Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Merdeka vs 10 Malam Terakhir


syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan nikmat hidup didunia yg sementara ini untuk mengumpul bekalan di akhirat yg kekal abadi.

penulis sebagai rakyat Malaysia merasa bertuah kerana negara ini telah merdeka selama 53 tahun. namun penulis sedikit terkilan kerana 53 tahun Malaysia merdeka, namun rasa syukur rakyatnya berada di negara sendiri semakin berkurang. lihatlah jenayah dan maksiat yg berlaku sepanjang negara kita merdeka. ianya semakin meningkat hari demi hari, tahun demi tahun. alangkah sedihnya bila penulis memikirkannya..

tahun ini 31 Ogos 2010 jatuh pada 21 ramadhan 1431H, dimana 10 malam terakhir ramadhan adalah masa kritikal bg umat Islam utk mencari Malam Lailatul Qadar.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

malam lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan. itu janji Allah pada umatnya.

apa yg kita dpt jika menyambut kemerdekaan pd malam 21 Ramadhan?

jika kita menyambut dgn rasa syukur kepada Allah dan tidak melakukan maksiat, malah dipenuhi dgn ibadah seperti solat hajat dan kenduri doa selamat, maka insyaAllah keberkatan bulan ramadhan dan pencarian malam al-Qadr tidak terganggu. malah selepas jam 12tgh malam, bermulanya 31 Ogos, kita boleh meneruskan amal ibadah utk menambahkan keberkatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

akhir kata dari penilis, semoga kemerdekaan ke 53 ini yg jatuh pada 10 malam terakhir Ramadhan tidak dicemari maksiat dan hidonisme seperti yg berlaku pada tahun2 sebelum ini.


0 comments

Akan Ku Jumpa (Versi Ramadhan)

Akan Ku Jumpa (Versi Ramadhan)

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu


2 comments

Muhasabah Ramadhan 2: Bersyukur Dgn Rezeki Yg Ada




Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Baru Kan Terasa Bila Hilang
Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman






sudah 15 hari kita berpuasa namun penulis merasakan baru pagi tadi sahur yang pertama. seronoknya ramadhan kali nie kerana setiap hari menantikan detik utk berbuka, berterawih di masjid, membaca al Quran dan bertadarus, Qiam dan bersahur. entah kenapa, ramadhan ini terasa semua amalan nie senang utk dilaksanakan berbanding bulan2 Islam yang lain..keberkatan bulan ramadhan sangat dirasai..

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana rezeki dibulan ramadhan ini sangat banyak. jika tidak berbuka puasa dirumah, berbuka dibazar. sekali sekala ad jemputan berbuka puasa..makan free (^_^) . tu yg paling best. makanan dirumah pon tak penah tak cukup. ada saja boleh dimasak walaupun 15 minit lg nk habis sahur. cuma kadang2 Allah uji dgn bangun lewat utk bersahur.

bulan ramadhan mengingatkan kita tentang kehidupan org miskin yg sentiasa kekurangan sumber makanan. kita seharusnya bersyukur jika dapat berbuka dgn kurma dan air kerana mgkn ad juga manusia yg tidak dapat makan dalam sehari. justeru itu, marilah sama2 kita bersyukur dgn setiap pemberian rezekiNya kepada kita dan berbukalah dengan sekadar perlu sahaja. serta banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan anak yatim. insyaAllah rezeki kita tidak akan berkurang, malah akan bertambah pahala berlipat kali ganda. wallahu'alam





1 comments

Muhasabah Ramadhan 1 : Wanita Penggoda ker?


Semalam ketika penulis menonton cerita Epilog Syurga Cinta di TV3 sementara menunggu waktu berbuka, ada adegan yg membuatkn penulis tertanya2. penulis tidak akan memberitahu detail adegan yg dilakonkan, tetapi secara keseluruhannya, perkara yg ingin penulis sentuh adalah kisah di dkelab malam dan pejabat Tan Sri XX.

penulis tertanya2, kenapa lelaki suka didampingi wanita seksi? keseronokan yg hanya sementara didunia ini sangat disukai mereka. adakah syaitan terlalu kuat memujuk mereka? walaupun dalam cerita ini hanya lakonan semata2, tp penulis melihat seolah2 realitinya sama dan mungkin lebih teruk lagi. penulis hanya dapat menyimpulkan secara +ve iaitu mgkn lelaki itu belum berkahwin @ isterinya tidak melayan dgn baik. yg penting, lelaki itu berduit. jika berlaku pd kehidupan anda, andalah yg lebih mengetahui puncanya.

berbalik kepada tajuk, wanita penggoda pada definisi saya adalah wanita yg berjaya membuat lelaki berpaling ke arahnya lebih drpd sekali dan terbayang wajahnya di ingatan w/p sesaat(bukan ahli keluarga).

untuk membantu pembaca lebih memahami dan meyakini apa yg ingin disampaikan, satu artikel yg sgt baik dan menarik dr ust zaharudin bersangkut paut dgn cerita penulis diletakkan sebagai rujukan utk pembaca.


antara kata2 menarik yg akan membuatkn pembaca ingin membaca artikel tersebut,

""Maka bila ada wanita yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur""

selamat bermuhasabah diri dibulan ramadhan..(^_^")






0 comments

Cantiknyaa Seorang Muslimah


Ya Allah..
indahnya Islam..
lihat,
cantiknya akhlak muslimah

Ya Allah..
mudahnya Islam..
lihat,
senangnya menjaga diri n maruah

Ya Allah..
baiknya Islam,
memastikan muslimah tidak diganggu maksiat n fitnah
0 comments

Sentiasa di uji..BERSEDIAKAH ANDA?

"Tiap-tiap diri akan merasakan kematian, kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada kami kamu dikembalikan."

[al-Anbiya' 21:35]


sebagai hamba Allah, manusia sentiasa di uji dalam apa jua keadaan. baik dalam keadaan senang (kesihatan, kekayaan, bahagia) ataupun susah (miskin, sakit). justeru itu kita seharusnya sentiasa beringat setiap masa kita akan di uji olehNya.


untuk apa di uji?

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
[al-Ankabut :2]


Ya Allah..aku lebih rela Engkau mengujiku dengan kesusahan dan penderitaan..kerana dgn itu aku lebih banyak mengingatiMu..


ujian utk mereka lebih hebat jika dibandingkan dengan ujian kehidupan kita di Malaysia..bantulah mereka semampu yg anda boleh.
0 comments