Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Imbau 3 : Kasih Seorang Ibu Muda

penulis masih rindu pada kampung halaman..cerita yg bakal ditulis adalah kisah terbaru dr teratak biru (rumah penulis). jom baca =)


aku pulang ke kampung seperti biasa..kali nie aku balik secara tergesa-gesa. niatnya utk balik esok pagi..tapi rindu yg tidak tertahan ini, "mak..nak balik jap lagi..jgn lupa masak mee kari.." jam menunjukkan 5.00pm.

"sempat ker sampai rumah..bas mana ad petang2 nie.." mak menunjukkan kerisauannya..
"boleh2.." aku meyakinkan mak..dah ad dalam bas sebenarnya..saje nk wat suprise balik lagi awal

akhirnya sampai jua ke rumah tercinta..baru nk brsiap solat asar, "jun, teman aku g rumah ust jap..nk hantar air jer..aku takut lalu kubur dgn nur nie.."
kenapa nk hantar air pd ust..? sapa yg sakit..sambil berfikir sambil aku memerhatikan kehijauan kampung.

"ust, boleh bacakan ayat al-Quran utk air nie. anak sy xnk menyusu badan. tp dia sentiasa haus, dah bg air masak tp dia x minum banyak.." kakakku menerangkan serba sedikit masalah yg dihadapi. baru aku tahu siapa yg sakit. selama nie..baby Nur memang menyusu badan..xberminat dgn susu lembu (susu tepung).

"kak, apa yg terjadi..aku baru jer balik skudai tak sampai 4 hari..tetibe jer Baby Nur sakit.."

rupanya selepas aku balik ke skudai, Baby Nur demam dan kakakku juga
demam sehari selepas itu. selepas baik demam, Baby Nur tak nk menyusu badan..makan pon sikit jer..yer r..mgkn sakit..xde selera makan (macam org dewasa plak)..semakin hari..keceriaan dirumah berkurang..muka Baby Nur tidak ceria lagi..asyik menangis dan tidak lg tersenyum..

kesedihan melanda keluarga kami. akk berusaha memberi susu badan kepada baby Nur..namun dia menangis dan tidak mahu menyusu..seperti melihat kelibat hantu..aku meminta akk banyak2 berdoa..buka audio al-Quran dlm biliknya..akk hanya tersenyum. aku hanya mampu berdoa

selepas menggunakan air ust, baby Nur menunjukkan tanda2 +ve. nk menyusu. teringat akk pernah bercerita..masa baby Nur demam dl..dia hanya tidur sejam jer..sebab baby nur tak mahu tidur..mak pon tak dapat tidur lena melihat cucunya begitu.

Ya Allah..betapa bertuahnya baby Nur mendapat kasih sayang melimpah dr semua ahli keluargaku. selepas 2 hari aku berada dirumah, suasana kembali ceria. kakakku menyatakan bahawa ini pertama kali baby Nur senyum selepas baik demam..aku pon seronok..mana tau ad aura +ve yg dibawa dlm diri..hehe

hari demi hari..baby Nur sudah kembali normal..aku boleh kembali ke skudai dgn hati yg tenang @ sedih nk tinggalkan kampung.

**************************************************

banyak sebenarnya pengorbanan yg kakakku buat utk anak kesayangannya itu..namun sedikit penulis coretkan utk tatapan para ayah. ketabahan ibu muda ini dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu buat pertama kalinya (baby nur anak pertama) sangat mengharukan penulis. mana taknye..sebelum ini, ibu muda itu hanya seorang kakak sulong yg bekerja dikilang dan suka berjalan2 dgn kawan sehingga malam..kini berada di teratak indah kami membantu ibu menjual kuih dan menjadi ibu kepada Baby Nur sepenuh masa..tidak sanggup berpisah walau sesaat..

p/s: gambar hiasan..tp mirip dgn baby Nur =)
0 comments

Imbau 2 : Cemburu Buta

Kisah yg akan diceritakan lebih bermotif lawak n tidak bersalah. harap maklum

Nur dan Hani ditakdirkan utk bertemu disebuah rumah kampung yg agak sederhana buatannya. Hani merupakan anak jiran yg ibu bapanya bekerja. walaupun dilahirkan lebih 3 bulan drpd Hani, tapi saiz badan Hani lebih besar drpd Nur.

Kisah cemburu ini bermula apabila ibu n nenek Nur selalu bersama Hani. kerana Hani lebih memerlukan kasih sayang. nak buat macam mana..dh manja sangat. tak boleh ditinggalkan kecuali jika Hani tidur. Jika tidak, pasti jiran sebelah yg suka memerhatikan gelagat mereka akan marah.

cemburu mula berputik dan berkembang. kesannya, setiap kali Hani bermain permainan Nur,
pasti akan dirampas oleh Nur jika berkesempatan..walaupun permainan itu sebelum ini tidak dimain oleh Nur. Bila Hani ingin bermanja dgn ibu n nenek Nur, Nur menunjukkan aksi memberontak dan ingin dibelai juga...[sebelum nie tak kisah pon main sorang2]

suatu hari, muka Hani bercalar dan pada mulanya mereka hanya merasakan kucing dirumah tersebut telah mencakarnya ketika tidur. tapi..rahsia telah terbongkar..ketika Nur dan Hani sedang main berdua tanpa pemerhatian yg lain, Nur telah membelasah hani..ditarik2 baju Hani..merampas mainan pada tangan hani..huh..selamat Hani menagis dan disedari oleh yg lain.




nak marah Nur..tapi dia tak bersalah..
mungkin hatinya sudah mempunyai perasaan
w/p baru berusia 8 bulan :) [tertipu x cerita nie..]...
TAMAT






*************************************************************************************
Nur Hidayah @ Nur[8 bulan] adalah anak saudara penulis, manakala Hani [5 bulan] adalah anak jagaan kakak penulis yg mana ibubapanya bekerja diwaktu siang.

profile..

NUR:
-sudah pandai menggunakan walker..gigi bawah hampir tumbuh
-boleh makan apa saja asalkan tidak pedah n boleh ditelan
-kuat makan

HANI:
-baru boleh meniarap
-makan nestum sahaja
-tiada gigi lagi
-suka menangis [x boleh ditinggalkan kecuali bila tidur :)]

sejak akhir2 nie..penulis kerap pulang ke kampung halaman n menjadi "Baby Sitter" seketika untuk membantu kakak. melihat suasana komunikasi kanak2, penulis merasakan cemburu itu wujud antara mereka. kenapa CEMBURU BUTA? sebab mereka masih tidak mengerti tentang hidup ini..cuma naluri mereka menyatakan kasih sayang itu tidak seronok dikongsi jika tiada hubungan kekeluargaan..betolkah? ini hanya andaian penulis berdasarkan pemerhatian. Jika ada andaian lain@ fakta.. oleh dikongsikan bersama
2 comments

Imbau 1: Cinta yg Tidak Kesampaian


Kepulangan penulis ke kampung halaman baru2 ini banyak mengingatkan tentang kenangan lama..
rindunya pada kedamaian desa...

*********************************
Teringant zaman selepas perpindahan keluargaku dari Muar ke kampung keluarga ayahku di Batu Pahat. peristiwa itu bermulanya pertemuan dengan ramai kawan2 baru dikawasan kampung itu..
Masa di Muar dulu..aku hanya berkawan dgn abang n kakakku..serta jiran sebelah rumah..
mungkin kerana tidak ramai org dikawasan perumahan itu.

Bermain bersama setiap hari..dari rumah ke rumah...aku didedahkan dengan pelbagai permainan yg rasanya sudah jarang dimainkan oleh kanak sekarang. biasanya pagi2, kami akan bermain "masak-masak", "jual-jual" dan "ting-ting". disebelah petang pula, bermain sembunyi ibu [ibu pon boleh disembunyikan :) ], "bestball", guli dan "kawin-kawin"[seminggu sekali :D]. ~~rindu pada semua permainan ini..

fokus cerita kepada main "kawin-kawin"..kisah cintaku tidak tahu bermula dimana..tapi akhirnya semua kawan2ku tahu aku suka seorang kanak2 seusia denganku yg bernama "*****"(rahsia). aku di ejek ketika si Dia tiada..dan perasaan maluku membuatkan aku memaksa kawan2ku utk tidak memberitahunya.

jadi..aku mula berangan..bila tiba permainan "kawin-kawin" 2, aku mesti mengharapkan aku n si Dia menjadi pasangannye..
yer r..walaupun olok2..tp cam best jer nak buat..
ad pakaian pengantin (dibuat drpd daun kelapa..mahkota, dan macam2 lagi)..dan semua 2 dibuat daripada alam semulajadi..termasuk bunga2 jiran..hehe

dipendekkan cerita..setiap kali bertembung dgnnya..jantungku pasti berdegup kencang..
banyak tgk cerita melayu kt TV..2 yg rasa cm bercinta :)

tapi..permainan kawin-kawin yg ku idamkan hancur berkecai..huhu..ada senior dengki yg mengenakan aku dengan kawan lelaki lain..aku didudukkan didalam kelas [masa 2 waktu rehat kot..] dgn lelaki S yg aku paling x suka..huh..abis satu kelas gelakkan kami :(

tak habis citer lg..lelaki idamanku itu akhirnya telah menutup pintu hatiku padanya apabila dia memilih perempuan kampung sebelah sebagai aweknye..siap ber"dating" didalam perpustakaan waktu cikgu tiada..

mulai detik itu, aku kembali fokus di dalam pembelajaranku..dan kembali ke dunia realiti yg lebih mencabar..sedih2..

********************************************************************************

Allah sangat sayangkan hambaNya..
w/p penulis cuba utk mendekati cinta manusia..namum tidak pernah kesampaian.
dulu pernah ada perasaan sedih melihat sahabat2 dgn pasangan mereka..
namun kini penulis lebih bahagia dgn CintaNya..
mgkn bila benar2 dah bersedia..
Allah akan berikan cinta manusia yg hanya mencintaiNya juga



p/s: itulah cinta monyet penulis yg pertama :) [ad yg kedua n seterusnye..? if ad masa nnti akn diceritakan..]
**citer di atas telah ditambah perasa supaya lebih sedap n enak..cuma asasnya x lari dr pengalaman hidup yg indah utk dikenang
**gambar cinta baby di atas adlh anak sedara penulis anak sepupunya ketika cuti Tahun Baru Cina [utk hiasan sahaja]
1 comments

Bukan Aku Pinta Jika Itu Takdirnya

aku seorang wanita biasa. yg pernah berjuang dikampus utk dakwah dan Islam..
namun pelajaran juga aku tidak abaikan.

menyusuri kehidupan kampus yg penuh dgn cabaran sosial yg dahsyat tetapi berpemikiran intelektual..ya mungkin intelektual barat..sebab itu kampusku jd begini.

namun..aku tidak goyah pendirian dan perjuanganku harus diteruskan dibumi kampus tercinta.

perjuangan ikhlasku membawa kepada pertemuan 2 hati yg tidak pernah berbicara.
Allah Maha Pengasih lg maha Penyayang.

selepas menamatkan pengajian dikampus, akhirnya 2 keluarga berjumpa dan kami telah ditunangkan seperti prosedur biasa orang melayu. aku tidak kisah, asalkan hubungan kami direstui keluarga.

meniti detik2 bahagia terasa lama dan aku perlu jaga diri dr bisikan syaitan yg cuba menodai anak Adam. aku banyak menghabiskan masa dengan persiapan fizikal dan mental serta tidak lupa juga memperbanyakkan amalan2 rohani.

namun..Allah akan menguji hambaNya dikala mereka alpa :

[Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? ~ al-Ankabut:2]

ditakdirkan selepas beberapa bulan bertunang, aku mendapati diriku mempunyai penyakit kronik yang memungkinkan aku tidak mendapat zuriat.

Ya Allah..besar sungguh ujianmu..namun aku seperti tidak dapat menanggungnya..
apakah kesalahanku sehingga aku di uji begini.

mengapa dikala semua org menantikan bahagia, aku juga yg terpaksa menderita.
bagaimana harus ku lafazkan pada tunangku?
apakah bahagia yg kudambakan hanya sementara?

bersambung....

p/s: hehe..cerpen di atas masih dlm penambahbaikan lg..tp masih xjumpe ENDING yg sesuai..mohon respon pembaca utk memberi cdgn kepada sambungan cerita ini kerana kdg2 realiti lebih pahit utk ditelan..namun penulis lebih suka ENDING yg happy :)








5 comments

Selamat Pengantin Baru Sahabat


L: Subhanallah..cantik..tebalkan iman dihatiku.
Hadirku biarlah menjadi penguat iman si gadis.
jangan aku menjadi asbab imannya berkurang.
P: Ya Allah..peliharalah hatiku.
Jangan sampai aku mencuri imannya tanpa aku sedari.
Ku mohon sungguh2 Ya Allah, kuatkan imanku dan imannya.

tahniah kepada sahabat2 n senior2 UTM yg bakal melangsungkan
perkahwinan mereka cuti sekolah ini. Antara yg dapat penulis tuliskan disini:

5 jun 2010
* Syifa' & pasangannya Syed Hafisz

6 Jun 2010
* Zarith Safiza n pasangannya Azrul Hisyam
* Zakiri dan pasangannya Zahidah

7 Jun 2010
*Fudhla dan pasangannya lokman

9 Jun 2010
*Sufian dan pasangannya

12 Jun 2010
* Safiyyah dan pasangannya Zulfikar

13 Jun 2010
*Fatimah Zahra dan pasangannya Sahir

19 Jun 2010
* Nor Aisah n pasangannya abd muhaimin
* Khaire dan pasangannya atiqah
* Rahfiti dan pasangannya Raja Siti Aisyah

kepada sahabat yg namanye x berjaya dipost dlm blog ini..
maaf mungkin terlupe sbb dh byk sgt kad jemputan kt rumah nie
(dh macam kad raya :)
dan..
ada 2 tarikh walimah utk setiap pasangan sbnrnye.. :D


p/s: situasi di atas mungkin pernah diluahkan sahabat2
yg bakal mendirikan baitul muslim (keluarga)
semoga Allah merahmati sahabat2



2 comments