Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Imbau 3 : Kasih Seorang Ibu Muda

penulis masih rindu pada kampung halaman..cerita yg bakal ditulis adalah kisah terbaru dr teratak biru (rumah penulis). jom baca =)


aku pulang ke kampung seperti biasa..kali nie aku balik secara tergesa-gesa. niatnya utk balik esok pagi..tapi rindu yg tidak tertahan ini, "mak..nak balik jap lagi..jgn lupa masak mee kari.." jam menunjukkan 5.00pm.

"sempat ker sampai rumah..bas mana ad petang2 nie.." mak menunjukkan kerisauannya..
"boleh2.." aku meyakinkan mak..dah ad dalam bas sebenarnya..saje nk wat suprise balik lagi awal

akhirnya sampai jua ke rumah tercinta..baru nk brsiap solat asar, "jun, teman aku g rumah ust jap..nk hantar air jer..aku takut lalu kubur dgn nur nie.."
kenapa nk hantar air pd ust..? sapa yg sakit..sambil berfikir sambil aku memerhatikan kehijauan kampung.

"ust, boleh bacakan ayat al-Quran utk air nie. anak sy xnk menyusu badan. tp dia sentiasa haus, dah bg air masak tp dia x minum banyak.." kakakku menerangkan serba sedikit masalah yg dihadapi. baru aku tahu siapa yg sakit. selama nie..baby Nur memang menyusu badan..xberminat dgn susu lembu (susu tepung).

"kak, apa yg terjadi..aku baru jer balik skudai tak sampai 4 hari..tetibe jer Baby Nur sakit.."

rupanya selepas aku balik ke skudai, Baby Nur demam dan kakakku juga
demam sehari selepas itu. selepas baik demam, Baby Nur tak nk menyusu badan..makan pon sikit jer..yer r..mgkn sakit..xde selera makan (macam org dewasa plak)..semakin hari..keceriaan dirumah berkurang..muka Baby Nur tidak ceria lagi..asyik menangis dan tidak lg tersenyum..

kesedihan melanda keluarga kami. akk berusaha memberi susu badan kepada baby Nur..namun dia menangis dan tidak mahu menyusu..seperti melihat kelibat hantu..aku meminta akk banyak2 berdoa..buka audio al-Quran dlm biliknya..akk hanya tersenyum. aku hanya mampu berdoa

selepas menggunakan air ust, baby Nur menunjukkan tanda2 +ve. nk menyusu. teringat akk pernah bercerita..masa baby Nur demam dl..dia hanya tidur sejam jer..sebab baby nur tak mahu tidur..mak pon tak dapat tidur lena melihat cucunya begitu.

Ya Allah..betapa bertuahnya baby Nur mendapat kasih sayang melimpah dr semua ahli keluargaku. selepas 2 hari aku berada dirumah, suasana kembali ceria. kakakku menyatakan bahawa ini pertama kali baby Nur senyum selepas baik demam..aku pon seronok..mana tau ad aura +ve yg dibawa dlm diri..hehe

hari demi hari..baby Nur sudah kembali normal..aku boleh kembali ke skudai dgn hati yg tenang @ sedih nk tinggalkan kampung.

**************************************************

banyak sebenarnya pengorbanan yg kakakku buat utk anak kesayangannya itu..namun sedikit penulis coretkan utk tatapan para ayah. ketabahan ibu muda ini dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu buat pertama kalinya (baby nur anak pertama) sangat mengharukan penulis. mana taknye..sebelum ini, ibu muda itu hanya seorang kakak sulong yg bekerja dikilang dan suka berjalan2 dgn kawan sehingga malam..kini berada di teratak indah kami membantu ibu menjual kuih dan menjadi ibu kepada Baby Nur sepenuh masa..tidak sanggup berpisah walau sesaat..

p/s: gambar hiasan..tp mirip dgn baby Nur =)

0 comments: