Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Kahwin wanita muda bantu lelaki hidup lama

BERLIN: Lelaki lebih berkemungkinan hidup lebih lama jika mengahwini wanita lebih muda, menurut satu penyelidikan baru yang mendapati kaum Adam berpeluang mengurangkan risiko mati muda sehingga satu perlima jika usia isteri antara 15 dan 17 tahun lebih muda.


Risiko mati muda dikurangkan sehingga 11 peratus jika mengahwini wanita yang tujuh hingga sembilan tahun lebih muda.

Kajian yang dibuat di Institut Max Planck di Jerman juga mendapati lelaki mengahwini wanita lebih tua berkemungkinan mati muda.


Hasil kajian menunjukkan wanita tidak mendapat faedah sama jika mengahwini lelaki muda atau tua.


Isteri dengan suami lebih tua atau muda antara tujuh dan sembilan tahun meningkatkan risiko mereka meninggal dunia lebih awal sehingga 20 peratus.

Saintis berkata, perangkaan bagi lelaki mungkin hasil pemilihan semula jadi - cuma lelaki tua paling sihat dan berjaya boleh menarik perhatian wanita muda. � Agensi

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20090603090328/Article/indexworld_html

*****************************************************************************

hmm..tak tau la betol tak kajian nie..pandangan penulis, mungkin saintis tua yang buat kajian nie, jadi nanti ada lah alasan untuk kahwin muda :)

pepepon jodoh pertemuan ditangan Tuhan..ajal maut pon Dia yang tentukannya..

5 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

salam. menarik.. jun, jenguk2 nisagp.blogspot ye...

LegendZ said...

Rasulullah mengawini Khadijah-40thn, 'Aisyah-9thn..2 bukti terbaik mnunjukkan tiada masalah lelaki kawin wanita tua atau muda..yg penting Bahagia...

p/s:uyun jugak jd org pertama yg komen..siapa yg semangat sebenarnya dlm bab ni..eheh..

angahfarah said...

salam..jun,
insyaAllah~ if tiada mslh, akak akan confirmkan semula bile nk pi jumpe Dr tu yer..

P/S : good artical to share...

Hanisah Binti Mohamad Ali said...

salam...
saja jenguk2 masuk....hah..ape lagi akak dah nak grade dah tu...bleh stat dah kot..hahahha......."Jodoh Itu Rahsia Allah,Fahri" kata Aisya dalam Ayat-Ayat Cinta...heheheh..
salam

MJ (madam j) said...

'uyun: syukran

Aizat: hmm aizat bila plak? muslimin pertama yg komen nie.. :)

angahfarah : ok kak

Hanisah : kena bg laluan pada senior dulu..xleh langkah bendul..huhu