Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Cikgu Jun...Cikgu Cun

Hari ini dalam sejarah kerana pertama kali menjadi cikgu untuk Tadika ihsan UTM sebagai cikgu ganti. Aku diperkenalkan sebagai cikgu jun tapi kadang2 dengar cam cikgu Cun..(huhu..mungkin perasan aku jer kot..)

Tadika Ehsan mula ditubuhkan 1987 (setahun selepas aku lahir) dan adik2 yang tamat dari tadika ini diharap dapat solat 5 waktu, baca Iqra' dengan baik dan membaca bahasa melayu dan inggeris (kalau ikut apa yang aku ajar..). bagus tak? :)

pengalaman pertama mengajar kanak2 5 tahun sangat memenatkan. bayangkan untuk melayan kerenah mereka seramai 12 orang dalam 1 masa...huh..semua nak cerita pada cikgunya. ada pertanyaan cepumas..(rahsia..). jenuh gak nak jawap sampai aku kelu lidah.


Kelas Al-Ghazali tempat aku mengajar adik2 5 tahun




tapi alhamdulillah..sesukar manapon mereka untuk dijaga dan di ajar, akhirnya jam menunjukkan 12pm tanda kelas dah tamat..haha tak larat kejar Haikal dan Ameer. Esok jagalah mereka.. yang paling seronok apabila adik Hidayat bagi aku hadiah..terharunya :) ole2 dari cuti sekolah kot..mungkin juga untuk Cikgu Siti (yang cuti honeymoon). takpe lah. aku terima jer..dia dah bagi..

semoga sepanjang minggu aku mengajar nie, Allah permudahkan urusanku. yang penting ilmu yang ingin disampaikan berjaya aku sampaikan. Amiin

Hadiah dari Hidayat

Apa yang aku dapat hari ini:
1. bukan senang menjadi seorang Guru
2. Mendidik anak bukan semudah ABC
3. tak nak manjakan anak tapi tak nak juga garang dengan mereka,
jadi aku sedang belajar menjadi seorang yg tegas
4. Bakal ayah dan ibu perlu bersedia dengan ilmu mendidik..(haha khususnya kakakku)

hmm..bagaimana nak belajar ilmu mendidik??

7 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

Cikgu cun, bukan mengajar adik-adik la cikgu cun. Mengajar anak-anak.. Umur diorag tu baka anak-anak dah.. huhuh... ajar jangan tak ajar jun, karang bagi uyun tips guane nak mengajar budak2.. jun dah expert la lepas ni nampaknya.. jeles3

Sunah Sakura said...

salam cikgu cun..lpas ni xyah panggil madam dah, da ade gelaran baru...hehe

selamat mendidik mutiara2 Islam..:)

angahfarah said...

jun..how's about our plan?? u still want to be hometutor?

=) said...

waa..syok2..sure ckg.cun ni baek ati..dpt adiah..
hehe..tahniah!!dh melalui pengalaman b'mkna..moge dpt dipraktikkan di masa hadapan..(jeng!!jeng!!jeng!!!)
=p

aina said...

Cik....gu cun...huhu...
Assalamualaikum (jawab2)
amboi...aa da buleh da lepas ni huhu...selamat mematangkan diri...

Anonymous said...

:)
akak..
miss akak..
rindu nak dgar akak bcerita..
:)

MJ (madam j) said...

'Uyun
>> bakal2 ibu kene g praktikal kat nursery @ tadika =)

Sunah
>> Cikgu dah letak jawatan,sekarang boleh panggil MADAM semula

Farah
>> i'm waiting

maisya
>> tunggu maisya dl :)

Aina
>> w'salam..lagi x matang..waa

mutiara
>> rindunya dengan ena, cepatlah balik..