Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Muhasabah Ramadhan 2: Bersyukur Dgn Rezeki Yg Ada




Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Baru Kan Terasa Bila Hilang
Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman






sudah 15 hari kita berpuasa namun penulis merasakan baru pagi tadi sahur yang pertama. seronoknya ramadhan kali nie kerana setiap hari menantikan detik utk berbuka, berterawih di masjid, membaca al Quran dan bertadarus, Qiam dan bersahur. entah kenapa, ramadhan ini terasa semua amalan nie senang utk dilaksanakan berbanding bulan2 Islam yang lain..keberkatan bulan ramadhan sangat dirasai..

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana rezeki dibulan ramadhan ini sangat banyak. jika tidak berbuka puasa dirumah, berbuka dibazar. sekali sekala ad jemputan berbuka puasa..makan free (^_^) . tu yg paling best. makanan dirumah pon tak penah tak cukup. ada saja boleh dimasak walaupun 15 minit lg nk habis sahur. cuma kadang2 Allah uji dgn bangun lewat utk bersahur.

bulan ramadhan mengingatkan kita tentang kehidupan org miskin yg sentiasa kekurangan sumber makanan. kita seharusnya bersyukur jika dapat berbuka dgn kurma dan air kerana mgkn ad juga manusia yg tidak dapat makan dalam sehari. justeru itu, marilah sama2 kita bersyukur dgn setiap pemberian rezekiNya kepada kita dan berbukalah dengan sekadar perlu sahaja. serta banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan anak yatim. insyaAllah rezeki kita tidak akan berkurang, malah akan bertambah pahala berlipat kali ganda. wallahu'alam





1 comments:

angahfarah said...

salam ramadhan jun...nanti dtg la raya umah kami..