Hari ini merupakan ujian yang paling teruk pernah aku ambil dalam sejarah hidupku..
Subjek SEL 4263 menggugat ketenangan hati dalam keinginan untuk mencapai keputusan 1st class pada semester ini.
Pertama kali dalam sejarah hidupku..aku tidak dapat menjawab satu soalan pon dengan betul.
Walaupun kertas ujianku bercorakkan pensel yang ku tulis dengan minda kosong, aku pasrah segalanya..
Ku letakkan pengharapan padaNya agar sesuatu yang baik akan menggantikan kesedihanku pada pagi ini..
Mungkin ujian untuk Control 3 malam ini akan menunjukkan sesuatu yang positif kerana target aku untuk mendapatkan markah penuh.
Aku akan teruskan hidup ini untuk menghadapi final exam yang bakal tiba tidak lama lagi..Ujian dunia yang ku lalui ini hanya untuk menjadikan kehidupan aku lebih cemerlang untuk masa hadapan..
Namun..ku akui..ujian ini tidak seDAHSYAT ujian untuk AKHIRAT yang hanya akan diketahui keputusan si PADANG MAHSYAR nanti..Manusia hanya mengejar keduniaan tapi akhirat selalu dilupakan kerana markah ujian akhirat tidak ditunjukkan didunia..
Kita sering alpa dengan mengejar ilmu keduniaan yang hanya Fardhu Kifayah wahlal ilmu Fardhu Ain yang sepatutnya dilebihkan dahulu dipandang remeh sesetengan manusia..
Ayuh sahabat-sahabatku..marilah kita berusaha mencari ilmu AKHIRAT tanpa meninggalkan ilmu dunia.
Untuk hari ini..aku belajar dua perkara..
Ujian DUNIA yang mengguris hatiku hanya sekejap sahaja dirasakan
tp..
Ujian AKHIRAT yang sedang ku lalui ini masih menjadi ketakutan dalam diri sehinggalah NYAWAku dicabut dari jasad ini..
Ya ALLAH..ampunilah dosaku.. :(
1 comments:
testing bagi comment :)
Post a Comment