Seminggu berada didesa banyak pengalaman diteroka apabila kita melihat dari kacamata berbeza. Sebelum ini, aku pulang ke desa dengan harapan dapat berehat, melihat keindahan dan kedamaian desa yang jauh dari kota dan bandar, dan yang penting untuk mendapat ketenangan jiwa. aku juga ingin melepaskan kerinduan bersama keluarga tercinta. alangkah seronoknya berada didesa..
Kali ini aku pulang ke desa dengan sedikit pengalaman dari kampus untuk di aplikasi didesa. Ingin ku kongsikan pengalaman meneroka alam peti kaca bervisual (TV) bersama pembaca.
ANALISIS..
Siaran TV diwaktu pagi lebih berunsur maklumat kepada suri rumah dan pekerja. aku jarang membuka pada waktu pagi kerana membuat kerja rumah, baca buku dan bermain dengan laptop. Lagipon, cerita begini kurang menarik minatku kerana tidak berkaitan dengan kehidupanku sangat(masih belajar lagi..).
Jam 1.00pm bermula siaran berita di TV1 dan 1.30pm di TV3. Inilah waktu best tengok TV. Banyak maklumat yang aku dapat walaupun ada maklumat yang tidak boleh dipercayai kerana ada unsur fitnah. Tetapi aku suka memerhatikan gelagat manusia yang suka mengada-ngadakan cerita palsu untuk dapat publisiti murahan. Dengan keadaan politik semasa yang semakin tidak stabil, berita di TV bukanlah satu medium yang terbaik untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Aku terpaksa membuka internet dan melihat penulisan diblog yang aku percaya dan yakin maklumatnya tepat.
cerita waktu petang sekitar jam 2ptg sehingga 8mlm pula banyak memaparkan kisah drama dalam dan luar negara. Ada seseorang pernah berkata padaku, sebenarnya cerita drama dan filem yang ditayangkan menggambarkan suasana persekiran dan kisah kehidupan masyarakat tempat tersebut. Jadi kebanyakan cerita Indonesia, Malaysia, Amerika Latin yang banyak berkisahkan kisah pergolakan cinta, konflik keluarga dan dendam adalah kisah benar yang berlaku dikalangan masyarakat tersebut. Jika dilihat kisah dari AS yang banyak berkisah teknologi terbaru dan unik, mungkin menggambarkan kemajuan pemikiran yang ada pada mereka tapi..akhirnya kisah percintaan itu wujud juga walaupun sekadar sampingan kerana sesungguhnya manusia tidak lari dari perasaan itu walaupun sedikit.
ada juga siaran yang membawa cerita kartun barat dalam versi bahasa melayu. kadang-kadang rasa janggal bunyinya tetapi lebih mudah difahami kanak-kanak yang merupakan sasaran utama penontonnya. aku pon sekali sekala mengikut rentak adikku dengan menonton cerita kegemarannya, spongebob. Yang paling terkesan cerita kartun nie bila ada pengikut dikalangan masyarakat yang mengikut trademark cerita tersebut seperti wondepet. "apa yang penting..kerjasama!"
hmm begitu terkesannya cerita kartun barat dam versi melayu.
apa ada siaran diwaktu malam..??
berita jam 8-9mlm dan seterusnya cerita drama bersiri, movie, rancangan rialiti TV dan banyak lagi siaran hiburan berbanding cerita bermaklumat. aku sempat menonton cerita MENTOR yang berkisahkan anak muda yang ingin menguji bakat dalam bidang nyanyian. mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menang sehingga salah seorang MENTOR pernah berkata, "untuk menghilangkan rasa malu dan kurang pnghayatan MENTEEnya dalam menyanyikan lagu cinta, dia menyuruh MENTEEnya berdating dan mengalami perasaan cinta sebenar dahulu". adakah ini yang perlu di ajar oleh seorang SIFU kepada anak muridnya?
tapi, biasanya TV 1 banyak kepada cerita dari parlimen, bersama menteri, bicara siswa, debat dan cerita berkenaan kerajaan dan pentadbiran. nie yang seronok ditonton bagi aku, mahasiswa yang bakal melangkah ke alam pekerjaan. melihat dunia realiti
tapi dirumahku ada 2 pemikiran, ayahku yang suka bercerita dan menonton kisah politik dan cerita barat berbanding ibuku yang suka menonton drama dan telemovie melayu. Jadi..untuk memuaskan hati kedua-dua pihak, biasanya cerita ibuku di utamakan kerana ibu akan tidur awal..tapi sesekali bila iklan, siaran TV bertukar mengikut siapa pemegang remote control.
Hampir setiap hari dirumah, kehidupanku dihabiskan dengan menafsir cerita di TV. ini masanya, waktu cuti semester digunakan untuk menganalisis pemikiran masyarakat. tapi bagiku peti kaca ini banyak mendatangkan mudharat kepada tuannya berbanding kebaikan. Masyarakat kini perlu lebih berhati-hati dalam menonton TV dan tidak terpengaruh dengan unsur tidak sihat yang ditayangkan. siapa yang patut dipersalahkan?
1. aku yang tidak pandai memilih cerita
2. syarikat yang mengeluarkan slot cerita
3. syarikat TV yg mengeluarkan siaran
4. kerajaan yang membenarkan cerita ditayangkan
5. tiada apa yang perlu dipersalahkan.
yang penting, fakta yang diperolehi:
Dahulu, dalam 1 kampung ada 1 TV dan kita boleh tahu bagaimana keadaan masyarakatnya.
Sekarang, dalam 1 rumah ada 1 TV sekurang-kurangnya, dan lihatlah masyarakat 'cemerlang' yang dilahirkan oleh pengaruh TV ini.
Sama-sama kita renung dan fikirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kak..masyarakat cemerlang yang dlahirkan oleh pengaruh tv.??
masyarakat cemerlang @ masyarakat 'cemerlang'.???
minta diperjelaskan...
arigato..lupa nk tmbh ''.
'cemerlang' dalam post nie ditafsirkan penulis sebagai berjaya menjadikan masyarakat lali dan x kisah dgn apa yg berlaku disekeliling mereka. masing-masing hanya mementingkan diri sendiri.
ada satu hadith yang menceritakan tentang 'akan ada sesuatu perkara yang tidak baik melalui bumbung-bumbung rumah umatku pada akhir zaman nanti...."
ape eh hadith tu, cari sesame.. lupe apa matannya dan maksudnya... meh la cari...
Post a Comment