Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Aku ada penyakit hati



aku hanya makhluk Tuhan kerdil bernama manusia. Manusia yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan..tapi dari kelemahan dan kesilapan itu aku belajar apa itu pengalaman. dan dari pengalaman itu aku lalui kehidupan dengan penuh ketabahan.

aku sering merasakan semua manusia disekelilingku tidak pernah memahamiku. mereka yang ku gelar sahabat hanya berfungsi bila aku berada dalam kesenangan. kesusahan ku alami keseorangan dan kesenanganku dikongsi bersama sahabat-sahabat. aku keletihan.

hari-hari kulalui dengan kedukaan dan kedukaan itu melukakan hatiku yang sihat suatu ketika dulu. apa yang berlaku sebenarnya?




imbasan...1

aku telah berpindah ke sebuah rumah bersama 5 rakan yang lain. kami berjanji untuk menjaga rumah itu bersama dan mengimarahkan rumah itu sebaiknya. sebulan selepas aku menduduki rumah itu, barangku mula bertukar tempat. bantal kesayanganku telah dinodai dan aku terpaksa berkongsi kasih apabila pakaian solatku digunakan orang lain. banyak lagi peristiwa suslan yang berlaku sehingga melibatkan harta yang berbayar. Motor kesayanganku digunakan untuk kesenangan orang lain dan aku terpaksa bersusah diri selepas itu.

imbasan...2

sahabatku yang berada diluar suka menziarahi rumah kami kerana besar dan selesa. aku tahu, disebaliknya, mereka hanya nak datang berehat-rehat seperti dirumah sendiri. Apabila tiba waktu makan, mereka akan ke dapur dan melihat jika kami ada masak tak pada hari itu. baiklah..tetapu perlu dilayan dengan baik..tapi jika sampai menganggap kami sebagai orang gaji..(masak..basuh pinggan..sapu lantai..dll)..mereka hanya datang dan melihat sahaja. mungkin itu bukan rumah mereka..tapi jika kita bersahabat, tolong menolong adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan. bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

imbasan...3

kesibukan aku dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab menyebabkan aku selalu tidak ada masa untuk bersantai dan berhibur. aku sering cemburu melihat sahabatku yang masih ada masa untuk tidur dan bermain dikala jasadku terpaksa digunakan untuk sesuatu yang lebih penting. aku teringin menjadi insan biasa yang boleh buat sahaja apa yang aku suka tanpa memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul...


apa yang berlaku sekarang? adakah aku mampu memikul segala beban di atas atau aku akan dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa?

bersambung...


**cerita di atas adalah khayalan penulis untuk memenuhi permintaan seorang insan bernama 'hati' di dalam cbox chit-chat srikandi minggu lepas. pembaca digalakkan memberi cadangan untuk memudahkan penulis mencari jawapan yang terbaik. wassalam

4 comments:

angahfarah said...

salam~
tabah n sabar... mampu mengubat hati yg lara jun~~ dan yg penting bersangka baik..~

Anonymous said...

salam
ni cket idea nak utarakan..

utk imbasan 1

kna yakin hidup ni memang kna selalu memberi.kerana tak kan rugi pun..namun bila hati dah memberontak...istighfarlah.."setiap kebaikan walau seebesar zarah akan dihitunng".( surah al zalzalah)
imbasan ke 2

mesti ada yg mengalaminya kan??
pertama..yg mengalami nya kena ikhlaskan hati, berlapang dada..kalu perlu menegur shabat yg asyik goyang kaki je maka tegurlah dengan berhikmah.ye
tak der masalah yg takder penyelesaian
manusia ni pelabagai ragamnya..sebab tu manusia unik.hehe
setengah orang tak sedar tingkah lakunya kurang menyenangkan
maka sahabat perlu mengur..tapi berhikmah jgn gaduh plak
kpada yg ayik goyang kaki..kna sedar..hidup kana ada give and take, o.k!!

imbasan 3
masalah besar ni..
kna fahamkan diri tentang lumrah hidup seorang pejuang..
bertungkus lumus hinga ke tiisan darah terakhir..rujuklah tafsir surah assaff..,selongkarlah hikmah dan keuntungan org berjuang dalam bait kalam al quran...dapatkan nasihat drpda sahabat yg memahami perjuangan ini
last sekali ..think +ve.
moga kita dapat memelihara hati hati kita...

wallahualam..

'renungan bersama "

Syifa' Ismail said...

salam.. setuju..
peringatpada diri ana: biasala dalam perjuangan kita akan di uji dengan pelbagai perkara, sahabat, harta benda dan lain-lain..
dan ada masa kita akan down ada masa kita ok.. dan perkara ini boleh berkait dengan keghuyuban.. mungkin tanpa sedar kita boleh ter'ada' ciri-ciri keghuyuban.. perasaan kita berseorangan,malas dan rasa sendiri sahaja buat kerja juga merupakan salah satu tanda-tanda awal ghuyyub.. boleh rujuk buku wabak sepanjang jalan (kalu x silap)...
sahabat.. andai diri ini nampak semakin jauh tariklah kembali diri ini.. diri ini hanya insan biasa yang xlepas dari dosa..

Anonymous said...

salam
betul3
susah nak jaga hati kan???
paling penting bile bergaul dengan sahabat
ada yg memahami, ada yg buat buat tak faham..erm
asam garam kehidupan dan ujian dalam persahabatan terutama sahabat2 yg turut sama berjuang

sebabtulah hati kita kna kuat,,utk husnulzon.
namun biler perlu menegur utk kebaikan maka tegurlah.kerana itu mungkin mampu menjernihkan keadaan yg suram dan sakit yg dipendam..

peringatan bersama
banyakkan istighfar...