Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Rawatan Muka dan Asas Solekan [Bhgn 1]


pada 25 April yg lalu, iaitu semalam, penulis telah menghadiri satu kursus di Kolej Komuniti Pasir Gudang bertajuk Rawatan Muka dan Asas Solekan. terlalu banyak yg dapat dipelajari dan ingin berkongsi dgn sahabat2 pembaca.

1st time dgr, mungkin ad yg kata,

"pasnie muka dh macam artis r..pandai mekap. boleh ker mekap2 nie?"

"pensyarah memang kene belajar mekap..penampilan penting.."

mgkn penulis saja yg berperasaan spt itu. namun matlamat penulis hanya nk belajar penjagaan muka yg betul..mana tau takut salah guna mekap (bedak compact, cleanser dll :)

berhujan semasa pergi dan berpanas semasa balik agak berbaloi juga dgn apa yg penulis dapat.

mari kongsi maklumat.

##sesi pertama menerangkan tentang konsep asas solekan yg mana kebanyakan pengguna telah salah mempelajarinya.

kulit manusia ad 4 jenis
1. normal (licin dan sihat..biasanya baby jer ad kulit camni)
2. kering (kering dan ad jerawat kecil..x semua)
3. berminyak (biasanya akan tumbuh jerawat besar yg banyak)
4. kombinasi (kering pd pipi dan berminyak pd hidung dan dahi, bentuk T)

**anda mempunyai jenis kulit yg mana?


utk penjagaan muka pula, sebenarnya asas solekan ad 4:
1. membersih (pencuci muka)
2.menyegar (toner)
3. melembab (krim pelembab)
4. melindungi (foundation)

biasanya kita jarang guna foundation yg selama ini dapat melindungi kulit kita dari sebarang kotoran dan bahaya. bayangkan kek yg sedap dibeli dari kedai lalu dibawa pulang dgn keadaan spt itu, mgkn kek itu sudah tercemar dgn habuk dan kotoran. sebab itu kek dibalut dgn kotak..
kulit kita yg cantik ini juga begitu. "need some protection"

selepas guna foundation, biasanya bedak compact sudah tidak diperlukan. boleh terus menggunakan bahan solekan yg lain utk menambahkan seri muka (kepada yg suka sederhana dan biasa, cukup sekadar memakai foundation yg sama dgn warna kulit, jd tidak nampak perubahan pd warna kulit muka. hanya untuk penjagaan muka sahaja)

dimana letaknya bahan solekan lain seperti krim siang dan malam, serta krim pencerah?
senang jer..penah dengar makann tambahan utk badan seperti vitamin B compleks dan spirulina? sama gak kulit kita..klu xpandai jaga @ kalau nk terlebih sihat, tambah suppliment tp jgn salah supliment, nnti boleh effect kulit. minta nasihat doktor utk masalah kulit yg serius.

bersambung...

**next episod : macam mana teknik mekap asas pejabat yg betul dan bagaimana menjaga kesihatan dalaman? bekam best jugak :)

1 comments

Siapa Yang Tidak Pernah Menangis


video itu ku tujukan khas kepada pembaca setia blogku..
hari ini tengah sedih2 tetibe dgr lagu nie..
hmm..cm tau2 jer nasyid.fm nie..
terima kasih Allah..
kerana mengingatkan aku..
dan aku ingin sama2 berkongsi dgn sahabat2..

******************************************

Siapa yang tak pernah menangis
Dihujung setiap ketawa dan lupa

Siapakah diantara kita
Yang memalingkan muka
Ketika mendengar kalimah Tuhan?

Banyak bakti yang dapat diberi
Sepanjang hidup yang sesingkat ini
Lautan manusia berombakkan nafsu
Kebenaran terdampar di pantai kecewa

Airmata seperti mutiara
Apakah itu rasa keinsafan
Rintihan dari hati yang rindu
Apakah itu hakikat cintamu

Lagu: Zubir Ali
Lirik: Nazri
4 comments

Kenapa Dia Tidak Masuk Islam..?

1 MALAYSIA.wav

antara perbualan yg berkaitan Islam didalam rakaman di atas:

amal ma'aruf nahi mungkar..
tunggu 725 waktu maghrib..
sudah bayar zakat 7 ringgit..? (belum lg..otw)
tolong jelaskn dgn secepat mungkin..
ingat pd org yg miskin

..............................................................

kita manusia hanya merancang
tp Ilahi yg menentukan
kun fayakun..!
(Ilahi kata jadi, jadilah)

**guru BM dan jawi
memberi amanat dalam BM
agama, kaum dan cara hidup berlainan..
tp kita 1 Malaysia
~Cikgu Ku
40D Jln Tanjung Tmn Bunga Raya


**************************************************
seorang kawan telah memberikan aku rakaman ini ketika menunggu hujan redha pd suatu petang..
katanya video ini lawak..
pd mulanya aku terasa kesian kt kakak yg jwp panggilan tu..
terpaksa melayan pelanggan yg suka cakap byk dan tidak berkaitan dgn keje..
pastu aku rasa bagus pulak Cikgu Ku nie..
w/p dia non muslim, tp dia boleh nasihat kpd muslim dgn baik..
(sindiran yg dahsyat jugak)

kemudiannya aku mula berfikir..kenapa dia tidak masuk Islam?
kefahaman dia tntg Islam boleh dikatakan baik disamping kemahirannya mengajar tulisan jawi..
mesti pandai baca al-Quran jugak kot klu kite test..
akhirnya aku berkata dlm diri, mgkn kerana 1 Malaysia..

disebalik 1 Malaysia 1 Israel, ad juga kesempatan yg boleh Da'ie Islam di ambil rupanya jika mereka kreatif..
mgkn menggunakan nama 1 Malaysia dlm program tertentu, menarik warga non muslim utk hadir dan cuba sebarkan Islam secara halus dan sedikit demi sedikit..insyaAllah kemenangan Islam itu pastu akan datang



0 comments

Tidak Mengamalkan apa yg diPaham


"Doktor memberi pesakit ubat tanpa memeriksa apa penyakitnya. hanya berdasarkan apa pesakit kata..ber etika ker tu? tidakkn?"

terdengar pensyarah etika profesional menerangkan pelajarnya dgn penuh perasaan. aku yg berada disebelah mejanya mengiakan (dlm hati jer..)

aku dan pensyarah A (memberi nama samaran) berkongsi bilik yg lebih kurang 3x3meter persegi. agak kecil tapi cukup utk meletakkn 2 meja, 2 rak buku dan barang asas mengajar.

sejak akhir2 ni pensyarah A kerap membuat presentation dibilik tersebut dan sedikit mengganggu konsentrasi aku. namun sebagai org baru di sini, aku mengambil jln mudah dgn bermusafir dibilik kawan baikku.

namun kebaikanku bukan dibalas dgn ucapan terima kasih, malah bising "presentation" pelajar sampai ke bilik kawanku..sambil bergelak tawa dgn pelajarnya, aku seperti tidak melihat pensyarah itu ber etika. pelajar yg hanya menyebut, "sabar itu kn sebahagian drpd iman..", boleh di ejek oleh pensyarah tersebut dgn ayat, "mana kopiah awak"..tergelak semua yg dgr.

aku betul2 tercabar..ku tenangkn hati..namun perkataan yg dilontarkn pensyarah tu semakin tidak profesional apabila dia berkata, "tak boleh blah..". bagiku kurang profesional pensyarah berkata begitu terutama bila mengajarkan subjek etika. dan banyak lg yg tidak ku tuliskan disini

********************************************************************************

aku bukanlah insan yg sempurna, namun sebagai pendidik, kita tidak boleh mengajar perkara yg salah. pelajar akan memandang kita seperti insan yg lebih sempurna dr mereka. salahkah kita menunjukkn imej yg baik dan mesra tanpa melanggar etika sbg seorang yg profesional?

begitu juga dlm kehidupan sbg seorang muslim. kita tahu, sebagai seorang muslim wajib mengamalkan rukun Islam dan Iman. kemudian amal ma'aruf dan nahi mungkar (berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran). namun org Islam skrg ramai yg seperti Islam pd nama saja. contohnya seorang Islam, berpuasa dan solat tapi tidak menutup aurat (cth:main bola dgn seluar pendek bg lelaki dan tidak memakai tudung bg perempuan) .

adakah mereka paham apa itu Islam dan bagaimana sifat dan peribadi seorang MUSLIM?

(ayat la Quran surah as -saff :2-4)


semoga aku diajuhi dari sifat ini..ampunilah dosaku ya Allah

1 comments

Sukarnya untuk memahami HATI




“Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.” (Hadis riwaya tBukhari dan Muslim)

Hati manusia sukar ditafsir. artikel dibawah ada sedikit tips utk HATI

***************************************************

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk:

# Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

# Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

# Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

# Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

# Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati


Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:


1. Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan keseronokan atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

2. Kita terlalu banyak komplen dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.


3. Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.


4. Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.


Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.


Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih? kehidupan di dunia atau mati?


Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak"

http://rohani.tblog.com/post/1969984295


*********************************************************

kehidupan realitiku kini banyak bermain dgn hati..

pelbagai perasaan wujud..emosi..marah..sedih..gembira


aku gembira dengan kerja baruku kerana orangnya yang tidak pernah membuatkan aku berduka. variasi latar belakang membuatkan hidup aku sentiasa mendapat ilmu baru untuk kehidupan. kehidupan yang sentiasa perlu di update

aku sedih dengan sahabat lamaku. merasakan sahabat tidak paham jiwanya, x faham kesibukannya, namun adakah mereka tidak tahu aku juga begitu. sengaja ku menunjukkan wajah selesa untuk sedia membantu sahabat yang lebih memerlukan kudrat ini. kerana hidup ini perlu bermasyarakat


aku marah pada sesiapa yang berkata tanpa menyelidik. namun aku jua insan biasa. ada melakukan kesilapan yang aku sendiri tidak suka. aku marah pada diriku yang suka berkata tanpa berfikir namun aku jua tidak bermaksud untuk melukakan hati insan lain..malah aku suka aku yang dipersalahkan atas kesilapan yg aku tidak buat..jika itu akan melegakan hati org lain.


emosi..sesuatu yang aku tidak suka. kerana emosi boleh mengubah suasana dan HATI org lain. seseorang yg beremosi akan mudah melepaskan perasaan dan tekanannya tanpa berfikir mudharatnya pada orang lain (jika marah) . aku suka org yg beremosi bila melihat PALESTIN diperangi dengan kejam..


perasaan yg dikeluarkan oleh HATI jika untuk kebaikan, nescaya akan mendapat impak yang baik juga kpd sekeliling..namun jika ia salah ditafsirkan dan untuk kejahatan..maka boleh rosaklah sekelilingya..


p/s: jika silap ditafsirkan mohon diperbetulkan..hati ini telah terluka..maaf aku pon tak memahami HATI tapi aku sedang merawatnya..mohon kekuatan Ya Allah

3 comments

Jom berdakwah..Semangat!!


mujahidun diseluruh dunia
biar dimana saja anda berada
buanglah rasa takut didada kalian
meskipun kalian dalam keadaan sempit dan sedih

Allah dan para malaikatnya
Akan menolong kalian
dari jalan yang tidak terduga-duga

ayyuhal mujahidun..
tidak ada kemulian didalam hidup seorang muslim..
kecuali mati syahid dijalan Allah
Allahuakbar!!

************************************************

Ladang dakwah terhampar luas
Kewajipan kita untuk menyiram tanah-tanah tandus
menyemai benih-benih unggul
agar tumbuh pohon-pohon kejayaan Islam

Dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah
jangan menangis..
dimana kita berada..
disitu dakwah kita sebarkan..

***********************************************
setiap marhalah itu ada rijal
dan
setiap marhalah itu ada masalahnya
jadi kita masing-masing mesti ada cubaannya dari Allah swt
begitu juga dakwah kita

ubatnya adalah
kesabaran..
keikhlasan..
pengorbanan teman-teman
dan kembali kepada taqwa itu sendiri

kenapa kita berhabisan utk dakwah ini?
kerana Allah
kita ingin bagaimana kata Allah..
bagaimana kata rasul..

******************************************
Lirik Sang Murabbi

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani.

~trailer sang murabbi~



p/s: masih menambah ilmu..
sambil belajar sambil praktikalkan
supaya ilmu tidak hilang..
jiwa rasa tenang :)
~muhasabah utk diri yg semakin lemah ini~
0 comments

Kau Pergi Jua-Adam Ahmad


Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali


lagu dalam ABH utk ust asri rabbani..(nie lagu ori..edited x ingat)

p/s: ingatilah yg tersayang selagi ad waktu..rindunya familiku..
nantikanku pulang hujung minggu nie :)
4 comments

Selamat Hari Lahir Ayah






























walaupun hari ini umat Islam bersedih..
namun ianya tetap hari kelahiranmu..


Selamat Hari Lahir ayah..

semoga mendapat rahmat dan lindungan IMAN daripadaNya

amiiiin


1 comments