Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Senangnya Memasak


memasak merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan namun masih ada yg risau untuk memasak. mungkin disebabkan tidak pernak menyentuh dapur atau selama ini hanya makan dikedai sahaja. fenomena ini sudah biasa ekoran restoran dan kedai makan tumbuh macam cendawan disekitar kita.

tapi sekali sekala, memasak itu perlu kerana ia boleh menguatkan ikatan kemesraan antara keluarga dan pasangan bagi yg sudah berkahwin. percayakah anda? ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman penulis.

selalunya bila kita memasak untuk sahabat, mereka akan memuji dan mungkin mengkritik tentang masakan kita. bila makan bersama dirumah, banyak perkara boleh dibincangkan bersama ketika makan. jika dibandingkan di restoran, tempat yg ramai org dan mungkin kurang privasi, nak bermesra pon mungkin akan dipandang oleh masyarakat sekeliling.

berbalik kepada tajuk, senangnya masak kerana resipi asasnya adalah sama. tidak perlu susah untuk mencipta resipi berdasarkan citarasa sendiri. semua masakan mestilah mempunyai bawang merah dan putih serta garam. bahan tambahan lain diperlukan mengikup apa yg kita inginkan. contohnya untuk memasak kari ayam, kita hanya perlu menambah serbuk kari, santan, halia untuk hilangkan bau hanyir, mungkin serai untuk lebih sedap dan boleh tambah kentang dan fish ball untuk aksesori. gunakan cara masakan tersendiri sama ada tumbuk guna lesung untuk rasa yg lebih asli atau blender sahaja jika tiada masa.

begitu juga dengan resipi yg lain. perbezaan sstiap masakan jika kita makan menu yg sama tapi pelbagai tempat mungkin disebabkan faktor jangka masa yg digunakan untuk memasak, kandungan bahan yg x sama dan mungkin juga tambahan resipi istimewa dr pencipta resipi.

penulis sangat suka melihat cara ibunya memasak. kadang2 resipi baru yg dicipta ibu adalah berdasarkan rasa lidah dari masakan di rumah2 kenduri dan melihat bentuknya sahaja. mengikut ilham dan pengalaman, terciptalah resipi baru ciptaan ibu yg rasanya tidak kurang hebat dari rasa makanan asal.

penulis sering meminta tips masakan setiap kali membantu ibunya memasak. itu yg sepatutnya cara terbaik utk belajar masak. jadi disini, sedikit tips2 asas utk para pembaca yg ingin berjinak2 dlm dunia memasak

1. halia hanya digunakan jika masakan anda menggunakan bahan berbau hanyir seperti seafood dan daging.
2. asam keping/air asam jawa boleh menggantikan halia jika halia tiada
3. ketika memasak lada boh/mesin, pastikan lada betul2 masak untuk mengelakkan sakit perut
4. ajinomoto sebenarnya boleh membuatkan seseorang pelupa jk mengamalkan secara berterusan. digalakkan tidak menggunakannya.

sebenarnya banyak lagi tips2 asas yg ingin dikongsikan namun otak ini tengah serabut memikirkan sesuatu yg lain. Insyaallah segalanya mudah jika kita ingin belajar mengenainya. cara termudah untuk memasak, belilah buku resipi dan perencah dipasaraya yg berdekatan anda.

jom memasak ! :)

1 comments:

Anonymous said...

madam rajin masak ke?