semua manusia diciptakan untuk menjadi pemimpin (khalifah) dimuka bumi ini. Siapa rasa dia bukan seorang pemimpin.
Ayah pemimpin kepada keluarga
Abang pemimpin kepada adik2
Guru pemimpin kepada anak murid
Imam pemimpin kepada makmum
dan seharusnya kita menjadi pemimpin kepada diri sendiri.
Kita pemimpin diri sendiri?
kita ada nafsu yang kadang2 memimpin kita dalam sesetengah perkara. itu tandanya kita telah terpedaya dengan pemimpin yang salah. Kita yang layak memimpin diri ini. Sesiapa yang tunduk pada pemimpin seperti hawa nafsu, mereka akan sesat dari jalan Allah.
jadi persoalan pokok yang berlaku bukan persoalan kita layak atau tidak menjadi pemimpin tapi, adakah kita dapat menjadi pemimpin yang baik.
manusia sering lupa apabila berada dikedudukan yang lebih baik. contohnya bila kita mula mencari kerja, semua syarikat kita pergi dan menunjukkan personaliti dan akhlak yang baik. kita sanggup membuat apa saja kerja untuk menampung kos sara diri dan keluarga.
malangnya apabila kita sudah berjaya dan berada dikedudukan yang lebih tinggi, kita sudah mula menyampah dan rasa jijik untuk makan di kedai kopi, tidak mengaku orang kampung dan berlagak menjadi orang kaya baru. tiada lagi rasa rendah diri dan ingin membuat yang terbaik untuk syarikat.
dari situ mula berlakunya penyelewengan dan ketidakjujuran terhadap syarikat dan rakan sekerja.
kembali kepada topik asal kita, pemimpin juga seperti itu. Jika kita ingin mendapat kepercayaan rakyat, kita akan buat yang terbaik untuk rakyat. Pemimpin mesra rakyat,turun padang dan merasai bersama kesedihan dan kehidupan rakyat.
Tapi bila sudah menjadi orang besar, YB berpangkat tinggi, duduk dirumah mewah, rakyat nak datang ziarah pon seperti hendak mengadap sultan. Pernahkah kita terfikir yang Allah pencita kita lebih mudah untuk berjumpa dan berkomunikasi. Kita boleh meminta padaNya dengan hanya berdoa malah kita boleh berkomunikasi denganNya hanya dengan bersolat. mengapa manusia merasakan kedudukan mereka lebih tinggi dari Allah? Nauzubillah..
saya tahu, tidak semua pemimpin seperti ini. cuma jika dilihat pada situasi sekarang kelihatan seperti pemimpin ini yang banyak menguasai pelbagai aspek pentadbiran dan syarikat. Jadi peminpin seperti ini tidak layak memimpin diri sendiri juga.
Pemimpin Agong
Rasulullah SAW adalah contoh pemimpin terbaik didunia ini. Ciri2 pada Rasulullah yang sepatutnya kita contohi dalam kepimpinan:
~siddiq (benar)
~ amanah
~tabligh (menyampaikan)
~Fathonah
~hidup bersama rakyat dalam suka dan duka
~mencari keredhaanNya
~dan banyak lagi yang boleh dikaji melalui peristiwa sejarah yang berlaku.
Ciri-Ciri Pemimpin Islam
Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:
- Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
- Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
- Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
- Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:
“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).
Anda yang layak menentukan anda pemimpin yang bagaimana.
0 comments:
Post a Comment