syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan nikmat hidup didunia yg sementara ini untuk mengumpul bekalan di akhirat yg kekal abadi.
penulis sebagai rakyat Malaysia merasa bertuah kerana negara ini telah merdeka selama 53 tahun. namun penulis sedikit terkilan kerana 53 tahun Malaysia merdeka, namun rasa syukur rakyatnya berada di negara sendiri semakin berkurang. lihatlah jenayah dan maksiat yg berlaku sepanjang negara kita merdeka. ianya semakin meningkat hari demi hari, tahun demi tahun. alangkah sedihnya bila penulis memikirkannya..
tahun ini 31 Ogos 2010 jatuh pada 21 ramadhan 1431H, dimana 10 malam terakhir ramadhan adalah masa kritikal bg umat Islam utk mencari Malam Lailatul Qadar.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
malam lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan. itu janji Allah pada umatnya.
apa yg kita dpt jika menyambut kemerdekaan pd malam 21 Ramadhan?
jika kita menyambut dgn rasa syukur kepada Allah dan tidak melakukan maksiat, malah dipenuhi dgn ibadah seperti solat hajat dan kenduri doa selamat, maka insyaAllah keberkatan bulan ramadhan dan pencarian malam al-Qadr tidak terganggu. malah selepas jam 12tgh malam, bermulanya 31 Ogos, kita boleh meneruskan amal ibadah utk menambahkan keberkatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
akhir kata dari penilis, semoga kemerdekaan ke 53 ini yg jatuh pada 10 malam terakhir Ramadhan tidak dicemari maksiat dan hidonisme seperti yg berlaku pada tahun2 sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment