"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
(ARTIKEL)
Saya tersenyum bila membacanya kerana ia mengingatkan kepada diri saya sendiri. Saya dilahirkan dalam keluarga yang berpendidikan sederhana di sebuah kampung di Johor. Dengan pendidikan yang diberi, saya mampu ke universiti dan disinilah saya banyak memperbaiki diri. Bersahabat dengan golongan yang ingin memperbaiki diri mencari cinta Ilahi.
Melihat kecantikan dan keindahan akhlak sahabat2 membuatkan saya tertarik untuk menjadi seperti mereka. Bermula dengan memakai pakaian yang longgar dan labuh, kemudian memakai stokin dan "handsock", saya mula mengorak langkah menukar tudung kecil kepada lebih besar. Bukan niat saya untuk menjadi ustazah, tapi dengan penampilan seperti ini, saya rasa lebih menjaga diri. Yang penting, saya memenuhi kriteria seorang perempuan Islam (muslimah) yang menutup aurat dengan sempurna.
Untuk memenuhi watak seorang muslimah, ilmu mula dicari. kuliah dihadiri dan buku dibedah, mengikuti usrah dan berkongsi masalah bersama sahabat2. Semua ini bukan kerana ingin membangga diri, tapi bila hati ini diberi hidayah oleh Allah untuk berubah, segala yang dilakukan adalah untuk mendapat redha dariNya.
Bukan sengaja saya ingin menunjukkan kepada sekeliling bahawa saya sahaja yang baik dan alim, tapi saya ingin menjadi orang yang dilihat olehNya sebagai hamba. Salahkah Saya Hanya Ingin Menjadi Baik Pada Pandangan Allah ? biar apa masyarakat ingin menilai saya dan "kita", yang penting, apa pandangan Allah terhadap kita. Be yourself ^_^
p/s: teringat lagu Nazrey tentang muslimah
3 comments:
madam j... skejap saya, skejap aku...
akan diperbaiki. cuma menjadi skema dalam menulis :)
len kali bace dulu... baru publish.. hehe
Post a Comment