hmm..kenapa aku jadi KREW MHS..?
"jun, ko nie asyik sibuk kt u jer..duk r kat rumah lama sikit" bebelan kakakku 3 tahun lalu masih terngiang ditelingaku bila sekali lagi aku menceburkan diri dalam dunia MHS.
Aku merupakan mahasiswa yang suka mengaktifkan diri dengan program2 kolej dan universiti untuk menambah pengalaman hidup. Bagiku, memanfaatkan masa lapangku dengan aktiviti seperti ini menjadikan aku lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan pentadbiran dan masyarakat kampus umumnya.
berbalik kepada KREW MHS..
aku suka menolong orang lain kerana itu memang prinsipku, "membantu bagi yang memerlukan". Bagiku, melihat juniorku mampu berdikari di alam kampus seperti kakak yang ingin melihat adiknya berjaya menggenggam segulung ijazah.
aku bukan seorang kakak yang ingin mengongkong hidup adiknya melalui pemantauan berterusan, tapi aku tidak ingin menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. aku ingin juniorku berjaya mengurus masa dan hidupnya dengan baik di kampus ini malah lebih baik dari diriku.
Tahun ini aku masih diberi peluang untuk menjadi KREW MHS buat kali ke 3. Semoga aku berjaya membantu mahasiswa yang baru menjejakkan kaki ke bumi UTM Skudai ini menguruskan minggu pertama mereka dengan baik.
aktiviti sepanjang MHS sesi ini pon banyak mengajar mereka untuk lebih berdikari. Jadi kehadiranku sebagai KREW hanya membantu melancarkan perjalanan aktiviti sepanjang MHS. tapi aku mengharapkan lebih dari itu..aku mengharapkan hubungan yang terjalin antara kami tidak di akhiri bersama nama MHS itu sendiri.. semoga persahabatan yang dijalin berkekalan hingga akhir hayat...
**Gambar sepanjang MHS kali ini akan ku lampirkan pada posting yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment