Hari ini aku dan husna (housemate) terpaksa menyediakan makanan tengahari kerana kelaparan yang amat. tiada siapa yang nak masak hari ni. masing-masing mempunyai aktiviti tersendiri.
"Husna, nak masak apa hari ini?" aku mula menggeledah peti sejuk yang sarat dengan bahan makanan yang belum diproses sepenuhnya. aku mengeluarkan sayur kangkung yang hampir layu (dah dua hari tersadai didalam tu)
"kita masak ayam masak kicap nak x?" husna mula menunjukkan ayam yang dikeluarkan dari peti beku.
"tak nak..dah masak minggu lepas..semalam dah masak sup...aritu dah goreng..kita masak paprik nak x? kan husna dah ada pengalaman..(Nisa' Catering)?"
"Daun limau purut xde..kita masak jer guna rempah yang ada..? kita letak semua bahan yang ada..nanti tengok jadi apa? :)"
"Ok..bawang..halia..cili..tumbuk jer semua..buat ayam rempah resipi sendiri.." kami mula menjalankan tugas masing2..
aku sibuk menediakan bahan kangkung tumis dan husna mula mencipta resipi baru yang tiada nama.
aku mula memasak kangkung tumis.."husna, nak letak ikan masin boleh?"
"letak jer..asal boleh makan.." husna mengomel sambil membasuh ayam..
"ok..tapi ada ikan masin bulu ayam jer..layan jer yer.."
hmm..teka hasilnya..?
macam kailan ikan masin..huh..takde puji diri tapi itulah realiti..:)
"Ok husna..masak ayam pulak.." aku mula membasuh kuali dan barang yang digunakan untuk masak tadi. "apa kata husna letak kunyit sikit.."
"o..ok jugak..jun...!" husna mula sedikit kalut. kunyit termasuk banyak..ayam rempah telah jadi ayam kunyit. aku cuba rasa sedikit hasilnya.."ok jer..kita tambah air untuk kuah dia..pastu tambah garam...kan kita cipta resipi sendiri..pastu letak batang serai.."
"aah..garam tak letak lagi..kita buat jer apa yang patut.." husna meneruskan usahanya memasak unknow resipi..akhirnya ayam itu berjaya dimasak dengan sempurna bentuk, rasa dan warnanya.
semua warga Nisa'ud Dakwah makan dengan gembira. mungkin lapar kot.. :)
apapun apa yang kami dapat hari ini:
1. tidak sukar untuk memasak walaupun tiada skill yang betul. yang penting, YAKIN!
2. rajin2 tengok mak masak kat dapur..nanti senang nak masak kemudian hari
3. jangan lupa beli buku resipi banyak2..banyak idea nak masak nanti
4. yang paling penting, belajar memasak sebelum kahwin supaya suami sayang..(betul ker??)
0 comments:
Post a Comment