Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidupku. Suasana yang selama ini tenang dengan pelbagai jiwa manusia yang kosong telah digegarkan oleh sekumpulan m
anusia yang ingin memperjuangkan kebebasan saudara seISLAM.
00:30
Pagi ini aku dikejutkan dengan sms dari seorang sahabat yang menyatakan satu perhimpunan aman menentang keganasan zionis ISRAEL akan diadakan diperkarangan masjid selepas solat Jumaat. Selepas membaca dengan teliti, sms itu aku sebarkan pada sahabat yang lain untuk sama-sama menyertai perhimpunan yang pertama kali diadakan sepanjang aku menuntut ilmu disini. Respon yang baik dari juniorku yang memang menanti-nanti suatu wadah untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin yang kian dizalimi Yahudi laknatullah.
10:00
Aku meneruskan sesi perkuliahan pada pagi itu dengan membawa risalah Palestin yang aku dapat dari sahabat yang prihatin mengenai isu ini. Risalah itu aku edarkan pada rakan sekuliah dan bakinya aku letakkan dimotor-motor sahabat lain yang parking dikawasan bangunan kuliah terdekat. Niatku semoga mereka semua prihatin dan alert isu global yang semakin meruncing di GAZA.
13:20
Selepas solat Zohor, aku mula mengorak langkah menuju ke destinasi yang pasti akan membawa satu gelombang tsunami terbesar ditempat ini. Dengan berbekalkan wudhu’ dan doa serta matlamat yang jelas, kaki ini dapat meniti halangan-halangan kecil dengan mudah. Setibanya di masjid, aku lihat sudah ramai sahabat menunggu disitu untuk sama-sama menyertai perhimpunan ini. Sementara menunggu muslimin menunaikan solat jumaat, kami sempat berbincang sedikit isu yang berlaku sekitar GAZA.
13.50
Doa sudah selesai dibaca oleh Imam. Laungan takbir sebanyak tiga kali bergema dari dalam masjid. Kelihatan lautan manusia yang bergelar PEMUDA keluar dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menyertai perhimpunan ini. Laungan takbir berkumandang selama beberapa minit. Meremang bulu romaku tika tiap kali kalimah agong itu sampai ke telingaku. Orang ramai mula memenuhi medan tempur. Banner mengecam ISRAEL dinaikkan beramai-ramai. Ku ambil kain hijau yang bertebaran dan ku ikatkan rapi dikepala. Roh perjuangan al-Walid mula meresap dalam diri. Laungan takbir ku sahut dengan penuh semangat. ALLAHUAKBAR!!!
14:05
Suasana menjadi sepi semula. Kelihatan seorang SYABAB gagah melangkah ke tengah lautan manusia untuk bersuara.
Mana mungkin kita biarkan jiwa pejuang muda hanya beraksi dimedan ilmu semata-mata. Inilah masanya kita bangkit menentang musuh ALLAH. Biarpun usaha yang sedikit ini mampu mengubah pemikiran warga tua yang selama ini berdiam diri bila saudara mereka dihina dan dibunuh didepan mata. Biar jiwa muda mengalirkan peluh pejuang sejati. ISRAEL dikecam, Palestin ditangisi. Selepas berucap ringkas, sekali lagi laungan takbir bergema. Doa mula dibaca untuk meminta pengharapan dari ALLAH agar membantu perjuangan saudara seISLAM kami disana. Tangisan mula kedengaran. Tak sanggup mendengar lagi Palestin ditindas. Doa yang penuh keinsafan mengingatkan daku pada diri yang hanya diberi ujian kesenangan berbanding mereka disana yang menerima ujian kesengsaraan. Aku insaf Ya ALLAH.
14:20
Takbir terakhir dilaungkan lagi. Kali ini semua yang hadir menyahutnya dengan penuh pengharapan agar apa yang dibuat pada hari ini mendapat perhatian pihak yang selayaknya. Semua bersurai bagai tiada apa yang berlaku tadi. Suasana kembali tenang bagai merestui pemergian kami. Aku melangkah gagah dengan harapan ada perubahan besar akan berlaku di GAZA. Sedikit usaha ini diharap mampu mengubah dunia kejam yang dikuasai zionis ISRAEL. MUSNAHKAN ISRAEL!
##################################################################################
Cerita di atas telah diubah mengikut imiginasi penulis. Semoga mesej yang ingin disampaikan dapat difahami pembaca. Indahnya jika semua ini menjadi kenyataan.
Srikandi..
Apa yang mampu kau lakukan selain doa..
Apa yang mampu kau insafkan dengan air mata darah..
Teruskan perjuangan sucimu..
Langkahkan kakimu kehadapan menentang musuh Allah..
Jadilah srikandi kilauan belati..
Yang mampu menggegar dunia dengan hanya kata-kata..
Yang mampu berada dibarisan hadapan medan perjuangan..
0 comments:
Post a Comment