Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Sukarnya untuk memahami HATI




“Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.” (Hadis riwaya tBukhari dan Muslim)

Hati manusia sukar ditafsir. artikel dibawah ada sedikit tips utk HATI

***************************************************

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk:

# Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

# Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

# Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

# Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

# Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati


Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:


1. Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan keseronokan atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

2. Kita terlalu banyak komplen dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.


3. Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.


4. Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.


Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.


Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih? kehidupan di dunia atau mati?


Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak"

http://rohani.tblog.com/post/1969984295


*********************************************************

kehidupan realitiku kini banyak bermain dgn hati..

pelbagai perasaan wujud..emosi..marah..sedih..gembira


aku gembira dengan kerja baruku kerana orangnya yang tidak pernah membuatkan aku berduka. variasi latar belakang membuatkan hidup aku sentiasa mendapat ilmu baru untuk kehidupan. kehidupan yang sentiasa perlu di update

aku sedih dengan sahabat lamaku. merasakan sahabat tidak paham jiwanya, x faham kesibukannya, namun adakah mereka tidak tahu aku juga begitu. sengaja ku menunjukkan wajah selesa untuk sedia membantu sahabat yang lebih memerlukan kudrat ini. kerana hidup ini perlu bermasyarakat


aku marah pada sesiapa yang berkata tanpa menyelidik. namun aku jua insan biasa. ada melakukan kesilapan yang aku sendiri tidak suka. aku marah pada diriku yang suka berkata tanpa berfikir namun aku jua tidak bermaksud untuk melukakan hati insan lain..malah aku suka aku yang dipersalahkan atas kesilapan yg aku tidak buat..jika itu akan melegakan hati org lain.


emosi..sesuatu yang aku tidak suka. kerana emosi boleh mengubah suasana dan HATI org lain. seseorang yg beremosi akan mudah melepaskan perasaan dan tekanannya tanpa berfikir mudharatnya pada orang lain (jika marah) . aku suka org yg beremosi bila melihat PALESTIN diperangi dengan kejam..


perasaan yg dikeluarkan oleh HATI jika untuk kebaikan, nescaya akan mendapat impak yang baik juga kpd sekeliling..namun jika ia salah ditafsirkan dan untuk kejahatan..maka boleh rosaklah sekelilingya..


p/s: jika silap ditafsirkan mohon diperbetulkan..hati ini telah terluka..maaf aku pon tak memahami HATI tapi aku sedang merawatnya..mohon kekuatan Ya Allah

3 comments:

Mutiara Bernilai said...

Salam..

r u ok my dear sis? :)

MJ (madam j) said...

i'm ok..just terasa sekejap dgn sahabat..
biasa r..
sukar nk memahami hati sahabat
lagi2 klu kita x rapat sgt...
saling x mengenali hati budi masing2 :)

Mutiara Bernilai said...

xpe2..
Allah nak bg kite knal warna warni hati dan sifat madh'u2 tu..

smuge (sy n akak) kuat n trus kuat!!

luvs~