Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Senangnya Memasak


memasak merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan namun masih ada yg risau untuk memasak. mungkin disebabkan tidak pernak menyentuh dapur atau selama ini hanya makan dikedai sahaja. fenomena ini sudah biasa ekoran restoran dan kedai makan tumbuh macam cendawan disekitar kita.

tapi sekali sekala, memasak itu perlu kerana ia boleh menguatkan ikatan kemesraan antara keluarga dan pasangan bagi yg sudah berkahwin. percayakah anda? ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman penulis.

selalunya bila kita memasak untuk sahabat, mereka akan memuji dan mungkin mengkritik tentang masakan kita. bila makan bersama dirumah, banyak perkara boleh dibincangkan bersama ketika makan. jika dibandingkan di restoran, tempat yg ramai org dan mungkin kurang privasi, nak bermesra pon mungkin akan dipandang oleh masyarakat sekeliling.

berbalik kepada tajuk, senangnya masak kerana resipi asasnya adalah sama. tidak perlu susah untuk mencipta resipi berdasarkan citarasa sendiri. semua masakan mestilah mempunyai bawang merah dan putih serta garam. bahan tambahan lain diperlukan mengikup apa yg kita inginkan. contohnya untuk memasak kari ayam, kita hanya perlu menambah serbuk kari, santan, halia untuk hilangkan bau hanyir, mungkin serai untuk lebih sedap dan boleh tambah kentang dan fish ball untuk aksesori. gunakan cara masakan tersendiri sama ada tumbuk guna lesung untuk rasa yg lebih asli atau blender sahaja jika tiada masa.

begitu juga dengan resipi yg lain. perbezaan sstiap masakan jika kita makan menu yg sama tapi pelbagai tempat mungkin disebabkan faktor jangka masa yg digunakan untuk memasak, kandungan bahan yg x sama dan mungkin juga tambahan resipi istimewa dr pencipta resipi.

penulis sangat suka melihat cara ibunya memasak. kadang2 resipi baru yg dicipta ibu adalah berdasarkan rasa lidah dari masakan di rumah2 kenduri dan melihat bentuknya sahaja. mengikut ilham dan pengalaman, terciptalah resipi baru ciptaan ibu yg rasanya tidak kurang hebat dari rasa makanan asal.

penulis sering meminta tips masakan setiap kali membantu ibunya memasak. itu yg sepatutnya cara terbaik utk belajar masak. jadi disini, sedikit tips2 asas utk para pembaca yg ingin berjinak2 dlm dunia memasak

1. halia hanya digunakan jika masakan anda menggunakan bahan berbau hanyir seperti seafood dan daging.
2. asam keping/air asam jawa boleh menggantikan halia jika halia tiada
3. ketika memasak lada boh/mesin, pastikan lada betul2 masak untuk mengelakkan sakit perut
4. ajinomoto sebenarnya boleh membuatkan seseorang pelupa jk mengamalkan secara berterusan. digalakkan tidak menggunakannya.

sebenarnya banyak lagi tips2 asas yg ingin dikongsikan namun otak ini tengah serabut memikirkan sesuatu yg lain. Insyaallah segalanya mudah jika kita ingin belajar mengenainya. cara termudah untuk memasak, belilah buku resipi dan perencah dipasaraya yg berdekatan anda.

jom memasak ! :)
1 comments

Kasih Sayang Sesama Makhluk


Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

"Kimi..bagi balik charger akak? akk nak balik nie.." luah aku pada seorang kanak2 kecil. nakalnya sesuai dgn usianya yg baru mencecah 4 tahun. baru berkenalan 4 hari, namun hati ini sedih meninggalkan adik kecil ini yg dambakan kasih sayang dr seseorang.

Mohd Hakimi yg ku kenali rupanya merupakan anak angkat seorang tukang masak ditempat yg aku tuju. wajahnya menunjukkan rasa ingin dibelai dan dimanja. aku sering memberinya gula2 dan aiskrim jika dia datang kepadaku. ramai sahabat yg bila melihat kanak2 kecil itu berkata kepadaku,"itu anak akak dah datang".

aku tida kisah dgn ungkapan tersebut. bagiku insan kecil ini banyak mengingatkanku kepada kisah didalam buku Syabab Musafir Kasih yg pernah aku baca 3 tahun yg lalu. tapi aku tidak mampu menjadi seperti kak zah yg mampu mendidik syabab menjadi seorang yg berjaya. aku hanyalah insan yg suka melihat kanak2 bergembira dgn hidupnya sesuai dengan zamannya.

kasih sayang antara aku dan adik kimi adalah lumrah manusia yg sukakan kasih sayang. aku tidak mapu mendidiknya dlm masa 4 hari dan sekarang, aku hanya mampu berdoa, ada insan yg dapat memberikan kasih sayang kepadanya.

mungkin ramai lagi insan seperti ini di dunia ini..tidak mendapat kasih sayang sebaiknya dari insan bergelah ibu dan bapa. semoga makhuk Allah bergelar manusia mampu sebarkan kasih sayang mereka tidak mengira darah keluarga.
0 comments

Memori Indah

Blog yang bersawang ini terasa ingin diisi setelah blog baru mengalami masalah teknikal.

Gelaran baruku KJ, semakin tidak kedengaran digegendang telingaku ini. Rindunya pada adik2 kampus. namun aku gagahkan jua diri ini untuk melangkah keluar dunia mahasiswa untuk melalui pengembaraan yang baru.

Dunia luar penuh mencabar. segalanya perlu difikirkan sendiri. halatuju perjalanan hari2. dmana destiniasi ini masih belum pasti lagi. namun aku masih terus mencari jika ada rezekiku disini.

memori indah di alam kampus ku imbas kembali tika memngemas almari yg ku tinggalkan lama. kenangan dalam pelbagai betuk menyebabkan aku sayang untuk membuangnya walaupun sekeping bookmark kecil. namun segalanya aku buang..jauh dari mata dan hati..untuk kurangkan kerinduan ini.

tapi Allah lebih mengetahui. banyak lagi cara melepaskan rinduku pada sahabat2. teknologi yg diciptakan barat masih boleh digunakan untuk kebaikan.

Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk meneruskan destinasi menuju keredhaan Ilahi. semoga aku dapat terus istiqamah dalam agamaNya.


0 comments