Semoga perkongsian di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Salam perkenalan untuk semua :)
RSS

Pages

Selamat Tinggal Muridku Sayang

hmm..artikel ini sepatutnya dipostkan pada Jumaat lepas tapi penulis telah pulang ke desa yang tiada internet. terima kasih kerana membaca :)

Akhirnya saat yang dinanti telah tiba. Aku berjaya melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang guru tadika ganti dalam masa seminggu. pelbagai pengalaman dapatku kumpul untuk dikongsi bersama sahabat2 pembaca setia..

Murid2 sedang praktikal solat

nak tau pengalaman menarik sepanjang seminggu tu? jom baca dibawah nie jika berminat..huhu

pengalaman 1 :
menangani kanak2 aktif dengan mengikut rentak mereka menyebabkan jenuh jugak aku mengejar mereka setiap hari.
Sedang bermain masak2

pengalaman 2 :
geram tak kalau kanak2 asyik menangis dan merajuk kerana perkara remeh. contohnya

"cikgu tengok nie jannah, dia taknak kawan dengan saya..waa".

"cikgu, saya nak mintak maaf tapi dia taknak maafkan"

"cikgu, ameer langgar saya"


pengalaman 3 :
bagaimana pula murid yang suka mangadu dan banyak cakap?

"cikgu, kalau dia bising kan, Cikgu soletip mulut dia"

"Cikgu, haikal padam tulisan yang cikgu tulis kat depan.."

"Cikgu"

akhirnya..2 jer tindakan aku.
1. "Ok, siapa bising tadi, cikgu nak soletip mulut dia"
2. biarkanlah..hehe
Murid paling baik (Hidayat)


pengalaman 4:
hari terakhir aku telah masak roti sosej gulung untuk majlis perpisahan kami. terharunya aku apabila mereka sangat2 menghargai.

"Cikgu masak lah lagi esok. sedaplah la"
"Esokkn cuti. siapa nak datang tadika?" aku tersenyum kecil
"minggu depan cikgu bawalah lagi"

hasil main masak2

sedihnya nak tinggalkan mereka..walaupun penat melayan kerenah mereka setiap hari, semua itu adalah kenangan yang sangat sukar untuk dilupakan. Mungkin itulah yang ibuku rasa selama ini. tidak penah jenuh melayang kerenah anak2nya yanga nakal nie..



bentuk Zirafah..percaya x?

pemergianku ini mungkin tidak meninggalkan kesan kepada mereka yang tidak memahami kenapa aku datang dan pergi, namun aku akan mengingati mereka setiap kali aku melalui Tadika Ihsan. mungkin sekali sekala bila rindu, aku akan meminta kebenaran Cikgu Mala untuk melawat mereka...Windunye kat kamu semua..Selamat tinggal muridku sayang..

1 comments:

tokjanggut53300 said...

best nyer.. jadi cikgu...
aku suker la.. jadi cikgu..