Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Mengucap Sayang : Part 2

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang
menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu.
datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara
itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.
Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat
rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu
menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah.
Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah
ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang
di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku
diperdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi
sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi
malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin
tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat
apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang
pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong
ibu,tolonglah aku, aku takut".

Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku
dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan
"Panas, dahaga,haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu
air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air
ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.
Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama
yahudi."

"Ayah.......kau datang ayah......." "Matilah dalam agama yahudi
anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau
masuk ke syurga". "Mengucap sayang,mengucap.

bersambung... 0 comments

[Part 3] How Do You Sleep?


0 comments

[Part 2] How Do You Sleep?


1 comments

MAHASISWA tidak menyokong KERAJAAN..Ahli Politik salahkan PENSYARAH??

Artikel ini di ambil dari akhbar Harian Metro keluaran 27 Mac 2009
Salahkah pensyarah mengajar kita ilmu yang benar??
anda fikir sendiri..

HASUTAN PENSYARAH

KUALA LUMPUR: Sebelum ini beliau pernah berucap empat kali di Perhimpunan Agung Umno, namun ucapannya semalam menyentap perasaan apabila menyatakan antara sebab golongan muda tidak menyokong kerajaan adalah hasutan secara halus pensyarah di pusat pengajian tinggi.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Katil, Melaka, Datuk Hasnoor Sdg Husin, berkata beliau bukan sengaja membuat dakwaan itu tetapi berdasarkan jawapan pelajar universiti di Melaka sendiri, hasil perjumpaan mereka baru-baru ini.

“Apabila saya tanyakan sebab anak muda tidak menyokong kerajaan, mereka memberitahu peranan dimainkan oleh pensyarah universiti...dia kata dalam pada dia mengajar kita sekali dia sebut inilah kerajaan satu sindiran...seboleh-bolehnya dia hentam macam-macam.

“Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit dia timbulkan rasa benci. Akhirnya bila anak muda ini keluar universiti dalam jiwanya sudah tertanam rasa bencinya pada kerajaan,” katanya ketika membahas usul Ucapan Dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Hasnoor berkata, tidak susah menangani perkara itu daripada terus berleluasa, yakni pemimpin negara perlu menentukan pengurusan tertinggi universiti terdiri daripada orang Umno dan mereka yang sayangkan parti itu sepenuh hati.

Pada saya bukan susah, tentukan rektornya orang Umno...tentukan dekan fakulti orang Umno, pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi seperti (Datuk Seri) Ibrahim Abu Shah di UiTM (Universiti Teknologi Mara).

“Sebab itu kita berharap Presiden yang baru nanti akan menjaga kebajikan orang Melayu...bukan senang tapi jika semua keputusan yang kita buat di sini diteruskan, sekali lagi kita di sini akan berada dalam keadaan yang sangat kukuh dan kuat,” katanya.

Beliau juga meminta semua pihak supaya membentuk pejuang dalam Umno yang menjadi aktivis dalam parti itu memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding menumpu kepada pemimpin dan penyokong kerana disifatkan tidak kekal lama.

Katanya, untuk mewujudkan sifat perjuangan seperti itu perlu dimulakan dengan melatih anak bangsa, ahli Umno pelbagai peringkat serta pemimpin yang akhirnya akan menjadi ahli parti yang taat serta memiliki jati diri membela parti.

Beliau turut menyentuh isu politik wang dalam Umno dengan menyingkap sejarahnya pada zaman dulu berbanding situasi semasa, selain meminta supaya tidak membuka pekung di dada ketika mahu mendedahkan perlakuan amalan tidak bermoral itu.

0 comments

[Part 1] How Do You Sleep?


0 comments

Maafkan Aku Sahabat

Sajak ini ku tujukan khas buah sahabat siswa kampus yang masih tidak mengenaliku..









sahabat..
telah lama kita berkenalan..
telah lama kita bersahabat..
membuat assignment bersama..
buat eksperiment bersama..
pembentangan bersama..
gerakerja jihad bersama..

namun..

engkau masih tidak mengenaliku..
engkau masih tidak memahamiku..
engkau masih tidak mengerti..
aku seorang siswi..
engkau seorang siswa..


maafkan aku..
aku hanya insan biasa..
tidak pandai berbicara..
tidak pandai bersahabat..
tidak tahu bergurau senda..
sombong diri..
malu tak bertempat..

tapi..
aku ada sahabat siswi..
aku masih ada keluarga..
yang paling penting..
aku ada Allah..
sebagai teman sejati..
sebagai motivasi diri..


aku tidak perlukan teman lelaki..
aku tidak perlu sahabat lelaki..
untuk kaum lelaki..
aku hanya perlukan seorang suami..

maafkan aku wahai sahabat..
maafkan aku wahai sahabat..
kau tetap sahabatku serta saudara seIslamku
selagi mana lafaz kalimah La ilaha illallah..
sentiasa terucap dibibirmu
terima kasih kerana memahami..


wassalam..

p/s: khas utk 4 SEM dan sahabat kampus UTM Skudai.
0 comments

Long Life Learning(3L)

Long life learning is very important...

Petang tadi aku baru selesai menghadiri Seminar Industri yang bertempat di P19 FKE UTM. Seminar yang wajib dihadiri bagi pelajar yang mengambil subjek Amalan Kejeruteraan Profesional. Seminar ini disampaikan oleh Mr Raymond Lee, seorang engineer dan seorang manager sebuah syarikat di Skudai(lupa plak nama syarikat tu..tp tak popular sangat dan pelik namanya..heheh)

3L..dalam kehidupan seharian, kita sentiasa belajar dan memperbaiki diri. Pengalaman yang kita dapat dijadikan panduan untuk perjalanan akan datang yang masih jauh untuk diteroka. Kita kena sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk diri dengan bermatlamatkan ke arah mencapai keredhaan Allah.

Hari ini, setelah sekian lama belajar erti bertanya soalan jika kita tidak tahu dan kita ingin tahu apa yang kita tidak tahu(jangan pening-pening..), aku berjaya mempraktikalkan dengan kekuatan yang ada. Peluang yang diberikan untuk bertanya soalan terakhir aku gunakan sebaik mungkin. Soalan yang sering bermain difikiran pelajar tahun akhir yang bakal menempuh alam pekerjaan.

“what you want as employer from us as a fresh graduate engineering student that will work as frest or junior engineering worker at your company? What your expectation to us?”

Soalan terakhir dari seorang mahasiswi tua yang popular dengan kontroversi kat kelas..(biarlah apa coursemate aku nak kata..)mendapat perhatian semua audient. Semua memandang Mr Raymond dengan penuh penumpuan.

Apa yang sempat ku tulis dari apa yang dikata, pandangan dari kacamata seorang majikan:

1. Good attitude (peribadi yang baik)

2. Commitment (kesungguhan)

3. On going learning (sentiasa ingin belajar)

Benarlah apa yang dikata. Bukan hanya dalam bidang pekerjaan sahaja, malah dalam ibadah kita sendiri memerlukan 3 elemen ini. Kita perlulah sentiasa menunjukkan akhlak yang baik kepada orang ramai supaya Islam tidak menjadi fitnah kepada penganutnya. Kesungguhan dalam melaksanakan ibadah dan amalan harian menjadikan kita seorang yang istiqamah dalam Islam. Ahkir kata, sentiasa ingin belajar akan menjadikan kita sentiasa upgrade IMAN kita dengan ilmu fardhu ain dan kifayah yang sentiasa berubah perlaksanaannya mengikut perkembangan dunia semasa.

0 comments

Auratku Hampir Ternoda


Hari ini satu lagi kenangan pahit ku harungi di alam kampus yang penuh dengan kejutan dan cabaran baru..


Pagi ini aku memulakan hidupku tanpa solat malam kerana badanku tidak mampu menanggung keletihan menghadiri aktiviti yang agak banyak pada minggu lepas. Selepas solat Suboh, aku tertidur lagi dan tak mampu menghadiri program CINDAI yang berlangsung jam 8.30 pagi tadi. Alangkah ruginya aku tapi aku sudah tidak sedarkan diri masa itu.

Jam menunjukkan jam 9 pagi. Aku mesti bangun juga untuk menyiapkan assingment yang banyak tertunggak.
selepas kemas bilik, kena basuh baju pulak. "Exercise" pertama pada pagi ini. sementara menunggu baju di 'washing machine', aku membaca novel cina yang x habis lagi walaupun dah 3 bulan aku membelinya.. yelah novel kisah Nabi Muhammad..lambat sikit nak hadam.. :)

selepas selesai membasuh baju guna alat elektronik canggih, aku menyelesaikan urusan di tandas pula..


>>>Hampir ternoda...
aku merasakan jiwa ini kosong lalu berharap dengan solat Dhuha mampu mengisi sedikit makanan rohani pada pagi ini. sedang aku mengambil wudhu' di toilet, tiba-tiba...

kedengaran suara gharau manusia memasuki blokku. aku menyembunyikan diri di tepi bahagian dalam tandas. aku ingatkan ad orang ingin baiki lampu rosak tapi suara itu semakin menghampiri pinti tandas utama.

dengan kekuatan yang ada, "nanti jap..jangan masuk sini..".huh..selamat abang tu tak jadi masuk tandas nie. sebelum keluar blok, dia sempat pulak pesan, "dah kuar, bagitau yer..". pantas aku jawab, "baik..baik..".

Bergegas macam lipas kudung aku masuk bilikku yang berada ditingkat atas. memang kebiasaan pintu bilik hanya ditutup dan tak dikunci. Aku mula menenangkan diri. suara abang tu kedengaran lagi.. aku mula menlihat di jendela, siapakah mereka..?kelihatan ada sebuah lori dan sebuah kereta staf diparking dihadapan blokku.

"apa abang nie buat kat sebelah bilik aku..ada stor jer.."pening aku pikir.

"krek..".."..aaahhh". aku hanya mampu menutup rambutku dengan baju yang sempat aku capai.
abang yang terbuka pintu bilikku itu cepat-cepat menutupnya kembali dan aku segera mengunci pintu bilikku. mengapa abang tu gatal tangan buka pintu bilikku ataupon akukah yang bersalah?

aku bersyukur kerana Allah masih menjaga kehormatan dan auratku dari dilihat seorang lelaki asing. YA ALLAH, kau selalu menolong hambaMu, namun, adakah aku seorang hambaMu yang bersyukur? ampunilah dosa hambaMu ini..Amiin 0 comments

Mengucap Sayang : Part 1

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti
mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak
tahu mengapa aku ditempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu
bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.
Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang
berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian
pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku
sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang....
mengucap........ Asyhaduallailahaillallah........." Ucapan itu
dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu.
Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya
serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu
suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan
ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.
Kita perlu usaha."


bersambung..
0 comments

[INTRO] Aku Keseorangan


sejak beberapa hari ini hidupku sudah tidak seperti dulu. aku seakan akan pasrah dengan kehidupan yang ada. biarlah Syaitan nak menggodaku..aku rela..aku tidak mampu lagi untuk bertahan.

dahulu aku seorang mahasiswa yang aktif berpesatuan dan berprogram. pantang diberi tugasan, akan kulaksanakan dengan sepenuh jiwa. semangat jihad dalam diriku di aplikasikan dalam setiap program yang ku ikuti. aku bangga dengan diriku kerana mampu pergi sejauh itu.

dakwah melalui keperibadian yang baik dan cintakan ilmu kuterapkan dalam pemikiran ini. aku mampu laksanakannya. aku mula mengorak langkah dengan menghadiri semua kuliah kuliah ilmu yang ada. dari pagi kuliah hadith sehingga malam kuliah maghrib. aku rasa seronok menerima makanan yang diberikan untuk jiwaku yang kosong ini.

keseronokan yang ku alami sampai kepuncaknya apabila aku mula merasakan qiamullail sebagai santapan rohani yang paling baik yang mampu aku laksanakan sekarang. aku mula berjinak-jinak dengan bangun awal pagi. ku tarbiyah diri ini menjadi seorang yang berdispin dengan masa.

namun..lumrah manusia. sukar untuk istiqamah dengan apa yang baik untuk diri. aku mula rasa keseorangan. Tarbiyah Comandoniah (TarCom) yang kulaksanakan mula menampakkan kelompangan. aku tidak ada teman yang mempunyai keinginan yang sama. semua sahabat-sahabat seperti merasakan apa yang aku buat sukar dilaksanakan dalam situasi mahasiswa sibuk berpesatuan selain penumpuan terhadap 'core bussiness' kita iaitu akademik.

aku tidak ada sokongan. sokongan untuk melalui detik-detik kesukaran menghadapi peperangan dengan Syaitan laknatullah..aku letih berperang sendirian. semakin lama kehidupanku sudah tidak bermakna lagi. kuliah akademik banyak ku tinggalkan kerana peperangan dalam diri masih belum selesai lagi.

aku rindu masa dahulu..yang tidak mungkin akan kembali lagi..
yang aku tahu sekarang..aku kesunyian dalam peperangan rohaniah walaupun jasadiahku masih berperang bersama para pejuang Islam..


namun aku mengaku..
kini..
aku keseorangan..
keseorangan..
sehingga aku keletihan..
aku mahu mengalah pada Syaitan..
aku mahu serahkan jiwaku padanya..
dengan itu baru jiwaku bebas..
bebas melaksanakan apa sahaja..
tanpa penat memikirkan..
apa itu jihad


0 comments

Telah Kupilih JalanMu



Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

www.iLuvislam.com
layyinul qalbie
editor : everjihad
0 comments

Salam Maulidur Rasul


contohi akhlak Rasulullah..

idola terbaik umat Islam..

kelahirannya dinanti..

kehidupan diteladani..

kematiannya ditangisi..

semoga PERJUANGANNYA disambung generasi pejuang muda .

TAKBIR !!

0 comments