Salam 6 Ramadhan 1432H
Ahad lalu, sy telah mengikuti satu rombongan ziarah bersama beberapa sahabat di sekitar taman universiti dan mutiara rini untuk memberi sedikit sumbangan sempena bulan ramadhan yang mulia ini.
sepanjang berziarah, pelbagai masalah manusia sy jumpa. kehidupan ibu tunggal bersama anak kurang upaya (OKU), keluarga yg mempunyai rumah seluas 6 x 10 kaki (anggaran kecilnya sebuah rumah) dengan kapasiti suami, isteri dan 3 org anak serta banyak lagi masalah manusia yang kita tidak pernah terfikir.
si ayah bekerja sebagai seorang pemungut besi buruk dan si ibu suri rumah sepenuh masa. sayunya kehidupan namun si anak masih lagi ceria menghadapi suasana yang mereka sendiri belum mengerti tentang kehidupan. Si ibu hanya mampu tersenyum melalui liku-liku kehidupan demi membesarkan anak-anak.
ada sebuah rumah lain yg sy ziarah memelihara kucing dalam 100 ekor bersangkar dan beberapa ekor tikus (jinak dan datang ke rumah tersebut apabila lapar) dengan keadaan tiada sumber pendapatan. Makcik Khadijah yang juga dikenali sebagai Khadijah kucing ini berusia lingkungan 70 puluh tahun suka memelihara kucing sejak usia muda lagi.
sayangnya pada kucing sehingga apabila ke pasar tani di Taman Universiti dengan menaiki basikal, bakulnya dibekalkn dengan makanan kucing untuk diberikan kepada kucing liar di sana. jika makcik ini menjumpai kucing yang sakit, dia pasti akan membawanya pulang untuk dirawat.
begitulah jiwa insan yang tidak pernah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. malah mampu meneruskan hidup dengan kudrat yang ada. simpati yang kami beri bukan dijadikan alasan untuk mereka meminta lagi. kehidupan tetap diteruskan
ramadhan ini banyak lagi insan yang memerlukan bantuan dan sokongan kita insan yang berkemampuan. bantulah mereka dengan doa dan senyuman jika anda sendiri merasakan kepayahan untuk memberi sedikit bantuan kewangan. ingatlah bahawa harta dunia tidak boleh dibawa ke akhirat kecuali digunakan untuk mencari redhaNya...termasuklah bersedekah walaupun 10 sen tapi mesti ikhlas :)
0 comments:
Post a Comment