Semalam abang ipar(a.Sedi) call dan ajak pergi mencari buah strawberry di Genting Highland. sy excited sangat sebab ini kali pertama sy akn ke sana walau pun sebenarnya rumah baru kami tidak lah jauh sangat dr sana.
tapi sedih..buah strawberry banyak dah habis (almaklum musim cuti sekolah. semua nk petik buat strawberry dr ladang). Jadi kami hanya melihat-lihat saja. akhirnya di pintu keluar kami telah berjaya memborong keropok, buah strawberry, jus strawberry dan cendawan.
ku cari buah strawberry
sampai ke kaki genting
ku ingin memetik sendiri
tapi hanya tinggal ranting :)
(huhu..pelik bunyinye..)
berjaya menemui buah strawberrry - tinggal saiz kecil sahaja :(
Sambil melawat tempat sekeliling, sempat juga en suami mengambil gambar ini..
saya suka x 3 (macam ayat mei mei dlm upin ipin)
bergambar bersama beberapa ahli keluarga en suami (en suami sedang ambil gambar)
4 comments:
best la pantun madam j... hehe
terima kasih. tp still x leh lawan pak samad..hehe
pak samad mane?
a.samad said la...
Post a Comment