Meniti waktu hujung semester yang semakin kritikal dikalangan warga kampus, kehidupan aku juga terikut arus peperiksaan yang menyekat pemikiran ke arah “killer study”. Inilah masanya untuk fokus kepada akademik untuk mendapat result cemerlang semester ini. Tidak ada peluang kedua jika aku tak struggle sekarang. Itulah kata hati kecilku
Bahang final semakin terasa bersama bahang musim panas yang sedang melanda bumi Johor tercinta. Hari-hari dilalui dengan kesihatan diri yang kurang memuaskan.
Dipendekkan cerita, suatu hari, seorang sahabatku, fizah telah jatuh sakit dan aku tidak tahu langsung. Pemikiran aku hanya tertumpu pada buku-buku dan nota untuk peperiksaan. Bila cerita itu sampai ke gegendang telingaku, aku hanya menyimpan dikotak memoriku sebagai satu pernyataan mudah. “Biasalah..demam pepriksaan..”
Malam itu sahabatku perlu dibawa ke klinik kerana mengalami muntah darah dan tidak bertenaga kerana makanan yang dimakan terkeluar semula. Rupanya seteruk itu kesihatannya. Aku hanya mampu mengikuti perkembangannya melalui sms kerana malam itu aku ada assignment berkumpulan untuk disiapkan segera. Aku ingat mahu melawat sahabatku itu selepas dia pulang dari klinik.
Malangnya satu berita sedih ku terima lagi. “Kami terpaksa ke hospital kerana fizah menjadi suspek denggi. Nanti saya bagitau jun resultnya.”. Alangkah risaunya aku mendapat berita ini. Jam 2 pagi, akhirnya sms terakhir ku terima. “fizah ditahan wad. Dia disyaki demam denggi. Sebelum nie dia pernah jatuh di dalam tandas dan tak sedarkan diri. Doktor dah x-ray”.
Ya Allah..aku dah sebulan tidak nampak fizah tapi tak pernak teringat nak tanya kerana terlalu memikirkan akademikku yang hanya ujian dunia. Sahabat aku sakit sampai masuk hospital. Aku masih lagi memegang notaku. Ya Allah, aku seorang yang mementingkan diri. Tidak pernah mengambil berat akan sahabat-sahabat yang lain. Maafkan aku..FIZAH.
Keesokan paginya, aku mencari beberapa orang sahabat untuk pergi melawat fizah bersama-sama. Waktu melawat adalah jam 12.30 hingga 2 petang. Dengan berbekalkan semangat ukhuwah, 5 buah motorikal merentasi jalanraya ke Hospital Sultanah Aminah dengan berteduhkan matahari yang terik. Ketibaan kami disambut sahabat yang telah datang lagi awal. Suasana hospital yang penuh dengan pesakit pada hari itu menyebabkan fizah terpaksa diletakkan dikatil tambahan di wad kelas ketiga.
Sedihnya sahabatku diletakkan ditepi dinding yang ada papan putih yang digunakan untuk merekod pesakit yang berada diwad itu. Aku hanya mampu memandangnya dengan sayu tapi alangkah pilunya hatiku bila aku meratap wajahnya, “jun, saya minta maaf..”. kenapa fizah? Kenapa aku..?Aku yang bersalah kerana tak pernah nak ambil tahu keadaan sahabatku. Aku hanya mampu menahan air mataku dari mengalir supaya tidak dilihat sahabat lain.
“Fizah ok?”. Dia hanya mampu tersenyum. Keadaannya seperti seorang yang tidak bertenaga. Tapi masih meraikan sahabatnya yang datang melawat. Aku tidak sekuat fizah..Aku pulang ke ke kampus dengan harapan semoga fizah cepat sembuh. Doktor kata, dia boleh keluar wad pada hari esok jika tiada masalah. Lega aku mendengarnya. Teruskan perjuanganmu FIZAH..
Hari ini aku dikejutkan lagi dengan masalah kesihatan sahabat yang lain. Aku terjumpa sahabatku semalam didalam satu kuliah ilmu dimasjid. Selepas habis kuliah, aku menegurnya dan dia menjawab dengan nada kurang sihat. Sangkaanku dia hanya bermain-main, rupa-rupanya dia demam. Tapi aku hanya mampu bersalaman dan terus memecut skuter egoku ke asrama kerana ada peperiksaan pagi ini.
Aku hanya sempat hantar sms, “semoga cepat sembuh J”. Tapi dia membalasnya, “semalam saya muntah-muntah. ...”. Ya Allah. Kau nak uji aku lagi ker? Baru minggu lepas sahabatku fizah sakit, hari ini seorang lagi sahabatku sakit setelah lama tidak bersua.
Aku datang melawatnya dibilik hari ini kerana rasa tidak sedap hati. Rupanya dia dah demam 3 hari tapi tak ke klinik lagi. Pagi tadi ada exam juga dan dia hanya kata, “saya tak tahu tadi jawab apa.. Tak larat nak tulis. Asyik batuk jer dalam dewan peperiksaan”. Sedihnya sahabatku ini. Ujian yang Allah bagi padanya tidak mampu aku pikul. Tapi kali ini aku tidak akan biarkan kes fizah berulang.
Huda..kita akan ke klinik esok. I’Allah segalanya akan baik.
“Ya Allah..aku memohon doa padamu..janganlah kau timpakan sakit kepada sahabatku. Aku tidak mampu menanggung penderitaan bersama. Semoga semua sahabat yang tidak dapat aku temui sepanjang sesi peperiksaan semester ini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bantulah kami menghadapi peperiksaan DUNIA ini dengan cemerlang.”
Aku memegang janjiMu dalam surah Muhammad :7
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
**I'Allah..semua sahabat semakin sihat..Hafizah..Huda..Salliana..Maslinda..kak Nor Aini..dan sahabat yang aku masih tidak tahu status kesihatannya..semoga cepat sembuh dan meneruskan perjuangan dimedan ilmu yang kritikal ini.. :)
0 comments:
Post a Comment