bannyaknya makanan yang dibawa kakak su. 1 dulang untuk dimakan oleh 3 orang. sahabat lain dah makan. "kita asingkanlah separuh, nanti mungkin boleh makan petang nanti dalam kereta. tak habis nie.." omel kakak su. kami setuju jer. perempuan mana leh makan banyak. jaga badan..hehe
setelah selesai makan, aku mula mencari polisterin. hmm mana ada kat tempat program polisterin..? pinggan banyak r..waa takkan nak buang..ok guna plastik merah jer lah.
"hah! apa dalam plastik tu?" terjah seorang pakcik yang melihat aku masih berada di dapur. "heeeee saya nak bungkus makanan yang tak habis tadi. nak bawak balik rumah. tak nak membazir" tersengih2 aku menjawab. segan pon ada. takut pon ada. takut kena marah tak habiskan makanan.
"la..kat dapur ada banyak makanan lagi. bungkus yang tu jer. makanan nie dah bercampur. petang nanti dah basi", pakcik tu menunjukkan periuk yang berada di dapur ."Tapi pakcik, saya tak nak membazir.. :( " wajahku sedih cam smiley tu kot.
kami sebenarnya bukan nak bungkus makanan untuk dibawa balik, tapi makanan yang lebih tu tak nak membazir. lagipon dah jadi biasa makan camtu. makanan yang masih boleh dimakan jangan membazir. takde masalah pon selama nie. kenapa pakcik taknak paham. rasa nak kuarkan jer ayant nie pada pakcik, tapi tak elok melawan orang tua.
"makanan tu dah bercampur..petang nanti basi..awak tak paham ker?"pakcik tu mengambil plastik dari tanganku yang berisi nasi tadi. pakcik..makanan tu tak bersalah..kesian ia..
pakcik tu berlalu untuk menunaikan solat zohor berjemaah. sempat dia berpesan denganku untuk membungkus makanan di dapur. aku anggukkan sahaja. tapi..aku cabut lari ke tempat penginapan. malas nak bungkus kerana itu bukan tujuan aku tadi.
"kak, tadi pakcik dapur kata suruh bungkuskan makanan untuk korang." datang seorang adik ke tempat penginapan. hmm mesti pakcik tu tau aku tak bungkus makanan tadi. sabar ajela. orang dah bagi, kita terima :)
tapi sedih makanan yang ku bungkus tadi sangat banyak dan terbazir begitu sahaja. bila teringat pada negara lain yang menderita kerana kekurangan makanan, aku rasa sangat2 bersalah. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. hambamu berjangji untuk tidak mengulanginya lagi.
* cerita ini berlaku di Muar sebelum aku melangkah pulang ke skudai*
3 comments:
baru nak tanye cikgu cun, kat mane kejadian ini berlaku. kalau kau tak statedkan tadi cikgu cun, aku assume cite ni berlaku di sebuah mekanik di mana cikgu cun dan rakan-rakannya bekerja di sana (maaf, imiginasiku terhadap ceritamu tinggi sekali)
hmm..critical thinking baik utk kesihatan
cikgu cun??
Post a Comment