Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Aku ada penyakit hati



aku hanya makhluk Tuhan kerdil bernama manusia. Manusia yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan..tapi dari kelemahan dan kesilapan itu aku belajar apa itu pengalaman. dan dari pengalaman itu aku lalui kehidupan dengan penuh ketabahan.

aku sering merasakan semua manusia disekelilingku tidak pernah memahamiku. mereka yang ku gelar sahabat hanya berfungsi bila aku berada dalam kesenangan. kesusahan ku alami keseorangan dan kesenanganku dikongsi bersama sahabat-sahabat. aku keletihan.

hari-hari kulalui dengan kedukaan dan kedukaan itu melukakan hatiku yang sihat suatu ketika dulu. apa yang berlaku sebenarnya?




imbasan...1

aku telah berpindah ke sebuah rumah bersama 5 rakan yang lain. kami berjanji untuk menjaga rumah itu bersama dan mengimarahkan rumah itu sebaiknya. sebulan selepas aku menduduki rumah itu, barangku mula bertukar tempat. bantal kesayanganku telah dinodai dan aku terpaksa berkongsi kasih apabila pakaian solatku digunakan orang lain. banyak lagi peristiwa suslan yang berlaku sehingga melibatkan harta yang berbayar. Motor kesayanganku digunakan untuk kesenangan orang lain dan aku terpaksa bersusah diri selepas itu.

imbasan...2

sahabatku yang berada diluar suka menziarahi rumah kami kerana besar dan selesa. aku tahu, disebaliknya, mereka hanya nak datang berehat-rehat seperti dirumah sendiri. Apabila tiba waktu makan, mereka akan ke dapur dan melihat jika kami ada masak tak pada hari itu. baiklah..tetapu perlu dilayan dengan baik..tapi jika sampai menganggap kami sebagai orang gaji..(masak..basuh pinggan..sapu lantai..dll)..mereka hanya datang dan melihat sahaja. mungkin itu bukan rumah mereka..tapi jika kita bersahabat, tolong menolong adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan. bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

imbasan...3

kesibukan aku dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab menyebabkan aku selalu tidak ada masa untuk bersantai dan berhibur. aku sering cemburu melihat sahabatku yang masih ada masa untuk tidur dan bermain dikala jasadku terpaksa digunakan untuk sesuatu yang lebih penting. aku teringin menjadi insan biasa yang boleh buat sahaja apa yang aku suka tanpa memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul...


apa yang berlaku sekarang? adakah aku mampu memikul segala beban di atas atau aku akan dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa?

bersambung...


**cerita di atas adalah khayalan penulis untuk memenuhi permintaan seorang insan bernama 'hati' di dalam cbox chit-chat srikandi minggu lepas. pembaca digalakkan memberi cadangan untuk memudahkan penulis mencari jawapan yang terbaik. wassalam 4 comments

Masak Ikut Suka


Hari ini aku dan husna (housemate) terpaksa menyediakan makanan tengahari kerana kelaparan yang amat. tiada siapa yang nak masak hari ni. masing-masing mempunyai aktiviti tersendiri.

"Husna, nak masak apa hari ini?" aku mula menggeledah peti sejuk yang sarat dengan bahan makanan yang belum diproses sepenuhnya. aku mengeluarkan sayur kangkung yang hampir layu (dah dua hari tersadai didalam tu)

"kita masak ayam masak kicap nak x?" husna mula menunjukkan ayam yang dikeluarkan dari peti beku.

"tak nak..dah masak minggu lepas..semalam dah masak sup...aritu dah goreng..kita masak paprik nak x? kan husna dah ada pengalaman..(Nisa' Catering)?"

"Daun limau purut xde..kita masak jer guna rempah yang ada..? kita letak semua bahan yang ada..nanti tengok jadi apa? :)"

"Ok..bawang..halia..cili..tumbuk jer semua..buat ayam rempah resipi sendiri.." kami mula menjalankan tugas masing2..

aku sibuk menediakan bahan kangkung tumis dan husna mula mencipta resipi baru yang tiada nama.

aku mula memasak kangkung tumis.."husna, nak letak ikan masin boleh?"
"letak jer..asal boleh makan.." husna mengomel sambil membasuh ayam..
"ok..tapi ada ikan masin bulu ayam jer..layan jer yer.."


hmm..teka hasilnya..?
macam kailan ikan masin..huh..takde puji diri tapi itulah realiti..:)



"Ok husna..masak ayam pulak.." aku mula membasuh kuali dan barang yang digunakan untuk masak tadi. "apa kata husna letak kunyit sikit.."

"o..ok jugak..jun...!" husna mula sedikit kalut. kunyit termasuk banyak..ayam rempah telah jadi ayam kunyit. aku cuba rasa sedikit hasilnya.."ok jer..kita tambah air untuk kuah dia..pastu tambah garam...kan kita cipta resipi sendiri..pastu letak batang serai.."


"aah..garam tak letak lagi..kita buat jer apa yang patut.." husna meneruskan usahanya memasak unknow resipi..akhirnya ayam itu berjaya dimasak dengan sempurna bentuk, rasa dan warnanya.

semua warga Nisa'ud Dakwah makan dengan gembira. mungkin lapar kot.. :)

apapun apa yang kami dapat hari ini:
1. tidak sukar untuk memasak walaupun tiada skill yang betul. yang penting, YAKIN!
2. rajin2 tengok mak masak kat dapur..nanti senang nak masak kemudian hari
3. jangan lupa beli buku resipi banyak2..banyak idea nak masak nanti
4. yang paling penting, belajar memasak sebelum kahwin supaya suami sayang..(betul ker??)

0 comments

Ibu-Madrasah Pertamaku


Tentang Dia – Madrasah Pertama Kami
Nukilan : Roha Hassan

Tuhan!
Izinkan kami menulis tentang dia
Walaupun ada di antara dia yang sudah tidak ada di samping kami lagi
Dia yang sudah tidak bisa membaca apa yang telah kami coret kan ini
Dia yang sudah tidak boleh memberikan ucapan pujian atau teguran
Dia yang tidak boleh ketawa bila kami bersenda, atau mengalir air mata bila terharu atau kelelahan


Tuhanku!
Dia sebenarnya amat banyak baktinya kepada kami

Tuhanku!
Dia sebenarnya sangat sayang dan kasih pada kami

Tuhanku!
Dia sebenarnya sudah menitiskan banyak keringat dan air mata kerana kami

Tuhan!

Sesungguhnya lembaran ini bukan lembaran lengkap
tentang madrasah kami yang pertama
Segala coretan dan nukilan hanyalah secebis pengalaman dan perkongsian
tentang dia yang sungguh istimewa

Tuhan!
Bukan kami ingin memuja dia melebihi diri Mu
Tapi, dari dia kami belajar tentang Mu
Dia yang mendidik kami mengenal dan mencintai Mu
Patuh dan tunduk terhadap perintah Mu
Dia yang Engkau amat muliakan dalam Al-Quran
Dia yang Engkau perintahkan kami taat selagi ia bukan perintah derhak
a
Dia yang sangat disanjung oleh para Nabi dan Rasul

Kami sedar ya Ilahi
Bukan kami yang selayaknya memuji
Engkaulah yang lebih utama dalam menghargai dan mengadili
Hatta, walau kering tinta kami, tidak tercatat jasa ibu bapa kami
Namun kerana dia ibu kami
Yang sentiasa berkorban dan memberi
Mohon izinkanlah kami berkongsi
Sebagai bekalan untuk generasi esok dan hari ini
Kelak mereka akan lebih mengasihi dan menyayangi
Kata ibu yang mulia dituruti

Teguran ibu sentiasa dihormati
Nasihat ibu diaplikasikan

Kerana sesungguhnya ibulah madrasah pertam
a kami

Ya Allah!
Walau dimana jua ibu bapa kami
Di dunia yang sementara
Atau sudah menemui Tuhan nya
Golongkan ibu bapa kami

Di kalangan mereka yang Engkau cintai
Bahagia kan dan selamatkanlah mereka didunia dan akhirat yang abadi
Sepertimana mereka mendidik kami, sejak kecil hingga dewasa hari ini.

Harga istimewa untuk 100 pembeli pertama! Dapatkan segera!

http://rohahassan. blogspot. com

p/s: lagu ni khas untuk para ibu khususnya ibuku Pn Ramlah binti Supar. Mak..jun sayang mak...sangat-sangat..



Buatmu Ibu

Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com


Ibu..bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Ibu..kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu..kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 0 comments

Kenangan Terakhir Bersama Coursemate

Tanggal 7 Mei 2009, kami warga 4 SEM telah berjaya menjejaki Restoran Makanan Laut Senibong (tak ingat nama yang betul) di JB.





Melihat keindahan laut
diwaktu malam
berlatarbelakangkan
Singapura kot
(diaorang yang kata..)
sangat tenang dan
sesuai untuk makan :)


semua nampak ceria dengan hanya berbekalkan RM25 seorang tak termasuk driver..
Makanan kat sini boleh tahan harganya tapi tiada istimewa dari segi masakannya..



hehe sesuai untuk jalan-jalan
hilangkan tekanan jer..
dah habis belajar kan...
(kecuali aku..waa)










Alhamdulillah..
habis juga makanan..
tp tak rasa semua makanan..
kenyang plak malam tu..
rugi-rugi..
rezeki depan mata..hehe










**Dari belakang : Faiz (wak), Rasyid, Azmi, Jefrizain, Faiz Izan, Amin, Nuzrul, Khairul Rasyid (Kal)
**Dari tengah : Penulis, Kausar, Maisarah, Adhwa, Hisyam
**Dari depan : Saiful (epul), Nasir, Syahid


jumlah semua coursemateku adalah 60 orang(54 lelaki dan 6 perempuan), jadi 40% jer yang datang.. kalau semua datang, seronoknya tauke restoran tu..huhu

untuk semua pelajar Tahun 4 Kejuruteraan Elektrik-Mekatronik sesi 2005/2009, aku mohon maaf jika selama ini terkasar bahasa dan tersilap bicara. semoga kenangan belajar bersama 4 tahun ni menjadi memori yang tidak dilupakan. jika dipanjangkan umur dan jodoh persahabatan, kita akan berjumpa di pesta konvo Ogos nanti.boleh cari ditempat port biasa..gerai buku :)

0 comments

Muhasabah Final Exam

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


http://www.youtube.com/watch?v=V8vRQZbGfko


**akhirnya berjaya juga aku menamatkan sesi pengajian semester ini dengan jayanya..just tunggu result kuar dan struggle utk semester depan (final sem). semoga Allah permudahkan urusan umatNya yg sentiasa berada pada jalanNya dan membantu agamaNya semata-mata utk mencari keredhaanNya..Amiiin
CHAYOK!!! 0 comments