Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Warkah Cinta Berbau Syurga

wah..dah lama tak menonton cerita berlatar belakang kisah Cinta Islamik seperti Ketika Cinta Bertasbih. Baru2 ni di TV al Hijrah ada menyiarkan drama Warkah Cinta yang dibintangi IM Nazrul dan Heliza. video dibawah merupakan lagu warkah cinta nyanyian IM Nazrul dan UNIC (lepas ni saya nak jadi peminat ust juga..erk) 

WARKAH CINTA


Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.


"Selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan". Inilah kata-kata keramat yang saya dapat hasil menonton drama Warkah Cinta yang di ambil dari Novel Warkah Cinta Berbau Syurga karya A. Ubaidillah Alias


Promo Drama Warkah Cinta

Ramai yang bertanya apakah ertinya "Selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan"

Frasa di atas adalah rangkuman dari 'Akhlak Rasulullah SAW' ataupun SUNNAH nabi yang mahukan umatnya bersikap lemah lembut dalam kebanyakan perkara.

Suatu ketika Ummul mukminin Aisyah pernah diajari oleh nabi SAW "Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan. Allah
 memberikan pada kelembutan apa yang tidak Dia berikan pada kekerasan dan apa yang tidak Dia berikan pada yang lainnya.” (HR. Muslim no. 2593)

Ulamak menjelaskan juga maknanya "Dengan kelembutan itu seseorang akan meraih berbagai tujuan dan mudah mencapai apa yang diharapkan, yang mana tidak dapat diraih dengan sikap selainnya." (Syarh Shahih Muslim, 16/144)

Demikian pula Ummul mukminin Aisyah RA mengisahkan bahawa Rasulullah SAW pernah memerintahkan kepadanya “Hendaklah engkau bersikap lembut. Karena tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu, kecuali pasti memperindahnya. Dan tidaklah kelembutan itu tercabut dari sesuatu, kecuali pasti memperjeleknya.” (HR. Muslim no. 2594)

Maksudnya, hendaklah engkau bersikap lembut dengan berlemah lembut kepada siapa pun di sekitarmu, sederhana dalam segala sesuatu dan menghukum dengan bentuk yang paling ringan dan paling baik. (Faidhul Qadir, 4/334)

~ konklusinya, kerana kelembutan itu Amir memiliki CINTA Wardah. Malah Amir mampu menawan hati sesiapapun jika dia kekal memiliki kelembutan itu. Maka, agamawan... serulah kepada agama dengan KELEMBUTAN. Agar ramai non-muslim tertawan.-
IM NAZRUL

Walaupun cerita ni dah tamat di TV al Hijrah, peminat masih boleh menonton dengan gembira di you tube. Terima kasih kepada yang merakam dan meng upload ^_^.


p/s: Lepas ni kena tunggu cerita dari novel KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU. Tak sabar nak tahu sambungannya. Nak baca novel setebal 400++ mukasurat..erm..x sanggup..huhu. ada sape2 nak tolong bacakan???

0 comments: