Kenapa Aku Jadi Krew MHS?
Labels: kampus"jun, ko nie asyik sibuk kt u jer..duk r kat rumah lama sikit" bebelan kakakku 3 tahun lalu masih terngiang ditelingaku bila sekali lagi aku menceburkan diri dalam dunia MHS.
Aku merupakan mahasiswa yang suka mengaktifkan diri dengan program2 kolej dan universiti untuk menambah pengalaman hidup. Bagiku, memanfaatkan masa lapangku dengan aktiviti seperti ini menjadikan aku lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan pentadbiran dan masyarakat kampus umumnya.
berbalik kepada KREW MHS..
aku suka menolong orang lain kerana itu memang prinsipku, "membantu bagi yang memerlukan". Bagiku, melihat juniorku mampu berdikari di alam kampus seperti kakak yang ingin melihat adiknya berjaya menggenggam segulung ijazah.
aku bukan seorang kakak yang ingin mengongkong hidup adiknya melalui pemantauan berterusan, tapi aku tidak ingin menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. aku ingin juniorku berjaya mengurus masa dan hidupnya dengan baik di kampus ini malah lebih baik dari diriku.
Tahun ini aku masih diberi peluang untuk menjadi KREW MHS buat kali ke 3. Semoga aku berjaya membantu mahasiswa yang baru menjejakkan kaki ke bumi UTM Skudai ini menguruskan minggu pertama mereka dengan baik.
aktiviti sepanjang MHS sesi ini pon banyak mengajar mereka untuk lebih berdikari. Jadi kehadiranku sebagai KREW hanya membantu melancarkan perjalanan aktiviti sepanjang MHS. tapi aku mengharapkan lebih dari itu..aku mengharapkan hubungan yang terjalin antara kami tidak di akhiri bersama nama MHS itu sendiri.. semoga persahabatan yang dijalin berkekalan hingga akhir hayat...
**Gambar sepanjang MHS kali ini akan ku lampirkan pada posting yang akan datang. 0 comments
Selamat Datang Mahasiswa UTM sesi 2009/2010
Labels: kampusHi5 Layouts
Semoga menjadi MAHASISWA yang cemerlang di dunia dan di akhirat
salam perkenalan dari aku(madam) 0 comments ikhlas dari MJ (madam j)
Mari Berpuasa di Bulan REJAB :)
Labels: tazkirahRasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
***begitu banyak fadhilat berpuasa dibulan Rejab. Semoga kita berusaha mengumpul segala amal ibadah diwaktu kita masih lagi diberi nikmat kesihatan yang baik oleh Allah. Amiin
***jangan membuat amal ibadah kerana melihat ganjaran yang bakal diberi, kerana IKHLAS beribadah kerana Allah adalah lebih banyak ganjaran pahalanya
(if salah tolong betulkan, if nak tambah sangat di alu-alukan) 0 comments ikhlas dari MJ (madam j)
Petani Desa
Labels: keluargarajinkan mereka. kecil2 dah pandai cari duit. Cili/lada dijual dipasar dalam RM10 sekilo manakala pasaran kacang panjang dijangka mencecah RM 6-8 sekilo apabila tiba musim raya..
hmm dah rancang lama dah untuk masa depan yang lebih bermakna..
tapi disebalik usaha keras mereka, ada rancangan sulit berjaya dibongkar..rupa-rupanya hasil jualan nanti akan digunakan untuk membeli handset 3G..adakah cita2 mereka akan tercapai dengan kehadiran 2 kakak yang garang dan seorang abang yang suka bagi nasihat percuma kepada adik2nya? nantikan Petani Desa musin raya :) 0 comments ikhlas dari MJ (madam j)
Selamat Tinggal Muridku Sayang
Labels: diari semasaAkhirnya saat yang dinanti telah tiba. Aku berjaya melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang guru tadika ganti dalam masa seminggu. pelbagai pengalaman dapatku kumpul untuk dikongsi bersama sahabat2 pembaca setia..
nak tau pengalaman menarik sepanjang seminggu tu? jom baca dibawah nie jika berminat..huhu
pengalaman 1 :
menangani kanak2 aktif dengan mengikut rentak mereka menyebabkan jenuh jugak aku mengejar mereka setiap hari.
pengalaman 2 :
geram tak kalau kanak2 asyik menangis dan merajuk kerana perkara remeh. contohnya
"cikgu tengok nie jannah, dia taknak kawan dengan saya..waa".
"cikgu, saya nak mintak maaf tapi dia taknak maafkan"
"cikgu, ameer langgar saya"
pengalaman 3 :
bagaimana pula murid yang suka mangadu dan banyak cakap?
"cikgu, kalau dia bising kan, Cikgu soletip mulut dia"
"Cikgu, haikal padam tulisan yang cikgu tulis kat depan.."
"Cikgu"
akhirnya..2 jer tindakan aku.
1. "Ok, siapa bising tadi, cikgu nak soletip mulut dia"
2. biarkanlah..hehe
pengalaman 4:
hari terakhir aku telah masak roti sosej gulung untuk majlis perpisahan kami. terharunya aku apabila mereka sangat2 menghargai.
"Cikgu masak lah lagi esok. sedaplah la"
"Esokkn cuti. siapa nak datang tadika?" aku tersenyum kecil
"minggu depan cikgu bawalah lagi"
sedihnya nak tinggalkan mereka..walaupun penat melayan kerenah mereka setiap hari, semua itu adalah kenangan yang sangat sukar untuk dilupakan. Mungkin itulah yang ibuku rasa selama ini. tidak penah jenuh melayang kerenah anak2nya yanga nakal nie..
Cikgu Jun...Cikgu Cun
Labels: diari semasaTadika Ehsan mula ditubuhkan 1987 (setahun selepas aku lahir) dan adik2 yang tamat dari tadika ini diharap dapat solat 5 waktu, baca Iqra' dengan baik dan membaca bahasa melayu dan inggeris (kalau ikut apa yang aku ajar..). bagus tak? :)
pengalaman pertama mengajar kanak2 5 tahun sangat memenatkan. bayangkan untuk melayan kerenah mereka seramai 12 orang dalam 1 masa...huh..semua nak cerita pada cikgunya. ada pertanyaan cepumas..(rahsia..). jenuh gak nak jawap sampai aku kelu lidah.
Kelas Al-Ghazali tempat aku mengajar adik2 5 tahun
semoga sepanjang minggu aku mengajar nie, Allah permudahkan urusanku. yang penting ilmu yang ingin disampaikan berjaya aku sampaikan. Amiin
1. bukan senang menjadi seorang Guru
2. Mendidik anak bukan semudah ABC
3. tak nak manjakan anak tapi tak nak juga garang dengan mereka,
jadi aku sedang belajar menjadi seorang yg tegas
4. Bakal ayah dan ibu perlu bersedia dengan ilmu mendidik..(haha khususnya kakakku)
hmm..bagaimana nak belajar ilmu mendidik??
Tapi Pakcik, Saya Tak Nak Membazir.. :(
Labels: diari programbannyaknya makanan yang dibawa kakak su. 1 dulang untuk dimakan oleh 3 orang. sahabat lain dah makan. "kita asingkanlah separuh, nanti mungkin boleh makan petang nanti dalam kereta. tak habis nie.." omel kakak su. kami setuju jer. perempuan mana leh makan banyak. jaga badan..hehe
setelah selesai makan, aku mula mencari polisterin. hmm mana ada kat tempat program polisterin..? pinggan banyak r..waa takkan nak buang..ok guna plastik merah jer lah.
"hah! apa dalam plastik tu?" terjah seorang pakcik yang melihat aku masih berada di dapur. "heeeee saya nak bungkus makanan yang tak habis tadi. nak bawak balik rumah. tak nak membazir" tersengih2 aku menjawab. segan pon ada. takut pon ada. takut kena marah tak habiskan makanan.
"la..kat dapur ada banyak makanan lagi. bungkus yang tu jer. makanan nie dah bercampur. petang nanti dah basi", pakcik tu menunjukkan periuk yang berada di dapur ."Tapi pakcik, saya tak nak membazir.. :( " wajahku sedih cam smiley tu kot.
kami sebenarnya bukan nak bungkus makanan untuk dibawa balik, tapi makanan yang lebih tu tak nak membazir. lagipon dah jadi biasa makan camtu. makanan yang masih boleh dimakan jangan membazir. takde masalah pon selama nie. kenapa pakcik taknak paham. rasa nak kuarkan jer ayant nie pada pakcik, tapi tak elok melawan orang tua.
"makanan tu dah bercampur..petang nanti basi..awak tak paham ker?"pakcik tu mengambil plastik dari tanganku yang berisi nasi tadi. pakcik..makanan tu tak bersalah..kesian ia..
pakcik tu berlalu untuk menunaikan solat zohor berjemaah. sempat dia berpesan denganku untuk membungkus makanan di dapur. aku anggukkan sahaja. tapi..aku cabut lari ke tempat penginapan. malas nak bungkus kerana itu bukan tujuan aku tadi.
"kak, tadi pakcik dapur kata suruh bungkuskan makanan untuk korang." datang seorang adik ke tempat penginapan. hmm mesti pakcik tu tau aku tak bungkus makanan tadi. sabar ajela. orang dah bagi, kita terima :)
tapi sedih makanan yang ku bungkus tadi sangat banyak dan terbazir begitu sahaja. bila teringat pada negara lain yang menderita kerana kekurangan makanan, aku rasa sangat2 bersalah. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. hambamu berjangji untuk tidak mengulanginya lagi.
Cuti Sakit?
Labels: diari semasahmm..dah 4 hari blog ini direhatkan kerana kasihan pada tuannya yang kurang sihat. penulis telah mengalami deman sehari + cirit-birit 4 hari termasuk hari ini, masih belum baik lagi..
walaupun begitu, semangat untuk penulis berjalan-jalan tidak pernah luntur. sejak 2 hari lalu, penulis telah menjadi AJK penggerak untuk 1 program bengkel UPSR di Muar. keseronokan berjumpa adik2 comel dapat menghilangkan sedikit kesakitan penulis. tapi tak banyak pengalaman yang dapat kerana acara menarik berlaku pada malam ini, namun penulis sudah pulang ke pangkuan jalan kerana ada urusan lain. semoga adik2 comel yang menghadiri bengkel ini mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR selari dengan tema program Cemerlang di Dunia dan cemerlang di Akhirat.
I'A selepas ini penulis akan beroperasi dengan lebih gigih memperbaiki mutu penulisan selepas mendapat rehat yang agak lama.
kepada pembaca, jgn terkilan kerana tiada perubahan templete yang mungkin dijangka apabila operasi blog ini ditutup 4 hari :)
semoga sama2 berjuang dimedan maya.
wassalam 0 comments ikhlas dari MJ (madam j)
Akhirnya Aku Menangis dalam Qiamku
Labels: cerita untuk diriya Allah..
hari ini
aku telah banyak melakukan dosa..
hari ini
aku telah banyak melukakan hati sahabatku..
dan hari ini
aku telah mengecewakan masyarakatku
hidupku
seperti tidak ada arah tujuan..
hidupku
masih tidak menemui jalan pulang
dan hidupku
masih mencari sinar harapan
masaku
seperti tidak bernyawa
masaku
digunakan untuk dunia semata-mata
dan masaku
berlalu begitu saja
hatiku
perit menanggung luka
hatiku
sakit menanggung derita
dan hatiku
kecewa dengan dunia
ya Allah..
aku
hambaMu yg sombong
aku
hambaMu yg x mengenang jasa
aku
hambaMu yg tak tahu berterima kasih
aku
hambaMu yg hina
Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah..
Bantulah aku untuk kembali ke jalanMU
aku sudah tidak sanggup lagi..
hidup dalam sinar kegelapan..
berilah aku CahayaMu
semoga aku mampu
menjadi hambaMu
yg mendapat redhaMu 0 comments ikhlas dari MJ (madam j)
Srikandi Perlu Melangkah Jauh
Labels: srikandi“Poyo betul muslimat tue. Bukan main lagi syok dia cakap kat depan” umpat seorang muslimin di belakang dewan.
“Ish. Serabut betul le tengok muslimat cakap kat depan nie. Merapu ape ntah” komen seorang lagi muslimin di hujung barisan.
“Haih. Berapi betul ana dengar muslimat nie cakap. Wah wah wah. Ikut sedap aje nak perli orang. Poyo bukan main lagi “sinis seorang muslimin melihat pimpinan muslimat memberikan tazkirah di hadapan.
Si muslimat terus bersemangat bercakap seorang diri dihadapan.
Si audience mendengar sambil lewa sambil memandang tempat lain dan ramai pula yang kelihatan berborak dan berbisik.
Soalnya. Salah siapa?
MALU VS MAHU
Bercakap di hadapan bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun bercakap itu satu lumrah. Tapi bercakap di hadapan orang ramai adalah bab yang berbeza. Dek kerana kesukaran dan kepayahan bercakap di hadapan, ramai yang memilih untuk bercakap di belakang. Terutamanya muslimat.
Muslimat memang kaya dengan sifat pemalunya. Hinggakan dalam soal menentukan jodoh, diamnya muslimat itu sendiri merupakan lidah bicara mengatakan setuju. Bahkan, menjadi kebiasaan seoarang muslimat apabila menerima pujian, dengan segera kepala ditundukkan dengan pipi kemerah-merahan sambil mulut menafikan.
“Eh, tak adelah.. mana ade saya nie pemurah” kata Hamidah tersipu-sipu malu dipuji bilamana menyumbangkan duit not merah untuk derma Palestin.
Budaya malu dan diam ini seolah-olah telah sebati dengan muslimat. Sesetengah muslimat semakin gembira dengan status pemalu ini apatah lagi merasakan kemenangan berpihak kepadanya bila mendengar sabda Nabi bahawa malu itu sebahagian dari Iman.
Budaya orang Melayu Malaysia yang sentiasa mengajar anak gadisnya untuk bersopan santun dan lari menyorok di dapur bilamana tetamu bertandang di rumah menyemarakkan lagi sifat pemalu muslimat ini. Dari rumah ke sekolah hinggalah ke zaman university dan kerjaya, sikap malu ini terus dibawa dan dijunjung tinggi.
Sifat malu ini dihayati dengan baik tanpa sebarang gangguan oleh para muslimat terutamanya yang mengintima’kan diri dalam gerakan Islam.
Tiba-tiba, sang muslimin muncul menyergah. Dengan wibawa yang tersendiri, muslimin memberikan tazkirah dengan agenda : MUSLIMAT HARUS BERANI TAMPIL KE HADAPAN!
“Insya Allah, kita mahukan muslimat yang bukan sahaja tangan kirinya menghayun buaian, bahkan tangan kanannya mengoncangkan dunia” hujah seorang pimpinan seoarang muslimin dalam satu muktamar.
“Muslimat sayap kiri perjuangan. Ibarat sayap burung, ianya bukan sahaja dikibas kebelakang bahkan perlu juga ke hadapan untuk terus maju. Muslimat perlu kehadapan” bahas seoarang muslimin dengan bersemangat alam mesyuarat yang dihadiri pimpinan muslimat.
Muslimat jadi keliru. Selama ini mereka tidak didedahkan untuk kehadapan. Mereka dididik untuk bersikap malu. Menutup mulut ketika ketawa. Pandang ke bawah bila berjalan. Malu itu telah hampir sebati. Sekarang mahu dipinta kehadapan pula.
Muslimat rasa malu. Tapi muslimin mahu.
KEPERLUAN VS KEMAHUAN
“Abang Hakim, muslimin ini pelik le. Bila kami ni malu nak bercakap di hadapan, dipaksanya juga. Tapi bila dah kami bercakap di hadapan, macam-macam pula yang dikutuknya” komen seorang ajk HAL EHWAL SISWI (HELWI).
“Akak, malas le saya nak cakap kat depan lagi. Asyik kena kutuk aje lepas tue” keluh seorang lagi muslimat yang baru lepas memberikan tazkirah.
“Eh Hakim, nta tahu tak ada seoarang muslimat yang jiwanya tertekan sebab pimpinan bagi harapan yang sangat tinggi pada dia. Lantik dia jadi exco yang kena bercakap depan orang ramai. Habis tak keruan jadinya” lapor seorang pimpinan muslimat pada satu mesyuarat.
Satu demi satu komen tiba. Semuanya berbaur kecewa dan hampa. Apa yang tidak kena? Seolah-olah semboyan yang mahukan muslimat kehadapan itu hanya satu retorik kosong dan jenaka untuk mengenakan muslimat.
Sebenarnya muslimat perlu kehadapan ini bukan kerana memenuhi tuntutan KEMAHUAN muslimin. Tetapi kerana memenuhi tuntutan KEPERLUAN agama. Perkara ini harus jelas.
Hari ini kita dapat melihat banyak gejala sosial. Sebut sahajalah di ma
na sahaja. Dari ceruk ladang ke tengah kota, dari sekolah tadika ke menara gading, dari dinding kayu ke dinding kaca, semua manusia yang ada di tempat itu dicemari dengan gejala sosial yang kritikal.
Sebutlah negeri mana lagi yang tidak kedengaran suara tangisan bayi yang dibuang hidup-hidup, Negara mana lagi yang wujud tanpa adanya anak gadis mana yang
hilang daranya tanpa jalan pernikahan. Semua jenayah ini wujud kerana pengeksploitasian terhadap muslimat.
Lalu, kita perlu bendung semua ini. Namun, suara muslimin sahaja tidak mencukupi bahkan kadangkala kedengaran sayup di telinga mad’u muslimat. Muslimat mahukan muslimat. Mereka perlukan woman touch. Mereka mahu melihat ikon untuk dicontohi. Mereka mahukan muslimat sejati yang membimbing mereka.
Persoalannya, siapa yang sanggup? Artis-artis wanita dengan segera berlumba-lumba mengangkat tangan.
Eh, itukah ikon yang perlu kita ketengahkan?
Dengan pakaian yang tidak cukup kainnya, bertukar-tukar pasangan sewenang-wenangnya, berpelukan dengan bukan muhrim dalam sesi fotografi tanpa segan silu. Adakah semua ini yang perlu gadis remaja kita contohi??
Sudah tentu jawapannya tidak!
Kita perlu datangkan alternative. Muslimat yang menghayati Islam dengan baik perlu menjadi ikon. Mereka perlu diketengahkan. Mereka perlu ditonjolkan . Ianya satu keperluan dan bukan lagi satu kemahuan!
Tapi, ada satu tembok besar yang perlu dipecahkan: Malu tidak bertempat! Malu untuk bersuara di hadapan kerana takut diejek oleh rakan-rakan terutamanya ole
h golongan Adam. Malu untuk memberikan tazkirah kerana takut nampak tidak bersedia dan cetek ilmu.
Aduhai muslimatku sayang, perasaan malu itu perlu ada namun biarlah kena pada tempatnya.
Mohd Hakim
Presiden Rakan Masjid UTP
http://muhakim.blogspot.com/2009/03/tahu-vs-mahu.html
bila membaca artikel nie, aku baru tau apa pandangan lelaki terhadap srikandi dalam isu ini. Srikandi perlu melangkah lebih jauh. walaupun mendapat kritikan hebat dari insan bergelar lelaki, mungkin dengan itu baru terbakar jiwa muda srikandi. Yang penting, dalam srikandi melangkah jauh, penuhkanlah jiwa dengan ilmu dan kefahaman yang jelas supaya apa yang dibawa penuh dengan kebenaran dan tidak dipandang remeh. Tunjukkan icon srikandi sebenar dan jadilah srikandi teladan yang menjadi contoh kepada masyarakat. Semoga kita menjadi agen perubah ke arah melahirkan masyarakat yang lebih cemerlang duniawi dan ukhrawi.
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian..
Mengoncang dunia mencipta sejarah..
(dipetik dari lirik Sumaiyyah-Hijjaz)
Kahwin wanita muda bantu lelaki hidup lama
Labels: Berita Harian
Risiko mati muda dikurangkan sehingga 11 peratus jika mengahwini wanita yang tujuh hingga sembilan tahun lebih muda.
Kajian yang dibuat di Institut Max Planck di Jerman juga mendapati lelaki mengahwini wanita lebih tua berkemungkinan mati muda.
Isteri dengan suami lebih tua atau muda antara tujuh dan sembilan tahun meningkatkan risiko mereka meninggal dunia lebih awal sehingga 20 peratus.
Saintis berkata, perangkaan bagi lelaki mungkin hasil pemilihan semula jadi - cuma lelaki tua paling sihat dan berjaya boleh menarik perhatian wanita muda. � Agensi
sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20090603090328/Article/indexworld_html
*****************************************************************************
hmm..tak tau la betol tak kajian nie..pandangan penulis, mungkin saintis tua yang buat kajian nie, jadi nanti ada lah alasan untuk kahwin muda :)
pepepon jodoh pertemuan ditangan Tuhan..ajal maut pon Dia yang tentukannya..
Meneroka Alam Peti Kaca Bervisual
Labels: diari semasaKali ini aku pulang ke desa dengan sedikit pengalaman dari kampus untuk di aplikasi didesa. Ingin ku kongsikan pengalaman meneroka alam peti kaca bervisual (TV) bersama pembaca.
ANALISIS..
Siaran TV diwaktu pagi lebih berunsur maklumat kepada suri rumah dan pekerja. aku jarang membuka pada waktu pagi kerana membuat kerja rumah, baca buku dan bermain dengan laptop. Lagipon, cerita begini kurang menarik minatku kerana tidak berkaitan dengan kehidupanku sangat(masih belajar lagi..).
Jam 1.00pm bermula siaran berita di TV1 dan 1.30pm di TV3. Inilah waktu best tengok TV. Banyak maklumat yang aku dapat walaupun ada maklumat yang tidak boleh dipercayai kerana ada unsur fitnah. Tetapi aku suka memerhatikan gelagat manusia yang suka mengada-ngadakan cerita palsu untuk dapat publisiti murahan. Dengan keadaan politik semasa yang semakin tidak stabil, berita di TV bukanlah satu medium yang terbaik untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Aku terpaksa membuka internet dan melihat penulisan diblog yang aku percaya dan yakin maklumatnya tepat.
cerita waktu petang sekitar jam 2ptg sehingga 8mlm pula banyak memaparkan kisah drama dalam dan luar negara. Ada seseorang pernah berkata padaku, sebenarnya cerita drama dan filem yang ditayangkan menggambarkan suasana persekiran dan kisah kehidupan masyarakat tempat tersebut. Jadi kebanyakan cerita Indonesia, Malaysia, Amerika Latin yang banyak berkisahkan kisah pergolakan cinta, konflik keluarga dan dendam adalah kisah benar yang berlaku dikalangan masyarakat tersebut. Jika dilihat kisah dari AS yang banyak berkisah teknologi terbaru dan unik, mungkin menggambarkan kemajuan pemikiran yang ada pada mereka tapi..akhirnya kisah percintaan itu wujud juga walaupun sekadar sampingan kerana sesungguhnya manusia tidak lari dari perasaan itu walaupun sedikit.
ada juga siaran yang membawa cerita kartun barat dalam versi bahasa melayu. kadang-kadang rasa janggal bunyinya tetapi lebih mudah difahami kanak-kanak yang merupakan sasaran utama penontonnya. aku pon sekali sekala mengikut rentak adikku dengan menonton cerita kegemarannya, spongebob. Yang paling terkesan cerita kartun nie bila ada pengikut dikalangan masyarakat yang mengikut trademark cerita tersebut seperti wondepet. "apa yang penting..kerjasama!"
hmm begitu terkesannya cerita kartun barat dam versi melayu.
apa ada siaran diwaktu malam..??
berita jam 8-9mlm dan seterusnya cerita drama bersiri, movie, rancangan rialiti TV dan banyak lagi siaran hiburan berbanding cerita bermaklumat. aku sempat menonton cerita MENTOR yang berkisahkan anak muda yang ingin menguji bakat dalam bidang nyanyian. mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menang sehingga salah seorang MENTOR pernah berkata, "untuk menghilangkan rasa malu dan kurang pnghayatan MENTEEnya dalam menyanyikan lagu cinta, dia menyuruh MENTEEnya berdating dan mengalami perasaan cinta sebenar dahulu". adakah ini yang perlu di ajar oleh seorang SIFU kepada anak muridnya?
tapi, biasanya TV 1 banyak kepada cerita dari parlimen, bersama menteri, bicara siswa, debat dan cerita berkenaan kerajaan dan pentadbiran. nie yang seronok ditonton bagi aku, mahasiswa yang bakal melangkah ke alam pekerjaan. melihat dunia realiti
tapi dirumahku ada 2 pemikiran, ayahku yang suka bercerita dan menonton kisah politik dan cerita barat berbanding ibuku yang suka menonton drama dan telemovie melayu. Jadi..untuk memuaskan hati kedua-dua pihak, biasanya cerita ibuku di utamakan kerana ibu akan tidur awal..tapi sesekali bila iklan, siaran TV bertukar mengikut siapa pemegang remote control.
Hampir setiap hari dirumah, kehidupanku dihabiskan dengan menafsir cerita di TV. ini masanya, waktu cuti semester digunakan untuk menganalisis pemikiran masyarakat. tapi bagiku peti kaca ini banyak mendatangkan mudharat kepada tuannya berbanding kebaikan. Masyarakat kini perlu lebih berhati-hati dalam menonton TV dan tidak terpengaruh dengan unsur tidak sihat yang ditayangkan. siapa yang patut dipersalahkan?
1. aku yang tidak pandai memilih cerita
2. syarikat yang mengeluarkan slot cerita
3. syarikat TV yg mengeluarkan siaran
4. kerajaan yang membenarkan cerita ditayangkan
5. tiada apa yang perlu dipersalahkan.
yang penting, fakta yang diperolehi:
Dahulu, dalam 1 kampung ada 1 TV dan kita boleh tahu bagaimana keadaan masyarakatnya.
Sekarang, dalam 1 rumah ada 1 TV sekurang-kurangnya, dan lihatlah masyarakat 'cemerlang' yang dilahirkan oleh pengaruh TV ini.
Sama-sama kita renung dan fikirkan. 3 comments ikhlas dari MJ (madam j)