Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Rawatan Muka dan Asas Solekan [Bhgn 1]


pada 25 April yg lalu, iaitu semalam, penulis telah menghadiri satu kursus di Kolej Komuniti Pasir Gudang bertajuk Rawatan Muka dan Asas Solekan. terlalu banyak yg dapat dipelajari dan ingin berkongsi dgn sahabat2 pembaca.

1st time dgr, mungkin ad yg kata,

"pasnie muka dh macam artis r..pandai mekap. boleh ker mekap2 nie?"

"pensyarah memang kene belajar mekap..penampilan penting.."

mgkn penulis saja yg berperasaan spt itu. namun matlamat penulis hanya nk belajar penjagaan muka yg betul..mana tau takut salah guna mekap (bedak compact, cleanser dll :)

berhujan semasa pergi dan berpanas semasa balik agak berbaloi juga dgn apa yg penulis dapat.

mari kongsi maklumat.

##sesi pertama menerangkan tentang konsep asas solekan yg mana kebanyakan pengguna telah salah mempelajarinya.

kulit manusia ad 4 jenis
1. normal (licin dan sihat..biasanya baby jer ad kulit camni)
2. kering (kering dan ad jerawat kecil..x semua)
3. berminyak (biasanya akan tumbuh jerawat besar yg banyak)
4. kombinasi (kering pd pipi dan berminyak pd hidung dan dahi, bentuk T)

**anda mempunyai jenis kulit yg mana?


utk penjagaan muka pula, sebenarnya asas solekan ad 4:
1. membersih (pencuci muka)
2.menyegar (toner)
3. melembab (krim pelembab)
4. melindungi (foundation)

biasanya kita jarang guna foundation yg selama ini dapat melindungi kulit kita dari sebarang kotoran dan bahaya. bayangkan kek yg sedap dibeli dari kedai lalu dibawa pulang dgn keadaan spt itu, mgkn kek itu sudah tercemar dgn habuk dan kotoran. sebab itu kek dibalut dgn kotak..
kulit kita yg cantik ini juga begitu. "need some protection"

selepas guna foundation, biasanya bedak compact sudah tidak diperlukan. boleh terus menggunakan bahan solekan yg lain utk menambahkan seri muka (kepada yg suka sederhana dan biasa, cukup sekadar memakai foundation yg sama dgn warna kulit, jd tidak nampak perubahan pd warna kulit muka. hanya untuk penjagaan muka sahaja)

dimana letaknya bahan solekan lain seperti krim siang dan malam, serta krim pencerah?
senang jer..penah dengar makann tambahan utk badan seperti vitamin B compleks dan spirulina? sama gak kulit kita..klu xpandai jaga @ kalau nk terlebih sihat, tambah suppliment tp jgn salah supliment, nnti boleh effect kulit. minta nasihat doktor utk masalah kulit yg serius.

bersambung...

**next episod : macam mana teknik mekap asas pejabat yg betul dan bagaimana menjaga kesihatan dalaman? bekam best jugak :)

1 comments:

angahfarah said...

salam jun..
wah,,wah..da beljr menyolek nmpk..hoho..
ok..gudluck yer...ceria2 selalu...