kring...! satu panggilan yang tidak pernah ku duga. tertera nama en Rosdi di skrin telefonku. aku sudah boleh mengangka apa yang bakal diberitahu melalui alat telekomunikasi tanpa wayar ini.
"hello assalamualaikum jun",tidak pernah berubah walaupun sudah lama aku tidak mendengar suara itu. "w'salam en rosdi. wah, lama tak dengar khabar..",aku saja menunjukkan reaksi selamba walaupun aku sebenarnya tak pernah buat begitu.
sebenarnya en rosdi ingin menawarkan kerja part time pada aku kerana aku pernah menghubunginya masa cuti semester yang lepas. maklumlah kewanganku yang tidak mengizinkan untuk aku hidup tanpa mencari duit poket sendiri.
setelah perbincangan dibuat secara bersemuka dengan en rosdi, akhirnya aku disini hari ini, Atama Tech Sdn Bhd, bekerja sehingga bulan Januari 2010.
alhamdulillah dimurahkan rezaki. mungkin kerana sejak akhir2 ni aku rajin solat Dhuha. sekarang nie aku mempunyai 4 tuisyen tap mungkin nak bagi hasni satu. tak mampu nak handle.
apa pun amanah sebagai seorang mahasiswa aktif tak boleh di abaikan. aku akan cuba untuk menguruskan masaku dengan baik agar segalanya berjalan lancar.
apa yang penting sekarang, aku tidak perlu bergantung sangat pada kewangan abangku dan juga biasiswa PAMA. harapan mereka juga masih ku genggam kukuh.
Ya ALLAh, bantulah hambamu ini merngharungi liku2 hidup ini dengan tabah. Amiiin
0 comments:
Post a Comment