Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Kasih Sayang Sesama Makhluk


Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

"Kimi..bagi balik charger akak? akk nak balik nie.." luah aku pada seorang kanak2 kecil. nakalnya sesuai dgn usianya yg baru mencecah 4 tahun. baru berkenalan 4 hari, namun hati ini sedih meninggalkan adik kecil ini yg dambakan kasih sayang dr seseorang.

Mohd Hakimi yg ku kenali rupanya merupakan anak angkat seorang tukang masak ditempat yg aku tuju. wajahnya menunjukkan rasa ingin dibelai dan dimanja. aku sering memberinya gula2 dan aiskrim jika dia datang kepadaku. ramai sahabat yg bila melihat kanak2 kecil itu berkata kepadaku,"itu anak akak dah datang".

aku tida kisah dgn ungkapan tersebut. bagiku insan kecil ini banyak mengingatkanku kepada kisah didalam buku Syabab Musafir Kasih yg pernah aku baca 3 tahun yg lalu. tapi aku tidak mampu menjadi seperti kak zah yg mampu mendidik syabab menjadi seorang yg berjaya. aku hanyalah insan yg suka melihat kanak2 bergembira dgn hidupnya sesuai dengan zamannya.

kasih sayang antara aku dan adik kimi adalah lumrah manusia yg sukakan kasih sayang. aku tidak mapu mendidiknya dlm masa 4 hari dan sekarang, aku hanya mampu berdoa, ada insan yg dapat memberikan kasih sayang kepadanya.

mungkin ramai lagi insan seperti ini di dunia ini..tidak mendapat kasih sayang sebaiknya dari insan bergelah ibu dan bapa. semoga makhuk Allah bergelar manusia mampu sebarkan kasih sayang mereka tidak mengira darah keluarga.

0 comments: