Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

MAHASISWA tidak menyokong KERAJAAN..Ahli Politik salahkan PENSYARAH??

Artikel ini di ambil dari akhbar Harian Metro keluaran 27 Mac 2009
Salahkah pensyarah mengajar kita ilmu yang benar??
anda fikir sendiri..

HASUTAN PENSYARAH

KUALA LUMPUR: Sebelum ini beliau pernah berucap empat kali di Perhimpunan Agung Umno, namun ucapannya semalam menyentap perasaan apabila menyatakan antara sebab golongan muda tidak menyokong kerajaan adalah hasutan secara halus pensyarah di pusat pengajian tinggi.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Katil, Melaka, Datuk Hasnoor Sdg Husin, berkata beliau bukan sengaja membuat dakwaan itu tetapi berdasarkan jawapan pelajar universiti di Melaka sendiri, hasil perjumpaan mereka baru-baru ini.

“Apabila saya tanyakan sebab anak muda tidak menyokong kerajaan, mereka memberitahu peranan dimainkan oleh pensyarah universiti...dia kata dalam pada dia mengajar kita sekali dia sebut inilah kerajaan satu sindiran...seboleh-bolehnya dia hentam macam-macam.

“Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit dia timbulkan rasa benci. Akhirnya bila anak muda ini keluar universiti dalam jiwanya sudah tertanam rasa bencinya pada kerajaan,” katanya ketika membahas usul Ucapan Dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Hasnoor berkata, tidak susah menangani perkara itu daripada terus berleluasa, yakni pemimpin negara perlu menentukan pengurusan tertinggi universiti terdiri daripada orang Umno dan mereka yang sayangkan parti itu sepenuh hati.

Pada saya bukan susah, tentukan rektornya orang Umno...tentukan dekan fakulti orang Umno, pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi seperti (Datuk Seri) Ibrahim Abu Shah di UiTM (Universiti Teknologi Mara).

“Sebab itu kita berharap Presiden yang baru nanti akan menjaga kebajikan orang Melayu...bukan senang tapi jika semua keputusan yang kita buat di sini diteruskan, sekali lagi kita di sini akan berada dalam keadaan yang sangat kukuh dan kuat,” katanya.

Beliau juga meminta semua pihak supaya membentuk pejuang dalam Umno yang menjadi aktivis dalam parti itu memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding menumpu kepada pemimpin dan penyokong kerana disifatkan tidak kekal lama.

Katanya, untuk mewujudkan sifat perjuangan seperti itu perlu dimulakan dengan melatih anak bangsa, ahli Umno pelbagai peringkat serta pemimpin yang akhirnya akan menjadi ahli parti yang taat serta memiliki jati diri membela parti.

Beliau turut menyentuh isu politik wang dalam Umno dengan menyingkap sejarahnya pada zaman dulu berbanding situasi semasa, selain meminta supaya tidak membuka pekung di dada ketika mahu mendedahkan perlakuan amalan tidak bermoral itu.

0 comments: