Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Mengucap Sayang : Part 1

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti
mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak
tahu mengapa aku ditempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu
bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.
Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang
berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian
pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku
sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang....
mengucap........ Asyhaduallailahaillallah........." Ucapan itu
dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu.
Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya
serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu
suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan
ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.
Kita perlu usaha."


bersambung..

0 comments: