedekah walaupun 10 sen tapi mesti ikhlas :)

0 comments

Jom Kongsi Cerita Tokoh :: Siapa Tuan Tulis?

Salam 6 Ramadhan..









[segmen jom kongsi cerita tokoh adlh segmen yg baru sy perkenalkan pd pembaca semua. konsep yg dibawa adlh cerita yg membawa manfaat, berbentuk nasihat, pengalaman dr tokoh ilmuan seluruh dunia dan rahsia disebalik kejayaan mereka. semoga bermanfaat utk yg membacanya.]

sy sangat tertarik apabila seorang sahabat memberitahu tentang kisah Tuan Tulis ni. keazamannya utk belajar sehingga sanggup menyalin semula tulisan dlm kitab kerana tidak mampu untuk membelinya. malah utk memiliki sehelai kertas pun terpaksa meminta dari kawannya. kisah menarik tentang Tuan Tulis boleh rujuk di laman web ini: http://muhibmahbub.blogspot.com

**muhasabah diri di bulan ramadhan ini, kita sebagai seorang yg diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dengan percuma dan sudah semestinya diberi akal untuk berfikir. bumi Allah ini luas dan rezeki itu ada dimana-mana selagi kita berusaha dan kemudian bertawakal padaNya. insyaAllah kita tidak akan rugi menjadi hambaNya.
0 comments

8 vs 20 : 'Salute' dgn veteran


banyak input ingn dikongsi dgn sahabat2 tp rasanya semua org dh tau tentang ramadhan. jd sy cuma nk kongsikan pengalaman sepanjang berterawih di masjid Intan Abu Bakar (w/p baru 2 hari..huhu)

8 vs 20
mesti semua dah tau iaitu rakaat utk solat sunat terawih ialah 8 ataupun 20 rakaat. nak buat 8 atau 20? boleh rujuk perbahasan di SINI.

Yang sy nk kongsikan, keseronokan berterawih pada tahun ini sebab Imam baca laju (cepat habis ^_^). tp niat bukan nak cepat habis, cuma tak perlu lama berdiri dan kurang sikit mengelamun (kadang2 bila Imam baca surah lama sgt boleh menyebabkan makmum tidak khusyuk @ berangan kot..ngantuk pon ad. jd, nk tips hilangkan mengantuk semasa terawih? di SINI)

Bila cukup 8 rakaat dgn 4 salam, alhamdulillah..boleh balik..yey !!
tetibe rase malu bila bangun utk balik ke rumah sbb yg balik tu ramai muda belia dan anak2 termasuk yg menulis ni..hihi
yg veteren(ibu bapa dan warga emas) sanggup meneruskan solat sehingga 20 rakaat. apakah dunia ini sudah terbalik?

Sy sgt 'salute' dgn veteran ini. dgn kudrat yg ada, masih kuat utk berterawih 20 rakaat. yg muda2 kebanyakannya sudah beransur setelah menyelesaikan 8 rakaat. masing2 mesti ada alasan tersendiri dan sy berharap masa sy digunakan utk ibadah yg lain (niat belajar kerana Allah pon dpt pahala ibadah kn? pastu ngaji sikit ker..).

Cuma sy telah berazam utk berterawih 20 rakaat pd 10 malam terakhir dimana semua umat Islam mengejar malam lailatulQadar..insyaAllah sy pon nk kejar juga.

Jom baca solusi edisi ramadhan !!

0 comments

salam ramadhan 1432H

Ramadhan is back, I'm happy ^_^

let's take the challenge of and grab all the

reward before its last

and sorry 4 everything

[hope can see lailatulqadar this year]


copyright from profile picture


0 comments