Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

KeRanA DeNGan DeRiTa..hAti iNi aKAn SeNtiAsa mEngiNGaTiMu..


Hari-hari yang sukar minggu ni..

memulakan kehidupan dengan ibadah dan mempersiapkan diri utk ke pejabat, pg ini masih sempat aku menggoreng ubi kayu yg sudah 4 hari tak berusik.. pergi kerja se awal jam 7pagi, hari ini lewat 10 minit keluar rumah kerana EGOku sakit lagi. sudah dua hari ia tak mahu hidup seperti biasa. terpaksa tuannya menggunakan kudrat 4 kerat menghidupkan secara manual..

penat jugak menghidupkan secara manual..minyak pulak dah paras merah..terpaksa matikan enjin di stesyen minyak dan menghidupkan semula secara manual..akhirnya sampai ke destinasi jam 7.54pagi..sikit lagi nk timing(punch card akan kuar tulisan merah klu lewat 1 saat pon..huhu)

naik ke pejabat atas dan meneruskan kerja seharian..mendapat maklumat terkini untuk perjalanan ke UTMKL minggu depan..3 hari yang mengganggu proses pengajaran. terpaksa buat banyak kelas tambahan utk kejar silibus..exam bulan 5. bila pergi KL, perlu siapkan soalan final utk 2 subjek..banyaknya kerja yang perlu disiapkan..tapi kenapa hati ini masih tenang..?

terlupa pula jumaat ni ada sambutan maulidul rasul peringkat YPJ, esok kene rewang di tempat program..bila nak siapkan kerja? hmm..fikiranku menerawang jauh sambil memikirkan penyusunan kerja..

"Assalamualaikum cik.." dgn muka tersengih nawi dan kamal datang. hairan jugak..kelas dah xde minggu nie..assaignment kene hantar esok..rajinnya datang..mesti ada pepe nie..

"yer..nak apa? ad kelas ganti ker? nk hantar assaignment"

"tengok markah" sengih2 lagi..

"kawan awak x habis lg amek ujian..bila nk amek? mana afiq?"

"dia ad kat luar"..biasa r..dimana ada nawi, disitu mesti ad kamal dan afiq.

"cik..saya ada keychain lawa..dari sabah..baru jer beli..jauh 2" sambil menunjukkan keychain tu.

macam pernah ku lihat keychain itu..hmm kenapa sama dgn diaorg pulak? dann kenapa dioorang sibuk nak tunjuk..aku semakin hairan. tercicir ker keychain tu dari kunci motor..diaorang nk pulangkan ker?

"ha.." nawi..sambil menunjukkan kunci EGOku yg berangkai dgn kunci rumah..


"Ya..Allah..saya tertinggal kat motor ker?" ini sudah kali ke berapa kunci itu xmau ikut tuannya. suka duduk kat motor..

"terima kasih yer..nanti saya belanja makan.." teringat mereka telah memnbantuku menghidupkan EGO semalam utk perjalanan pulang.

perjalanan hari ini baru berlalu 12 jam..namun sudah banyak ujian yg engkau berikan padaku..mampukah aku menghabiskan perjalananku hari ini dengan tenang? Ya Allah..bantulah hambaMu ini..syukurku padaMu tidak berkurang namun ujianMu tetap ku redah.



kerana dengan derita..hati ini akan sentiasa mengingatiMu..



1 comments

This is Hijab


click the picture to enlarge

erm..which am i now ? (^_^!')
2 comments

MENANTI SAAT KEMENANGAN


mahasiswa
gelaran yang sukar dibawa
gah dimata masyarakat
hebat dimata pelajar

meneroka alam kampus
dalam keadaan bersendirian
aku letih melihat tulisan dan gambar
tugasan berlambakan
ujian berturutan
tepu pemikiran

ketenangan dicari
mindaku perlukan kedamaian alam

sahabat mula kutemui
dalam kekusutan jiwa
membawa aku ke cahaya
aku mula mengenal pencipta

ketenangan mula menyelubungi
hatiku sebak mengenangkan kisah silam
yang buta dengan dunia
syukur padaMu ya Allah
aku kini bahagia

alam kampus semakin mencabar
amanah semakin menggunung
perjuangan perlu diteruskan
aku harus tabah
kerana jalan ini ku pilih

belajar sambil mencabar
langit tidak selalunya cerah
turun naik kehidupan
aku pasrah segalanya

melalui detik akhir di kampus
sangat sukar dan terasa jauh
peritnya untuk melepaskan diri
aku mahu jadi mahasiswa selamanya

kehidupan harus diteruskan
aku perlu menamatkannya jua
kerana amanahku diluar lagi besar
mencari sesuap rezeki
untuk keluarga didesa

kini aku menanti hari bahagi
segulung ijazah bakal digenggam
tanda kemenangan dirai
hatiku puas
usahaku keranaNya
akhirnya membawaku ke pentas konvokesyen

namun
kemenangan yg lagi besar
harus kucapai
mencari syurgaMu
dengan usaha duniaku
aku menanti saat kemenangan itu
permudahkan urusanku
Ya Allah
amiiin


p/s : dijemput menghadiri majlis konvokasyenku pada 28 mac 2010 di DSI UTM. tahniah kepada semua graduan UTM yang akan bergraduasi pada konvokasyen yang ke 44 (27-28 mac 2010)
0 comments

Maafkan Aku Sahabat



sahabat..
semoga kita terus bersama..
dalam suka dan duka..
duri2 perjuangan kehidupan dilalui dgn tabah
walau engkau kini jauh dimata..
namun diri ini tetap mengingati..
kenangan bersama akan disemat dlm hati
semoga ikatan ini tersimpul rapi selamanya..
indahnya ukhuwah jika segalanya kerana ALLAH


p/s: rindunya sahabat2 04 dan SAKINAH..
5 comments

Perkongsian: Tidak mahu fikir fasal cinta. Adakah patut?

Kenapa orang tak nak fikir? - agmnhob of Deviant Art

Kenapa orang tak nak fikir? - agmnhob of Deviant Art

Kalau cinta ini satu perjalanan, maka saya katakan bahawa saya telah banyak melalui perjalanan cinta. Saya kecilkan skop – Cinta lelaki perempuan. Dalam setiap perjalanan, saya belajar dan belajar. Silap itu silap ini, dan saya terus mengkaji dan belajar, memerhati dan terus membuat penyelidikan.

Dalam marhalah-marhalah yang saya lalui, satu perkara yang orang selalu sebut: “Jangan banyak fikir fasal cinta. Melalaikan”

Ada lagi orang menyebut begini kepada saya: “Saya masih tidak mahu fikir fasal kahwin ni. Sebab saya tak mahu ganggu pelajaran saya”

Ada pula yang gaya macam best cakap pada saya: “No cinta before nikah. Prinsip saya, cinta selepas kahwin. Cinta sebelum kahwin ni, melalaikan. Dua orang main perasaan, yang ketiganya adalah syaitan”

Benarkah kita patut berkata dan beranggapan sedemikian?

Pada saya, inilah dia fitnah yang telah terpalit pada cinta.

Yang kita dididik bahawa itu adalah namanya bercinta

Tahukah sebenarnya, kita ini telah didoktrin dalam mendefinisikan cinta? Dalam hal bagaimana bercinta? Dalam hal membina keluarga? Dalam hal hubungan lelaki dan perempuan? Bagaimana agaknya definisi kita terhadap perkataan – Bercinta -?

Saya ingin bertanya, di manakah sumber pendidikan cinta masyarakat kita?

Ah, anda tidak perlu jawab. Biar saya jawab.

Majoriti masyarakat mengambil sumber pendidikan cinta daripada Novel, drama, dan filem.

Cara-cara hubungan lelaki dan perempuan di dalam filem, yang banyaknya diterajui oleh Hollywood dan kemudian diikut pula oleh masyarakat kita, dan itulah yang kita namakan bercinta.

Maka, adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Syeikh Drama dan Maulana Filem ini, dijadikan fatwa untuk mendefinisikan cinta. Cintan cintun tak jaga syara’ itu dinamakan bercinta. Maka akhirnya, perkataan BERCINTA itu menjadi buruk dan ditohmah 1001 tohmahan yang busuk lagi jijik.

Sebab apa? Sebab manusia tidak tahu apa itu bercinta yang sebenar.

Rujukannya adalah yang ditunjukkan dalam drama-drama dan filem-filem, novel-novel jiwang yang tidak mengikut syara’ itu. Macam manalah perkataan BERCINTA itu tidak dipandang jijik kalau itu yang menjadi rujukan?

Definisi bercinta saya.

Pada saya, seorang lelaki yang berusaha mendapatkan seorang perempuan dengan cara yang syara’ itu adalah satu cara percintaan.

Apa itu cinta pada definisi saya?

Definisi saya pada cinta adalah: “Kita hendak masuk syurga Allah dengan dia”

Justeru, apa-apa sahaja perbuatan yang membawa si lelaki dan si perempuan ke neraka, adalah satu pembatalan pada cinta itu sendiri.

Di sini, saya simpulkan perkataan BERCINTA sebagai: “Lelaki dan perempuan yang berkasih sayang atas jalan yang syar’ie, tidak melanggar hukum Allah SWT”

Maka, berdasarkan definisi itu, bagaimanakah hendak bercinta?

Pertama sekali, anda kena buang apa-apa sahaja didikan cinta dari drama, filem, novel-novel yang anda baca. Jangan sesekali anda sinonimkan perkataan BERCINTA itu dengan tindakan-tindakan mereka. Pada saya, apa-apa sahaja yang membawa kepada kemurkaan Allah dan boleh melemparkan kita ke neraka, tiada cinta di dalamnya.

Kedua, serius. Tak payah lah nak mengorat tak boleh blah. Nak testing-testing sembang ke apa ke. Bila timbul rasa cinta, maka mulakan dengan menyelidiki latar belakangnya. Boleh tanya ramai orang. Kemudian buat istikharah. Seterusnya bila dah yakin, hubungi terus ibu bapa si dia. Kalau takut, boleh juga terus cakap kat dia, hantar surat ke untuk luahkan bahawa kita memang cinta pada dia dan ingin jumpa ibu bapa dia. Bila dia approve, boleh proceed ke langkah seterusnya.(ada juga orang kata, tackle mak ayah dulu adalah cara yang terbaik)

Ketiga, selepas ibu bapa sudah dimaklumi, baru mulakan perhubungan di bawah pengawasan ibu bapa. Baru mula ta’aruf, baru mula sembang, baru mula berjumpa dan semestinya dalam kondisi yang syar’ie dan terjaga pula adab-adabnya. Bukan berdua-duaan(baik di alam realiti atau alam maya), tiada pula sentuh menyentuh. Membina kesefahaman untuk membangunkan satu keluarga yang diredhai Allah SWT.

Keempat: Percepatkan perkahwinan jika berkemampuan. Jika belum berkemampuan, maka seringlah berhubungan dengan penjaga si pasangan untuk mengeratkan hubungan dan menjaga silaturrahim seterusnya membina kesefahaman dalam rangka untuk menjaga diri sendiri dan mengawal hubungan itu agar kekal di dalam batasan syara’.

4 step ini, pada saya sudah boleh dinamakan BERCINTA.

Hendak bergerak lebih jauh dalam BERCINTA, hendak sentuh-sentuh, hendak minum satu straw makan satu pinggan, hendak buat itu ini, ha… kena lepas satu lagi boarder iaitu PERKAHWINAN.

Masalah tak mahu fikir

Ya, pada saya memang tak patut pun seseorang itu berfikir untuk BERCINTA pada usia yang belum matang. Tetapi, pada saya, seseorang itu perlu didedahkan berkenaan konsep membina keluarga yang diredhai Allah SWT semenjak umurnya seawal 13 tahun lagi.

Kenapa perlu membina keluarga yang diredhai Allah SWT, Apa pentingnya membina keluarga yang diredhai Allah SWT, bagaimana persiapan yang sepatutnya untuk membina keluaarga yang diredhai Allah SWT.

Barulah, remaja kita membesar dengan matang, dan terdidik pula untuk nanti dia BERCINTA dengan PERCINTAAN yang sebenar, mengikut syara’ dan diredhai Allah.

Saya tanya satu soalan: “Bagaimana manusia boleh menjadikan filem, drama, novel sebagai sumber kepada pengajaran terhadap cinta?”

Biar saya jawab. Jawapannya adalah: “Sebab mereka tidak diajar bagaimana cara bercinta yang betul”

Jadi, di sini masalah kita.

Tak mahu fikir, sebab kita tidak dididik bahawa berfikir terhadap perkara ini adalah penting. Ada juga tak mahu fikir, sebab telah terdidik supaya jangan memikirkan benda-bena ini.

Saya selalu dengar orang tua-tua cakap: “Ish, kecik-kecik dah gatal”

Ya, saya akui kalau cakap nak bercouple, atau angau dengan seseorang sampai belajar pun entah ke mana, bolehlah kita masukkan ke dalam kata-kata orang tua itu. Tetapi, untuk mereka yang berfikir bagaimana untuk membina keluaarga yang diredhai Allah SWT, mereka ini tidak patut dihalang dan dicop gatal. Malah sepatutnya dibimbing biar lebih teguh.

Kamu boleh suruh anak-anak fikir fasal cita-cita semenjak tadika walaupun medan pekerjaan akan dihadapi oleh mereka masih jauh lagi. Bila disoal, kamu menjawab: “Kita kena sediakan mereka biar tak kena culture shock, biar mereka tahu nak menghala ke mana, biar mereka jelas matlamat dan bla bla bla”

Jadi bagaimana dengan rumah tangga yang Allah redha? Bagaimana dengan cara bercinta dengan Allah redha? Kenapa kamu tak dedahkan pengajaran terhadapnya? Kenapa kamu menghalang diri kamu dan orang lain untuk memikirkannya?

Maka tidak hairanlah, remaja kita hari ini ramai yang salah mengguna pakai perkataan CINTA, BERCINTA, PERCINTAAN. Bila mereka memakai perkataan-perkataan ini, mereka merujuk pada sesuatu perbuatan yang Allah tidak redha dan murka.

Tahukah kalian, Hollywood mendidik kita dengan sifir berikut:

LOVE=SEX. Maka, bila mereka kata To Make Love, maksudnya adalah To Do Sex.

Sekarang lihat.

Kenapa kamu boleh biar barat mendidik masyarakat sambil lewa dan kamu pula meghalang diri dan orang lain berfikir berkenaan perkara paling penting ini? Cinta rosak, sebab kita tidak menjaganya.

Ganggu Pelajaran. Saya nak fokus.

Ini alasan yang pada saya tak boleh dah pakai, apabila kita mendefinisikan semula cinta mengikut apa yang telah saya tulis di atas.

Ya, kalau bercinta yang tidak syar’ie, betul akan membuatkan kita tidak fokus, ganggu pelajaran dan sebagainya.

Saya pernah berjumpa dengan beberepa pelajar yang bercouple. Mereka kelihatan sedih. Saya bertanya, kenapa sedih sampai macam down sangat ni? Pelajaran mereka, studi mereka sampai terganggu. Mereka menjawab:

“Awek saya ada masalah bang”

MasyaAllah, awek ada masalah, diri dia yang down macam dunia nak kiamat?

Tetapi, bukan semua orang bercouple begitu. Ada juga yang jadi cemerlang. Malah menjawab dengan bangga:

“Aku cemerlang sebab aku bercouple. Aku studi dengan awek aku. Boleh lebih fokus”

Jadi, pada saya, BERCINTA itu menganggu pelajaran adalah satu perkara yang patut dibuang jauh. Kenapa? Sebab ada yang BERCINTA dengan cara yang tidak syara’ pun boleh cemerlang. Apatah lagi orang-orang yang bercinta dengan carayang syara’, dengan lebih terjaga.

Islam melarang kita mendekati zina. Hatta zina hati. Maka, sesiapa yang BERCINTA mengikut definisi syara’, maka di ruang mana pelajarannya akan terganggu?

Alasan tidak bercouple kerana couple itu menganggu pelajaran juga perlu dibuang. Bukan bermakna saya menyokong couple. Saya malah melarangnya langsung kecuali selepas kahwin. Tetapi saya suruh buang adalah kerana, kita tidak bercouple bukan kerana pelajaran. Kita tidak bercouple, hanya kerana Allah larang. Itu sahaja, dan tiada sebab lain.

Kenapa saya cakap begitu? Sebab ada orang buktikan, dengan couple mereka cemerlang. Maka, apakah dengan itu, couple boleh kita benarkan?

Tetap tidak sama sekali. Sebab kita bukan tidak bercouple atas sebab-sebab seperti tidak cemerlang pelajaran, sebab dikhianati, sebab takut dicurangi dan sebagainya. Ada juga yang couple, tapi selamat ke jinjang pelamin. Ha… nak kata apa?

Kita tidak bercouple, hanya kerana Allah suruh. Itu sahaja. Apakah kita memerlukan sebab yang lain? Tidak. Cukuplah keredhaan Allah itu matlamat kita, cukuplah kemurkaan Allah itu menjadi sebab kebencian kita atas sesuatu perkara.

Berbalik kepada isu fokus tadi, adalah tidak patut sebenarnya kita menyalah CINTA kepada ketidak fokusan kita. Siapa yang memilih untuk tidak FOKUS? Kita. Kita yang pilih untuk BERCINTA sampai tidak fokus. Siapa suruh BERCINTA sampai macam itu?

Pada saya, kalau serius nak bina keluarga, kena serius jugalah studi. Apakah boleh jadi ketua keluarga yang baik, ibu yang baik kepada anak-anak kalau markah dapat teruk-teruk, gagal sana sini? Pastinya malu kita hendak mendidik anak-anak kita nanti. Siapa contoh anak-anak? Kitalah sebagai ibu bapa menjadi contoh mereka. Sebab itu, pada saya, kata-kata bahawa pendidikan anak-anak kita bermula semenjak kita remaja adalah tepat sekali.

Maka, ketahuilah bahawa, serius dalam studi itu juga satu PERCINTAAN. Dan saya tidak nampak, kalau bercinta mengikut jalan yang syara’ tetapkan, maka itu akan menjadi penganggu kepada pelajaran.

Tunjukkan saya, di manakah ruang di dalam CINTA CARA SYAR’IE yang membolehkan seseorang itu tidak fokus kepada pelajaranna?

Jadi sekarang bagaimana?

Nak fokus pada pelajaran?

Silakan. Tetapi kenapa melarang diri untuk memikirkan keluarga yang bakal dibina nanti?

Persediaan sudah cukup?

Oh, maka jika begitu, saya tidak layak berbicara dengan anda.

Pencinta sepatutnya berdisiplin

Pada saya, seorang yang dinamakan sedang BERCINTA itu adalah seorang yang berdisiplin. Sekiranya definisi CINTAnya adalah seperti apa yang saya katakan tadi.

Dia perlu serius dalam pelajarannya. Dia perlu belajar untuk matang dalam pemikirannya. Dia perlu belajar untuk jauh pandangannya. Dia perlu belajar untuk kemas dalam perancangannya. Dia perlu mendidik emosinya. Dia perlu belajar untuk bijak membuat keputusan. Dia perlu belajar untuk pandai mengurus kewangan. Dia perlu belajar untuk boleh menjadi contoh terbaik kepada pasangan dan anak-anak.

Ya, kita tidak boleh mencapai tahap kesempurnaan. Tetapi, kita boleh bergerak dan berusaha ke arah kesempurnaan.

Silap ramai orang dalam PERCINTAAN adalah, mereka fikir, semua itu akan selamat apabila tiba pada PERKAHWINAN. Sedangkan, PERKAHWINAN hanyalah gerbang kepada satu dunia baru bernama RUMAH TANGGA. Siapa pernah berfikir, bagaimana dia hendak mengharungi dunia RUMAH TANGGA itu? Dengan lenggang kangkung tanpa ilmu? Atau cukup sekadar tahu ilmu seks sahaja?

Siapa yang belajar, kaji, cari, bagaimana hendak mengharungi dan memandu alam RUMAH TANGGA yang dilaluinya agar mampu meraih redha Allah? Siapa yang berusaha mendidik dirinya agar mampu menjadi qudwah kepada pasangan dan anak-anaknya? Siapa yang tahu bagaimana hendak membesarkan anak dengan cara yang Allah mahu?

Siapa pernah tahu dan ingin ambil tahu?

Ini, sebelum kahwin sibuk cakap fasal PERCINTAAN. memakai pula definisi PERCINTAAN daripada sumber seperti Filem, Drama, Cerekarama dan Novel yang ternyata jauh dari lunas-lunas syar’ie. Apa, nak happy now sad later?

Jika benar hendak membawa pasangan melepasi Syurga Allah SWT, apakah patut melakukan sesuatu yang tidak syara’? Patutkah angau sampai terganggu pelajaran? Patutkah?

Patutkah pula tidak fikirkan langsung? Patutkah menutup terus peluang untuk BERCINTA dengan definisi yang betul?

Sudah ada pengawasan ibu ayah, sudah ada dalam pengawasan syara’, kenapa masih membatu diri? Apakah kita fikir kahwin, bina keluarga itu perkara yang kita boleh main try and error? Silap kemudian cerai dan kahwin lain? Gitu?

Inilah masalah kita. Tidak ada disiplin dalam cinta.

Sebab utamanya apa?

Kita tidak tahu apa itu cinta. Kita tidak dididik bagaimana hendak BERCINTA.

Akhirnya, dengan mudah kita salahkan cinta.

Sebenarnya, yang bersalah adalah kita.

Yang jenis tak jaga terlalu tidak menjaga sampai melanggar batasan syara’. Yang jenis menjaga, jaga sangat sampai tak buat apa yang syara’ benarkan. Akhirnya, yang terlahir adalah keluarga yang rosak. Jika tidak rosak pun, keluarga yang pasif. Mandul. Bukan mandul dari segi tidak mendapat anak, tetapi mandul dalam memberikan manfaat kepada ummah, kepada pembinaan kehidupan Islam dalam masyarakat.

Ya, ramai boleh membina keluarga yang baik, yang dikatakan bahagia walaupun tidak mengamalkan apa yang saya katakan ini.

Tetapi, ketahuilah, apa yang saya katakan ini adalah untuk menghasilkan keluarga yang lebih baik dari baik yang anda sangkakan baik itu, lebih bahagia dari bahagia yang anda katakan bahagia itu. Yang saya katakan ini adalah untuk membina keluarga yang menjadi agen perubahan ummah dan keluarga yang menjadi salah satu dari batu-bata pembinaan masyarakat Islam yang mapan.

Anda tidak mahu?

Terpulang.

Penutup: Cinta yang patut kita cari dan gerakkan

Kita dibesarkan dengan cinta hollywood, cinta para artis, cinta selebriti, cerita dalam filem, cerita dalam drama dan cinta-cinta tidak syar’ie dalam novel. Kita diajar bahawa kalau bercinta mesti mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, minum tak pernah hilang dahaga.

Masalahnya, siapa kata itulah cinta? Siapa kata yang mereka tunjukkan itu CINTA?

Boleh buang dalam tong sampah definisi cinta yang mereka tunjukkan itu.

Saya ulang yang entah buat kesekian kalinya: CINTA itu suci, menyembuhkan dan membina peribadi. Sesiapa yang BERCINTA dengan CINTA yang sebenar, dengan cara PERCINTAAN yang sebenar, maka dia tidak akan rugi, tidak akan pula rosak.

Tidak dinamakan CINTA kalau melemparkan pasangan ke neraka. Tidak dinamakan CINTA kalau buat diri dan pasangan fail periksa. Tidak dinamakan CINTA, kalau buat pasangan dan diri sendiri lupa serta jauh daripada Allah SWT.

CINTA yang saya katakan inilah, yang perlu kita cari, belajar, ajar, dan gerakkan dalam kehidupan.

Bagaimana kamu sekarang?



semoga memberi manfaat :)

0 comments